Sunday, September 18, 2016

EDISI MEREPUT SEPT - PART SATU


Bulan sembilan 2016 adalah bulan paling terbaik dalam abad ini, cuti public holiday yang berterusan tanpa henti di setiap hujung minggu membuatkan aku jadi pemalas shayyytoooonirojimmmmm dengan mereput dalam sarang kumamon aka bilik aku yang bersepah. Kalau boleh aku tak nak gerakkan langsung setiap inci lemak dalam badan aku ini, tetapi kalau sesiapa ajak pergi ternak lemak di kafe laju je aku bangun merempit dengan abam beruang biru laut aku tu.

Oleh kerana cuti-cuti malaysia banyak jadi pun menghabiskan masa  aku dengan buat benda yang tak berfaedah dengan mengadap movie jepun , anime dan nct life dilaptop sambil acah-acah nak update semua file-file yang bersepah dalam hard disk. Dalam sesi mengemas terjumpa pulak folder anime lama yang aku download zaman jahiliyah jadi terulang tengok balik sebab rasa sayang hei la pulak nak delete.

Gokukoku No Brynhildr
Anime ini aku ambil masa yang agak lama untuk habiskan dulu sebab cerita nya sangat sudah untuk di hadam.

Gugure! Kokkuri san
Anime yang sangat comel , tengok banyak kali pun tak bosan weh, serius la tengok watak utama dia makan semua udon dan maggie cup aku rasa terjebak nak makan.

Koufuku Graffiti
anime punya makanan sangat sedap dan kawaiiiiiiiiii ! aku selalu mampu berangan je nak buka kafe kecil dan hidangkan makanan yang buat semua orang happy.


Yumeiro Patissiere
Tengok anime ni buatkan aku selalu berangan pandai buat kek yang sedap tapi itulah buat churros pun failed sampai adik beruang sakit perut acener.

Tonari no Kaibutsu-kun
Dalam nime ini watak paling aku suka ayam seekor tu ! nagoyaaa.



Acchi Kocchi
Semua watak dalam acci kocchi ini sangat kelakar dan gila terutamanya mayoi.


Tokyo Ghoul
Paling best tetapi ambil masa dua bulan nak hadam anime ini, dan kaneki ken ialah bakemono baeku.


Steins;Gate Movie: Fuka Ryouiki no Déjà vu
paling best bagi aku ! memang amazing gila bila tengok movie steins gate ni, rasanya kalau diorang buat live action memang nangis tahap kambing rasanya.


Huargh kalau diikutkan banyak juga koleksi anime dalam hard disk patut lah penuh ! untuk masa sekarang ini aku tengah habiskan one punchman secara berhemah sebab ada banyak episod yang aku tertinggal. My mom selalu bising sebab aku asyik mengadap kartun je, dia siap tembak aku lagi cakap level spesis macam aku sekarang sepatut dah miang nak bersuami, jadi dia sibuk cadangkan  aku pergi cari tangkap bakal suami pakai pokeball tak pun pokemonGO app erk..


Bersambung di episod lain..kkk












P/S : Tak main pokemonGO sebab malas nak keluar dari bilik dan mencarikan lelemak dari badan.

No comments:

Post a Comment