Mak Jemoh Cafe House yang tengah hot dan menyakitkan lemak-lemak di perutku aku setiap kali buka facebook sebab ramai sangat yang kongsi di wall mereka terliur erggggh. Jadi hari ahad lepas aku, adik beruang bersama fatcat dan risley law mencemar duli ke tempat hot and spicy di kuantan ini.
Mak Jemah Cafe House ini di ubahsuai dari rumah teres satu tingkat, jadi kalau datang dari lorong gerai planet kari memang akan nampak cantik dan bercahaya sungguh cafe ini. Tetapi bab parking sila behave ye semua suku kaum mak jemah ! jangan sesuka hati parking dekat depan rumah orang nanti mak jemah konfirm pening kepala sebab dapat banyak aduan hue~
Start dari pintu masuk sehingga ke tingkat atas aku rasa mak jemoh ni orangnya memang hebat sebab dapat buatkan aku kagum dengan hiasan cafe house style jejemoh dia. Ada banyak part dalam cafe jemoh ni yang cantik kalau nak buat party hari jadi atau tunang ker? tu kalau mak jemoh bagi lah kohkoh. Kalau nak berparti tanpa segan silu aku cadangkan bahagian atas adalah tempat terbaik sebabnya? kena la pergi cuba makan dekat mak jemoh dan lepak bahagian atas sure korang rasa suka. Aku sebenarnya nak duduk di bawah dekat payung hawaii di hiasi lampu liplap tu tapi si risley law sibuk nak naik atas, terpaksa la aku push lemak-lemak di kaki mendaki tangga mak jemoh, tetapi bila dah duduk di tingkat atas rasa macam syiokk pulak taknak turun.
Ini adalah view dari tingkat atas sangat hawaii cantik *sambil scan future husband kot2 ada tersesat dekat mak jemoh cafe*. Bila lepak dekat atas miang tu datang dan aku adalah nak buat ala-ala titanic tu tapi takdok calon la pulok, mak jemoh kedekut apa salahnya dia hantar abam-abam naik atas ambil order boleh lah aku gegediks sikit.
Menu makanan kami order di MAK JEMOH CAFE HOUSE *tolong jangan jilat screen handphone ye..behave* . Masa kami mencemar duli dekat sini spaghetti dan dessert sold out *aku nyaris nak flip pekerja mak jemoh sebab semua yang aku nak order tak ada*. Jadi aku orderlah apa yang ada sahaja untuk malam itu *sambil usap-usap lelemak perut*
Swedish meatball = sedap woi sampai tak cukup makan *dasar saka gendut*
Chicken chop / fries / wedges = ayam bersalut sedap tapi kurang rangup, wedges ok tapi ketam dan crab stick sejuk sedih betul *sobsob sedut ayaq milo* , sos chicken chop ok bagi aku.
Fish and chips = ini menu fave aku ! hidangan cantik dan sedap doh tapi cuma sedih tahap nak nangis berguling-guling tahap kerbau yang akan di korbankan hari raya aidil adha nanti sebab sos yang di hidangkan hanya la mayonis ! itu je.
Pelik tapi benar kebanyakan hidangan fish and chips dekat kuantan ini kalau bab sos memang menyedihkan sedikit, padahal sos tartar paling senang nak buat kot aduhai sedih pilu terobek lemak kat peha. Bab makanan aku rasa Mak Jemoh kena lebih alert sedikit sebab makan sampingan yang di hidangkan agak sejuk sedikit huhuhu *mak jemoh jangan sentap ye dengan kak ngah petir punya komen*
Bagi aku MAK JEMOH CAFE HOUSE tempat memang cantik , harga makanan memang murah , layanan staff ok cuma satu sahaja dari segi makanan ada sedikit kekurang dan perlu di perbaiki, dari awal kawan risley raw ada inform dekat kami makanan di sini 50-50 tapi disebabkan si adik beruang mengidam nak makan ku gagahkan jua kesini.
Spesis macam aku ni jenis yang takkan pergi untuk kali kedua ke tempat yang makanannya kurang memuaskan nafsu lemak di perut, lelemaks dalam badan aku ni bukannya cerewet sangat suka makanan tahap hotel lima belas bintang janji sedap makan di mulut dah kira terbaik. Jadi untuk birthday aku bulan october nanti adik beruang cadangkan buat disini, adik beruang cakap sebab tempat mak jemoh cantik, jadi aku harap sangat masa tu mak jemoh dah perbaiki kekurangan yang ada di cafe house dia.
-ADIOS-
Spesis macam aku ni jenis yang takkan pergi untuk kali kedua ke tempat yang makanannya kurang memuaskan nafsu lemak di perut, lelemaks dalam badan aku ni bukannya cerewet sangat suka makanan tahap hotel lima belas bintang janji sedap makan di mulut dah kira terbaik. Jadi untuk birthday aku bulan october nanti adik beruang cadangkan buat disini, adik beruang cakap sebab tempat mak jemoh cantik, jadi aku harap sangat masa tu mak jemoh dah perbaiki kekurangan yang ada di cafe house dia.
-ADIOS-
P/S : balik rumah bahang nasik dengan ayam goreng +kuah singgang cicah budu...lagi sedak hoooi
How to Make Money by Making Money by Making Money at Work
ReplyDeleteto earn money online betting from the free bets and bonuses available in online betting The best way to kadangpintar do this is to place งานออนไลน์ a sports 메리트 카지노 주소 bet on a sports