Tuesday, May 17, 2016

MEI 2016

Hai mei apa khabar, rasanya dah lama tak menaip dengan jari-jemari yang gemok ini sibuk sangat dengan tidur ! kain dalam bakul pun malas nak lipat apatah lagi nak buka laptop + buka blog nak menaip memang melampau lelemak dalam badan ini tahap kemalasannya uhukks.

Rasa macam cepat je masa berlalu aku punya feel 2015 belum habis lagi tapi 2016 dah nak pergi pertengahan tahun hurm, mei aku setakat ini tak banyak berubah pun rasanya cuma rumah berubah sedikit sebab papa buat ubahsuai ruang tamu dan bilik tukar semua atap asbestos. Dan yang pastinya setiap hari ahad aku tak boleh tidur sampai pukul dua belas sebabnya papa dah start buka atap lama pukul lapan asobaru je lah.

Bulan mei juga ahli keluarga kami bertambah dengan program bakti siswa anak angkat dari UPM serdang. Rumah kami dapat empat orang dua lelaki dan dua perempuan , pada mulanya mama nak ambil semua perempuan tapi aku dan adik beruang membuat bantahan nak lelaki juga dalam rumah ini nampak tak kemiangan di situ hahahahaha. Adik beruang nak abang lagi , aku pula nak cuci mata tengok anak-anak ikan jadi mama pun pilih dua orang pelajar lelaki untuk di jadikan anak angkat di rumah pheww.

Bab makanan pula aku masih meneruskan perjuangan bulan april ke bulan mei iaitu makanan sihat yeah ! hari sabtu ialah hari cheat day , sebenarnya aku pun tak percaya yang aku masih gagah dalam perjuangan "i want to be healthier , i dont want to be skinny" *wow tepuk-tepuk perut sendiri*.

Bulan mei juga ALLAH hantar seekor kucing jalanan baru ke rumah aku menggantikan Si Jungpal , comel dan ekor pendek kucing ini . Kawasan rumah aku ni dah jadi tempat pembuangan kucing ke apa hahahahaharamjadah tapi takpe aku dah bagi nama dekat si kecik ini GUMBALL.

Berita yang menyedihkan hati aku setakat bulan mei ini BOGUM suami si gucci telah pergi meninggalkannya di sebabkan stroke haba , aku rasa bersalah sebab tak dapat selamatkan bogum dengan lebih cepat padahal aku ada pergi tengok dia sebelum keras uhukks ingatkan dia tidur. Selepas ini aku kena selalu berjaga-jaga takut anak-anak donut aku kepanasan. Kesian tengok gucci kalau aku pergi dekat sangkar dia mesti dia jenguk tengok bogum ada ke tak T_T.


Dan akhir sekali minggu lepas ada sesi bergambar dengan Puan mino yang kawaii dekat bilik adik beruang, akhir-akhir ini puan mino macam tak berapa happy dan asyik baring sahaja mungkin di sebabkan menopause. Jadi aku dan adik beruang bawa dia jalan-jalan lepas tu pakaikan perhiasan cantik dan makan makanan yang sedap , harap dapat buat dia happy.












P/S : Life is the art of drawing..without eraser - John W. Gardener

No comments:

Post a Comment