03 Disember 2015,
Tinggal 28 hari lagi nak tukar tahun lain, kadang-kadang selalu terfikir "BILA AKU MATI" awal tahun ke? akhir tahun ke? sekarang pulak musim hujan dengan pakej ribut dan petir selalu terfikir hari ni ke ? jangan la kena sambar petir kesian jasad T_T ok mengarut sangat fikir bukan-bukan, selalu zaman 19+ dulu semangat sangat bila dah akhir tahun tapi sekarang rasa macam ngeri dan asyik fikir mengarut je bila tahun berakhir dengan cepat.ok otak please stop berfikir!
Bulan 12 ni musim sejuk aka musim tengkujuh hujan dekat pantai timur ni memang buat aku nak baring je atas katil taknak berpisah dari bantal dan selimut. Aku pun sekarang rutin harian balik rumah pekena kopi atau coklat panas secawan lepas tu berguling atas katil layan reply 1988 dengan one punch man, bila cukup masa tidur tak sedarkan diri sampai pagi.Kemalasan tahap tenuk dah, kain baju tak lipat dah macam gunung berapi , apa pun malas biasa lah orang bujang kan *salahkan cuaca yang sejuk menyebabkan aku menternak badan jadi besar atas katil*
2015 dah tak lama nak berakhir semua orang sibuk menanyakan soalan cepu ayam
"So macam mana tahun ni? dah jumpa calon ka? takkan la nak single lagi umur dah berapa?
You olz ! jangan banyak tanya boleh tak cari je la aku calon sorang ! bising betul hmmmph.
2015 ? memang azam kelaut...
berat badan turun? memang tak lah !
makin cantik ? memang nak lempang je muka sendiri !
Jumpa bakal suami ? yang ni malas nak fikir !
kesimpulannye 2015 tak ada apa-apa perubahan ok bye.
Tengok semua orang asyik post dekat media sosial...bulan 12 saya dah capai ini itu, aku atas katil makan kinder bueno sambil layan anime lepas tu buat muka menyampah tengok semua orang update status bongkak sebab berjaya tunaikan azam.Ok tak jeles ! menyampah je.Ok bye
P/S : 2015 banyak perkara gila yang berlaku tapi malas nak fikir..abaikan~
No comments:
Post a Comment