Sunday, January 13, 2013

TABAH


Dugaan di awal tahun 2013..aku sebagai hambaNYA kena lah redha dengan ujian TUHAN..kalau aku tak kuat my sis and our family lagi lah..since dari hari khamis lepas my nephew balik dari hospital untuk ambil darah aku dah memang tak berapa nak err err happy...and i know semua ni akan berlaku..keesokan hari bila my nephew datang rumah dia dah demam..and time aku balik lunch time tgh hari aku macam terkejut tgk my nephew macam dah tak larat gila badan dia pucat2 and tangan dia macam dah biru2 sikit..aku memang dah gelisah time tu...my mummy asyik menangis je
then a few hours later bila aku balik keje mummy bagitahu sis and hubby dia dah rush pergi hospital sebab muka my boy dah biru..oooooh gosh mummy kelam kabut pergi hospital sebab my nephew dah di masukkan ke emrgency room ..aku time tu kepala dah weng weng macam2 fikir macam luar dari otak aku boleh fikirkan.." dia boleh mati ke " aku banyak kali pukul kepala sendiri sebab aku terlebih pikir sampai aku mulut aku tak berenti cakap " oh TUHAN jangan seksa dia..sesungguhnya aku redha dengan dugaan dari mu " aku a bit dah macam orang sewel duduk depan toilet..rasa macam semua kekuatan dalam diri dah hilang...sebab sepanjang dia di dalam perut ibu nya sampai ke saat dia di lahirkan di atas dunia ni aku lah makcik yang paling gembira di atas muka bumi ini dengan kelahiran nya..dan bila situasi ni berlaku aku jadi macam separuh nyawa aku dah hilang..

Dalam hati aku asyik menyumpah sis and hubby nya yang sibuk nak buat test MRI sampai my nephew jadi macam ni..kalau diorang tak sibuk nak buat test bagai ni..my nephew takkan jadi seteruk ni..aku sampai satu tahap terus shot sis and hubby nye sebab aku memang dah tak boleh nak tahan2 dng situasi ni " eh korang ni tak redha ke dengan apa yang TUHAN bagi...kenapa nak seksa anak sendiri " and mummy cuba tenangkan aku seboleh2 nye taknak aku meletup kat situ..aku dah macam tak boleh nak control perasaan marah..even doctor pun aku cakap " bodoh ! kalau dah tahu baby macam ni tak boleh terima semua test tu kenapa buat..cuba buat kat anak doctor marah tak " memang tahap kekurang ajaran aku tu memang up gila level nye time tu...my sis hanya boleh cakap yang dia akan stop buat MRI tu since aku and adik2 yang lain dah mengamuk..bayangkan lil bro pun mengamuk dekat sis and brother in law siap cakap " kalau apa2 jadi kat nephew siap lah korang " aku time tu pun rasa mcm ooh lil bro pun tak sanggup nak tgk our nephew lalui semua tu...my mom and dad lagi lah kan..hurrrr aku memang tak boleh tgk nurse and doctor time tu keje nak shoooot diorang...memang aku tahu tu keje diorang but double hellooo ! ko ingat my nephew ni patung ke korang nak buat uji kaji..gaaaaaaaaaaah meh aku cuba ambil darah korang 4 5 6 botol sakit tak?


Aku memang tak masuk dalam emergency room tu sebab aku memang tak boleh tgk diorang terkial2 cari urat nak cucuk sana sini bagai...mau je aku lempang nurse ngn doctor tu...agak lama menunggu then doctor sah kan paru-paru nya sekali lagi di jangkiti kuman and demam dia mencecah 39 darjah gila ko doctor ! ni semua pasal ambil darah tu lah...body kecik my nephew tu tak boleh terima semua tu sebab tu lah jadi macam ni..arghhhhhhhhhhhhhhh aku rasa macam nak jerit je tahu tak..dah la tangan my nephew penuh dengan bekas jarum cucuk2 last2 diorang cucuk kat kaki plak...asobaru kesian nephew aku..aku memang tak boleh tengok situasi ni  bertong2 drum aku nangis..mummy lagi lah ! dia cuba menahan diri supaya my sis kuat untuk lalui semua dugaan ni...Melihat keadaan my nephew ni memang buat aku lemah satu badan..kenapalah dia kena lalui saat sukar dalam hidup nya..kalau lah aku sebagai makcik nya boleh gantikan tempat nya dah lama aku buat...so start lah hari berumah di hospital setelah sekian lama nya tak menginap kat sini.

