Celup Tepung Hujung Tanjung dengar cerita tempat ni dah terkenal dan ramai yang dah pergi menternak lemak dekat sini. Tempat makan ni dekat sangat dengar rumah aku tapi nak boleh pergi macam kena naik keretapi ke thailand *saka malas aku ni lah*. Hari jumaat lepas aku cuti and my mom asyik sebut nak pergi makan dekat sini alasannya sebab tokey kedai ni asyik buat live dekat facebook sambil mukbang *tsktsktsk. Jadinya yaay makan-makan habiskan duit sambil tambah lemak yang adoo ni.Kedai ni tak susah nak cari if korang dari bandar Kuantan , lepas traffic light *tak kesah la arah mana pun korang* naik jambatan straight lepas tu ade simpang nak ke SWISS BELHOTEL tu korang masuk and jalan terus sampai hujung tanjung ! akan nampak banyak bot nelayan yang banyak area situ, view cantik ape lagii selfie lahhhh.
Nak makan ape? pilih sendiri seafood , ikan , udang , sotong , lonjok or lain2 semua ada kat sini ye u olz ! bebola ikan pun ade weh ! standby duit je la berkepuk-kepuk ye. Ikan dengan seafood kat sini fresh semuanya ye harap maklum , jadi memang sedaplah goreng celup tepung .
Kalau tak minat makanan bergoreng *ade ke manusia tak minat celup tepung ? xnikmat hidup weh* banyak lagi makanan dekat kedai ini ye, satar ikan ade dengan kuih muih fuhh tak tahu nak pilih. Nikmat yang lain salah satunye mee kari selambok dan ade juga nasi putih makan dengan kari kepala ikan sedap fuhhh fuhhh. Yang my family makan haritu rasanya ikan merah kalau tak silap la , rasa okay lah dengan harga huhuukk.
Mee kari selambok ye dan Satar ikan ! Ini adalah satu dosa kepada orang-orang yang diet ! sekian ~ Kuah kari tak berapa power sangat boleh diperbaiki lagi tapi portion mee ni besar dan aku kongsi makan tiga orang okay walawehhhh bertapa kecik nye perut aku sampai tak boleh makan habis.
Celup tepung dekat sini kalau nak makan please ambil lonjok aka pepahat tu banyak sikit weh ! aku menyesal ambil dua ikat ! sedap gile rupanya bila goreng celup tepung fuhhh fuhh nangis ! Celup tepung kat sini sedap sebab sotong lembut tak keras dan ikan celup tepung pun sedap ! Paling penting makan panas2 dan sos pencicah dia kena power okay kalau tak memang tak jadi.
P/S : Melantak tak ingat dunia lepas tu lupa nak snap view cantik dekat depan kedai ni.
No comments:
Post a Comment