Minggu mereput dalam bilik dengan anak tekak mengidam seafood spaghetti, mengidam punya level tu tahap nampak kucing punya misai pun dah macam spaghetti jadi sebelum aku tertelan si kucing yang debab tu terus ajak adik beruang , fatcat dengan adik jantan aku si moomin pergi ternak lemak di Ghalit Distro. Kebetulan si moomin baru balik dari asrama sebab ada ujian kelayakan kereta so aku angkut dia sekali pergi berjimba. Si moomin selalu kondem atas sebab aku asyik bawa adik beruang pergi berjimba ergggh dah kena cop pilih kasih T_T padahal si moomin kalau balik rumah selalu lesap pergi main futsal lah , keluar dengan geng sana-sini , salah siapakah? aku ker tsktsktsk
Ghalit Distro ini kalau tak perasan memang boleh terbabas macam aku , jadi sila alert ya sangat dekat selepas lampu isyarat pasaraya pantai selamat ambil kiri dan merempit secara perlahan nanti jumpa la kafe ini. Ghalit distro atau pun ore panggil ghalit vape distro kafe ini dah lama dibuka dekat kuantan tapi cuma aku je yang tak berminat nak pergi sebab aku ingat kafe ni tempat khas untuk budak vape lepak, aku ialah spesis tak suka bau vape ia menyebabkan aku sakit kepala kronik. Tetapi baru-baru ini aku ternampak post ghalit distro di instagram yang nampak sangat menyelerakan anak mata , anak tekak dan kebetulan aku rindu kotak kalam punya spaghetti (kotak kalam dah tutup sedih) so why not aku cuba ghalit distro kafe pulak kan kan kan kan.
Kami sampai di sini dalam pukul enam macam tu jadi memang tak ada pelanggan lagi, Masa ini hanya ada dua staff lelaki yang menyambut kedatangan kami dengan senyuman menusuk nan kalbu eh eh eh eh eh ewah...walaupun diorang baru je buka kedai. Suasana di dalam kafe ini sangat distro dengan pencahayaan agung dari lampu-lampu yang digantung mengunakan cardboard kertas pergh kreatif gila diorang ni salute.
Ini adalah view dari tempat santapan beta cantikkan? hipppppturrrrr sangat, aku pilih duduk bawah lampu liplapliplap nampak dazzling sikit time makan kan kan kan, aku rasa bahagian luar untuk budak-budak yang nak vape sampai ke syurga kot entah tak pasti sebab kami je pelanggan pada masa itu. Masa abam menusuk kalbu datang hantar buku menu mengelepur si fatcat dengan adik beruang tengok semua menu yang ada*abam menusuk kalbu di abaikan* termasuk lah aku ! sebab otak dah set makanan lagi penting dari segalanya kahkah.
Untuk pembuka selera aku Nacho bolo @ RM 7 sepinggan sedap hoiii boleh nangis hamster aku kalau dapat makan menu ni, tak sampai dua minit pun masa berdetik terus licin pinggan.
Shrimp aglio olio menusuk kalbu @ RM 8 sepinggan terus berjoget lambak lah lelemak dalam perut, walapun tak boleh makan udang tapi sebab mengidam punya pasal pejam mata je! pertama kali tengok udang besaq-besaq macam ni *nangis tepi lampu liplapliplap*
Chicken Grill dan Chicken Chop dengan butter rice dengan kuantiti yang agak besar dan banyak sampai adik beruang dengan adik moomin nak baring atas meja kekenyangan. Gabungan butter rice dengan creamy brown sauce memang terbaik ! tempat yang ketiga aku jumpa sos yang hidangkan sedap. Sebenarnya kalau tak nak nasi pun boleh tapi sebab adik-adik aku lapar so aku add-on butter rice untuk diorang hueee kakak yang baik *tepuk-tepuk bahu sendiri*
Fatcat order burger Cheese Leleh Pah Betis @ RM 10 sepinggan, menu ini bukan cheese yang meleleh sampai ke betis tapi lemak si fatcat yang meleleh hahahahha, ini burger daging kambing korang kalau tak makan kambing jangan order tau kang mengembek satu hari tak tanggung ok. Boleh tahan rasanya tak ada bau hamis sangat licin je satu pinggan si fatcat telan.
