ABOUT ME



Ini bukanlah blog popular juga bukan blog hijabster kakak-kakak cantik dan glamour , ini hanyalah blog seorang gadis yang beratnya hampir mencecah 80kg dan sedang berusaha menurunkan berat badan setiap tahun tetapi masih lagi gagal meninggalkan  "SYURGA MAKANAN" nya.
  • Seorang peminat "kipas susah mati" INDIE BAND / JPOP / KPOP pada zaman kegemilangannya tapi sekarang dalam proses "mencuci kaki" tapi tangan dan matanya masih bergedik-gedik. 
  • Masih single dan ternanti-nanti jodoh jatuh dari langit setiap tahun..uhm perlu tukar umpan besar kot ?sunyi jugak tidur atas katil queen dengan teddy bear doremon setiap malam uhuuuk..Jadi umat manusia sekelian alam kalau jumpa aku in real life jangan lah asyik tanya sebarang soalan yang berkaitan dengan kahwin? okies? pernah tak merasa kaki betis yang banyak lemak naik atas muka korang?
  • Adalah spesis yang  mulut jenis tak ada install filter langsung aka mulut puaka /perempuan sihir/ suka cakap lepas *pernah jugak nak insaf jadi gegirl pendiam ala-ala gadis melayu akhir zaman tapi uhm paham-paham jadi diri sendiri lagi baik * so kalau kaki sentap sila pergi main pokemon jauh-jauh ok*
  • Adalah spesis yang sangat suka ayam goreng, pagi petang siang malam memang ayam goreng di hati tapi dalam proses untuk bercerai hidup dengan spesis bergoreng ini.
  • Separuh kumamon dan separuh panda + 5% beruang kutub...celah mana manusia pun tak tahulah tuan punya blog ini.
  • Blog ini memang banyak gambar makanan dan berjimba sana sini sebab tuan punya blog ada bela lemak berkilo-kilo , kadang-kadang suka merapu dan cerita pasal anak syurga /anak saudara kesayangannya. Jadi kalau korang rajin membaca blog ini terima kasih lah *baling ciuman bibir tebal 44kali *
  • Kalau spesis manusia yang kenal aku in real life jangan sibuk nak baca blog ni, ajak aku pergi minum kopi kat kedai lagi bagus dari bajet-bajet nak sharing is caring pasal blog ni nanti kaki naik dekat usus perut korang ! paham dok?
  • OK BYE. 







2 comments:

  1. Hello perempuansihir, kalau nak share your review on our cafe (about: Espresso & Brew Bar) dated August '15 boleh? Love the post, kelakar sgt
    ��

    ReplyDelete
  2. Greetings from Uber Malaysia!

    We're going to be hosting a Happy Hour event where we'd like to meet key businesses and people, influencers, Instagrammers, and bloggers in Kuantan and we'd love to invite the General / Marketing Manager of your esteemed establishment.

    The Happy Hour will be taking place on:

    Date: Thursday, 19 Jan 2016
    Time: 7PM onwards

    Location: Ninety Degrees Cafe & Art
    Address: B-880, Jalan Air Putih, Taman Imbi, 25300 Kuantan, Pahang.
    Coordinates: 3.830821, 103.335989
    Google Map URL: https://goo.gl/maps/rxQzk3WiTA82

    Kindly RSVP your attendance in this form - t.uber.com/UberKUAHappyHour

    ReplyDelete