Cengkerang come hungry & leave happy , bagus motto restoran ini ! memang kenyang tahap nak terkeluar beruang seekor dah makan dekat sini. Restoran Cengkerang adalah spesis restoran shell out yang tengah populars sekarang ini yang menjadi kegilaan ramai tapi bukan aku , sebabnya kebanyakkan shell out dekat mana-mana tempat jenis tabur atas meja *aku tak boleh makan ada sedikit kembang nafsu di usus* tapi Restoran Cengkerang ini lain dari yang lain dan adalah pilihan terbaik untuk spesis manusia yang tak suka makan shell out jenis tabur atas meja.
Di Cengkerang konsepnya semua makanan di sediakan dalam bekas , aku order menu yang restoran ini sedang offer iaitu set shell out untuk RM 37.20 untuk dua orang makan tapi kami makan bertiga sebab kuantiti seafood di sini agak banyak *bagi akulah yang tukang makan ni kalau korang tu dasar pelahap saka memang tak cukup uhukks*.
Hasil tangkapan di Cengkerang sedap gila weh kuah shell out dekat sini , ketam dan lala masak ala kari lemak rasa macam boleh makan 10kg jek *oh nafsu* dan aku suka green mussel bersama pepanjut laut? *aku tak tahu seafood panjang tu nama apa* masak tumis berlado pedas makan dengan nasi dan sup kubis panas-panas menyelerakan sungguh rasa macam makan masakkan mummy dekat rumah. Satu je tips peting aku nak bagitahu bila makan shell out ini ialah kuah masakan itu sendiri ! kalau sedap memang gemok lah korang.
Selain shell out Restoran Cengkerang ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik nafsu usus semua umat manusia untuk order. Aku datang restoran ini sebab adik beruang mula-mula dia cakap nak makan alaskan king crab tapi lepas tu dia dengan mak buyung ubah fikiran sebab ketam tu nampak menakutkan err.
Harga seafood dan side dish untuk rujukkan manusia yang datang makan di sini.
Staff Restoran Cengkerang cakap ini menu hot selling dekat restoran mereka jadi aku order lah kan
Roti titab dan cheezy errk apa ntah? oklah tapi aku lagi suka menu shell out di sini.
Ini adalah nafsu weh ! adik beruang bersungguh nak minum green tea
yang dahsyat ini tapi last aku yang kena habiskan juga.
Selain shell out yang sedap , hiasan kayu pallet di dalam restoran ini pun cantik macam cafe-cafe hipster yang ada di kuantan , memang trend kot sekarang semua cafe dan restoran hias pakai perabot dari kayu pallet. Restoran Cengkerang ini baru dibuka dan satu tempat dengan bangunan baru Tanjung Laundry Cafe. Masa aku makan di sini kebetulan Cengkerang sedang promosi sehingga 30% tapi sampai akhir bulan april ini sahaja. Staff di sini baik dan tak lokek dengan senyuman , makan dekat sini pun rasa senang hati dan lelemak perut
P/S : Adik beruang ajak makan alaskan king crab next week katanya dah tengok depan-depan ketam tu tak scary pun..erk apeni
No comments:
Post a Comment