Ghalit Distro ada banyak lagi menu yang mengusik kalbu tapi mulut aku ada satu sahaja , jadi mungkin next time boleh datang lagi bawa mummy dengan papa mesti diorang suka. Harga makanan di sini bagi aku sangat murah berbaloi dengan rasanya yang sedap! kalau mengidam nak makan western lepas tu nak speaking english sikit sambil mengopi lepak je sini. Part vape aku tak pasti pulak sebab tak bertembung dengan geng vapers ke syurga maybe diorang lepak malam kot huhuhuhu.
Kami sampai di sini dalam pukul enam macam tu jadi memang tak ada pelanggan lagi, Masa ini hanya ada dua staff lelaki yang menyambut kedatangan kami dengan senyuman menusuk nan kalbu eh eh eh eh eh ewah...walaupun diorang baru je buka kedai. Suasana di dalam kafe ini sangat distro dengan pencahayaan agung dari lampu-lampu yang digantung mengunakan cardboard kertas pergh kreatif gila diorang ni salute.
Ini adalah view dari tempat santapan beta cantikkan? hipppppturrrrr sangat, aku pilih duduk bawah lampu liplapliplap nampak dazzling sikit time makan kan kan kan, aku rasa bahagian luar untuk budak-budak yang nak vape sampai ke syurga kot entah tak pasti sebab kami je pelanggan pada masa itu. Masa abam menusuk kalbu datang hantar buku menu mengelepur si fatcat dengan adik beruang tengok semua menu yang ada*abam menusuk kalbu di abaikan* termasuk lah aku ! sebab otak dah set makanan lagi penting dari segalanya kahkah.
Menu air dekat sini boleh tahan jugak ! paling sedap air adik beruang order lychee mojito , aku order blue lagoon dan untuk adik moomin aku order scary mary *fatcat orang suruh order horny mango dia pergi order tea lemon so malas nak ambil gambar*
Chicken Grill dan Chicken Chop dengan butter rice dengan kuantiti yang agak besar dan banyak sampai adik beruang dengan adik moomin nak baring atas meja kekenyangan. Gabungan butter rice dengan creamy brown sauce memang terbaik ! tempat yang ketiga aku jumpa sos yang hidangkan sedap. Sebenarnya kalau tak nak nasi pun boleh tapi sebab adik-adik aku lapar so aku add-on butter rice untuk diorang hueee kakak yang baik *tepuk-tepuk bahu sendiri*
Fatcat order burger Cheese Leleh Pah Betis @ RM 10 sepinggan, menu ini bukan cheese yang meleleh sampai ke betis tapi lemak si fatcat yang meleleh hahahahha, ini burger daging kambing korang kalau tak makan kambing jangan order tau kang mengembek satu hari tak tanggung ok. Boleh tahan rasanya tak ada bau hamis sangat licin je satu pinggan si fatcat telan.
Ghalit Distro ada banyak lagi menu yang mengusik kalbu tapi mulut aku ada satu sahaja , jadi mungkin next time boleh datang lagi bawa mummy dengan papa mesti diorang suka. Harga makanan di sini bagi aku sangat murah berbaloi dengan rasanya yang sedap! kalau mengidam nak makan western lepas tu nak speaking english sikit sambil mengopi lepak je sini. Part vape aku tak pasti pulak sebab tak bertembung dengan geng vapers ke syurga maybe diorang lepak malam kot huhuhuhu.
P/S : aku update pasal makanan dekat blog kemain rajin tapi entry-entry lain semua mereput dekat draft yaa ampun..
No comments:
Post a Comment