Yaay cheat day untuk kali terakhir sebelum detox sayur 3hari sobs, malam tadi si kucing gemok ajak pergi berjimba di malam hari kebetulan pula lelemak mengidam pancake krabi terus ke teluk cempedak selepas makan-makan di sara thai boat noodle *nampak tak kegemokkan di situ*.
Gerai Pancake krabi noah ni kalau tak tahu memang sesat punya sebab gerai dekat area foodcourt dekat parking lot bahagian baru alahai letih berjalan nak sampai kesini. Dah sampai pekeje or owner pun tak pastilah macam blur-blur pulak bila tanya pasal pancake ini , lepas tu tak bagi pulak aku tengok dia tengah buat pancake wtfish macam la aku nak telan dia sangat..uhukkk
Masa yang di ambil untuk tiga pancake di siapkan agak lama hampir setengah jam sabor je la, boleh naik jet pergi krabi dah kalau macam ni tapi sebab nak fefeling makan pancake krabi di negara sendiri so bertahan je lah.
Kami order tiga *nampak tak ketamakan nafsu di situ* ini pancake pisang perisa coklat.
Pancake pisang dengan perasa nutella
Pancake pisang perasa strawberri
Bagi aku oklah tapi lagi bagus kalau diorang bagi garpu plastik hurm, susah hoi nak makan last-last aku makan macam roti canai je lidi tu tak guna pun. Yang lain rasa biasa-biasa je tapi nutella memang sedap nasib baik tak tercakap "krab krub krab nedaiii kedaiii p neeee" sebab masih sedar ada di malaysia lagi..ahaks.
P/S : Kadang-kadang ikut trend pun susah jugak, kita excited nak mencuba tapi keputusannya hampa seperti melepaskan seekor lembu di tangga.
No comments:
Post a Comment