Merdeka merdeka merdeka yang ke 59 tahun ! esok kita akan menyambut hari merdeka , dua tiga hari ini semangat aku pergi kerja setiap pagi tengok abam-abam bomba, polis , askar dan jpam berbaris tepi jalan untuk raptai merdeka. Bak kata mommy mana tahu tengah merempit naik scooter terlanggar jodoh ewahhhhh.
Tahun ini aku sambut merdeka atas katil sahaja layan anime donten ni warau dengan sota fukushi sambil minum air green tea guna cawan loteng eh. Koleksi bekas loteng dah cukup lengkap rasanya dekat rumah *nampak tak bertapa banyak masa di habiskan dekat loteng*. Loteng Teluk Cempedak ini adalah menjadi tempat kesukaan geng meow dan geng office entah apa yang menarik aku pun tak tahu? memang terkeluar lelemak dari badan aku sebab setiap hujung minggu nak kena panjat tangga loteng semata-mata nak minum air loteng yang harganya RM 5.50 sebekas sambil bergossipan ketupat rendang dengan semua geng.
Ini adalah menu-menu yang aku biasa order di loteng , kalau nak sembang sampai berbuih mulut aku order kentang goreng dengan air je tetapi kalau rasa sembang ala thailand tu boleh cuba nasi ala thai green curry di sini rasanya urm boleh telan. Kalau selera ala-ala kencing manis tu boleh try ais krim kelapa style sangkaya atau pun ice-cream cake pelbagai perisa. Menu air dekat sini semua boleh tahan berbaloi lah dengan harga dan satu lagi boleh berlagak dengan geng starbucks sambil tayang bekas cawan loteng kkkkkk.
Satu lagi untuk tempat duduk di loteng ini sentiasa penuh jadi sengih je la tapau air terus pergi ke pantai bersila lah ye korang. Aku kalau datang sini memang bahagian atas penuh so lepak je di bahagian bawah tapi risiko tinggi sebab ko asyik nak order segala saka makanan yang ada dekat kaunter. Oleh sebab itu rajin-rajinlah usha seat atas ada kosong tak terus naik melepak, kalau rasa nak baring dan berguling seperti seekor badak sumbu dekat bahagian atas sekali lah tempat yang paling best.
Ini adalah pemandangan dari atas bahagian yang menghadap pantai dan sila abaikan tiga ekor geng meow yang sentiasa sibuk dengan telepon blerggggh. Aku selalu kalau dapat port bean bags ni memang siap boleh tidur lagi, nasib lah jodoh-jodoh dekat atas ni memang tak ramai uhukss. Bagi aku tempat loteng ini memang strategik sebab sebelah starbuck lepas tu mcd dengan kfc kiri kanan jadi tepuk perut tanya selera "kau nak makan apa lagi setan" lebih kurang macam tu konfirm mendaki tangga loteng order air loteng satu bekas.

P/S : konklusi nya sampai sekarang aku tak tahu apa yang best tempat ini?mohon diri sendiri berhenti dan bertaubat datang loteng tc dan beli air dekat sini..
No comments:
Post a Comment