Hari minggu datang lagi dengan seronoknya, hari di mana perjanjian mulut dengan anak saudara yang tercinta nak bawa dia pergi zoo , jalan-jalan , tengok movie dan makan wafel sedap di kafe cantik. So hari ahad dengan gigih nye auntie cheese bangun awal masak breakfast dengan makan tengah hari sekali tunggu mak buyung dengan anak manja nya sampai rumah.
Pukul 4.30 macam tu kami berempat aku , adik kecik yang tak suka senyum , si lee minho kecik hedzry dan mak buyung aka kakak aku yang sekarang ni mengandung anak kedua ALHAMDULILAH next entry baru cerita, kami menuju ke ecm dulu tengok movie lepas tu kami ke zoo teruntum tengok haiwan yang tak berapa banyak lah sangat ! pokok banyak uhukkkkk tapi takpe janji si lee minho junior happy si auntie cheese suka.
Tempat terakhir untuk si hedzry lepak ialah beanz & co. cafe , masa ni si hedzry merajuk sebab aku panggil dia abang tapi ye la dia dah empat tahun sekarang nanti nak dapat adik baru uhuuk, aku dukung budak hedzry ni masuk beanz & co. dengan semangat nye ! dah gemuk budak hedzry ni alahai.Menu di kafe ni masih tak berubah seketol kertas coklat tapi dengan menu yang enak ada promosi sempena x-mas iaitu pilih menu aku order
Southern fried chicken chop + cappucino = RM 21.90
dan aku ade add onn strawberry waffle + honey lemon tea +caramel vanilla + classic coco
Aku dah lepak sini untuk kali kedua nya memang syiok, dan baru aku tahu rupanya sos untuk fried chicken chop popcorn tu sos nye adalah creamy mushroom + boleh tambah kalau tak cukup uhukk.
Hudoih aih si kecik ni merajuk tengok tu muka marah so auntie cheese peluk dia kuat-kuat ahahahhahaha. Aku berusaha pujuk dia jangan merajuk so buat perjanjian mulut lagi di saksi kan mak nya dengan auntie tak suka senyum, aku janji taknak panggil dia abang tunggu sampai baby baru keluar baru panggil abang mihmihmih..
Kegemaran si hedzry, lepas makan ice-cream terus happy tahap unta.
Muka budak tak puas hati sebab cappucino tak kena dengan dia AHAHAHHAHAHA.
Ini adalah pertama kali si hedzry suka makanan dekat sini, aku rasa dia paling suka creamy mushroom sos chicken chop tu sebab dia asyik mengamuk nak makan lagi, dia still tak boleh makan makanan yang keras-keras lagi tapi ice-cream dia dah boleh makan sikit-sikit.dah lama tak jalan-jalan dengan budak kecik tu biasa asyik berkepit dengan ibu dia je.nanti dah ada adik baru dah tak boleh berkepit dengan ibu dah ! dengan auntie cheese pulak...ahahahhaahahah *gelak syaitooon*
P/S : aku tak kisah pun berapa banyak mata yang memandang ke arah anak saudara kesayangan aku ni, dia anak syurga yang aku sayang lebih dari diri aku sendiri.
No comments:
Post a Comment