Kami balik around pukul 11 lebih macam tu lepas semua nya kembali ok..my nephew kena tahan kat wad then sis and hubby nya gilir2 jaga nephew untuk malam tu..so aku balik rumah dengan berat hati kadang2 aku fikir aku dah macam sewel sikit sebab aku asyik mengeluh.padahal tak baik mengeluh tapi itu je aku boleh buat time tu...so balik rumah aku buat lah apa yang termampu..tapi around pukul 2 macam tu aku bangun pergi toilet...aku nampak lampu bilik solat bernyala..so bila aku intai aku nampak mummy still atas sejadah tengah solat hajat dan mengaji..time tu aku punya air mata tak berhenti2 mengalir sebab aku tahu mummy mesti sedih teramat sangat..even time balik tadi aku tak bercakap pun dengan mummy sebab aku tahu dia sedih..aku cuba taknak ungkit pasal my nephew..tapi aku tahu dia seorang ibu dan dia pasti memahami situasi my sis seorang ibu..pasti sukar untuk dia melihat sis aku melalui hari2 yang sukar dalam hidup dia...dugaan datang silih berganti..itulah yang aku cuba untuk memahami nye..

So untuk 3hari ni hospital dah jadi hotel untuk aku keluar masuk jumpa my nephew..so hari ni aku spent my sunday dengan nephew..datang2 hospital tgk jarum masuk ubat dan air dah bertukar pergi kat lengan pulak..semalam dengan kelmarin dekat kaki..aku macam errr like double what ! korang dah takde tempat sangat eh suka2 nak cucuk sana sini..oh poor my lovely boy ! please2 be strong dear ! aku memang jahat so aku terus peluk my nephew then cakap kt nephew " kesian ami..nanti mak ngah pijak2 perut nurse ngn doctor yang buat ami macam ni " hurrr kebetulan nurse ada kat situ..dia macam nak telan aku je..hahahaha ! ada aku kisah ! please lah korang ni buat keje elok2 boleh? boleh tak ! kalau korang buat kat orang besar macam aku ni tak la heran sangatkan..ini budak baru nak membesar korang layan macam apa ntah main cucuk suka2 suki kalau tak jumpa urat..alahai


see my nephew siap tunjuk tangan dia dah penuh dengan kesan jarum..sobs 


like a boss ! my nephew time kene nurse cucuk ubat..nurse time ni dengan sopan 
je buat kerja kan..my sis banyak kali stop aku dari menjadi kekurangan ajaran..
like i care..kalau korang buat keje betul2 aku takkan cari hal dengan korang..

aku tidurkan dia dengan hati yang sayu..my nephew tak suka hospital
dia asyik merengek..tapi dia still kena stay 2 3hari lagi sampai paru2 dia ok..
dah 3 hari dia hanya minum susu..tak boleh makan doctor risau
makanan aku masuk paru2 dia..kesian my nephew pasti dia lapar
aku siap cakap kt nephew suruh dia tidur so tak lapar sangat
omigosh terukkan auntie dia ni?

time ni aku memang nak nangis sebab setiap kali aku cakap nak balik..my nephew mesti merajuk langsung taknak tgk aku..aku tahu dia tak suka stay kat hospital tapi apa boleh buat u sakit sayang..kalau auntie u ni ada kuasa penyembuhan dah lama dah buat..dia merajuk then ajak snap pic taknak..tapi aku terpaksa balik since mama and papa punya giliran pulak kan..aku memang kalau boleh nak berkampung je kat wad ni tapi ko gile konfirm kene kejar dengan mak guard tu hokeyy...
so aku promise time lunch and lepas keje aku pergi lagi...padahal aku memang takde mood nak pergi keje...mood dah kelaut ntah tak semangat ! otak cuma fikir my nephew..so dear nephew please be strong naa ! See u tomorrow







YA TUHAN , BERILAH AKU DAN KELUARGA KU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA DUGAAN DAN RINTANGAN INI.

No comments:

Post a Comment