Angah bbq steamboat terbaik dekat kuantan ! ramai orang viralkan ni fofuler dekat facebook jadi my mom nampak terus mengidam tahap unta dia datang nak makan dekat sini. Sebagai anak yang soleh aku pun pergi la book meja takut ramai orang kan.Call je diorang mesti layan dengan baik.
Masa kami datang kesini aku tak tahu yang restoran ni ada buat promo happy hour untuk pelanggan yang datang sebelum 6.30 akan dapat happy hour RM 17/seorang seronok gila boleh makan sampai pengsan ! biasa harga normal 19/seorang ok la kan ? restoran ni senang je nak cari kalau masuk ikut cowboy pun boleh atau celah hotel tu pun boleh.
Sedap menarik tertarik kau memang debom ! ini hasil tangkapan selepas berulang-alik dengan beberapa pinggan ketamakan nafsu buas yang ada dalam badan aku dengan adik pergi mengangkut semua makanan yang ada di restoran ini.Yang best dekat sini diorang pakai dapur arang tak macam restoran steamboat lain yang pakai dapur kecik tu, so korang boleh grill dekat atas dan bersteamboat di tepi lorong yang kecil tiada ombak cuma kuah sup sahaja.
Homaik aih meleleh air liur tengok balik semua gambar #sistakkuat uhuuk, dekat sini korang boleh makan apa sahaja yang korang suka tapi kalau tak habis kena denda haaa padan muka tamak sangat , ikan pari dekat sini sedap my dad suka sangat ! selain makanan untuk steamboat dan bakar restoran ini ada sediakan kuih muih , buah buahan , nasi goreng + nasi putih, tomyam dan banyak lagi makanan yang memang aku dah tak larat nak makan ! berbaloi baloi kalau makan dekat sini ! promosi dah nak habis hooi ! ahad ni last jom pergi makan lagi ! meowmeow.
P/S : Dekat restoran ini ada di sediakan surau so lepas solat magrib boleh sambung makan balik..mihmih
No comments:
Post a Comment