Strobe edge aka ストロボ・エッジ japanese movie yang di tayangkan pada tahun 2015 dan awal tahun january aku baru melekat dengan strobe edge lepas tu baru rajin nak share *terima kasih hantu rajin sebab masuk dalam badan* komik cerita ini aku tak baca pelik kan biasa aku tak pernah tertinggal kisah-kisah cinta yang mengebukan hati uhuks. Strobe edge kisah cinta yang boleh buat aku tersenyum walaupun tengah tidur cewahh , lepas tengok movie ni baru aku baca komik tapi apa aku boleh cakap perasaan baca komik dan tengok movie ialah berbeza .
Ninako Kinoshita
Kinoshita tengah teropong si Ren dalam kereta api pada hari dia akan meluahkan perasaan cinta. |
- Ninako Kinoshita seorang gadis yang suka buat sesuatu mengikut gerak hati dan perasaan dia , dia berani luahkan perasaan cinta dia pada Ren Ichinose walaupun dia sudah mengetahui Ren ada kekasih yang cantik iaitu model.
- Kinoshita selalu menaiki kereta api yang sama dengan Ren Icinose setiap hari tapi di sebabkan satu insiden Ren terpijak pendant handphone nya mengubah seluruh hidup kinoshita, dia jatuh cinta pada ren dan berusaha mengenali dengan lebih dekat tetapi Daiki Korenaga kawan baik kepada kinoshita yang juga ada hati padanya menjelaskan Ren adalah kekasih kakaknya tapi pada kinoshita itu tidak mengubah perasaannya pada Ren.
- Watak Kinoshita ialah jenis gadis yang tidak ambil peduli cakap-cakap orang sekelilingnya tentang Ren yang ego dan sombong tidak membalas cinta gadis-gadis yang meluahkan perasaan pada dia sebaliknya kinoshita pertahankan Ren , kerana bagi kinoshita Ren ialah cinta pertama dia walaupun Ren tidak membalas balik cinta dia tiada sebab untuk menyumpah atau berdendam dengan lelaki yang buat dia jatuh cinta. Kinoshita juga ada memberitahu Ren pada hari dia meluah perasaan supaya menganggap dia sebagai seorang kawan biasa. *yeah you go girl, kalau aku maybe dah frust menonggeng kot*
- Tapi Kinoshita ini gadis yang agak cuai dalam beberapa perkara contoh ketika berlari turun tangga dia akan sentiasa jatuh tapi yang peliknya perkara tu macam dah biasa bagi dia , dari situ aku nampak watak kinoshita ni nampak lemah di luar tapi sebenarnya dia gadis yang kuat di dalam. Satu lagi sikap cuai dia ialah kalau pergi lawatan mana-mana tempat dia tak biasa mesti sesat.
- Suka makanan manis macam coklat , donut dan kek *suka tengok kinoshita makan donut sangat comel masa dia gigit gigit donut ahahaha apakah* Kinoshita juga ada fantasi tentang pergi bertemujanji dengan kekasihnya lepas tu order dua kek yang berbeza dan bertukar kek dengan kekasih dia selepas itu dia juga akhirnya makan dua-dua kek itu dan kekasih dia terpaksa order kek lagi..ahahaha sweet sangat !
- Bagi akulah Kinoshita adalah gadis yang sangat bertuah kerana dia disukai oleh dua lelaki iaitu Daiki dan Ando, kedua-dua lelaki ini tahu kinoshita sangat sukakan Ren tapi mereka berdua masih menaruh harapan pada kinoshita untuk terima cinta mereka. Daiki akhirnya mengalah tetapi si Ando tak putus asa sentiasa mengejar kinoshita , dari situ aku nampak cinta tiga segi antara Ando dan Ren sebab Ando ialah kawan baik si Ren.
- Ren Ichinose jejaka yang agak popular di kalangan gadis-gadis di sekolah dengan pakej handsome , tinggi dan senyuman manis lemak berkrim di sukai ramai termasuk aku. Pada hari kinoshita meluah perasaan kepadanya dia hanya mampu cakap "terima kasih tapi maaf tapi saya sudah ada kekasih" dengan muka yang amat bersalah.
- Pandai main basketball dan hantu buku , ren juga kerja part time demi support kekasih hatinya yang ingin menjadi model terkenal iaitu Mayuka Korenaga.
- Pada pandangan aku si Ren terikat dengan janji lama dia pada Mayuka yang ketika itu pelajar seniornya yang menghadapi saat-saat sukar apabila family mayuka dan daiki bercerai jadi Ren berjanji akan sentiasa ada dengan Mayuka sampai bila-bila *lelaki jepun memang setia pada janji eh, cerita L.DK pun sebab janji uhukks walaupun tanpa cinta*
- Suka makanan coklat sama macam kinoshita dan paling sweet dia berkongsi coklat dengan kinoshita di stesen kereta api.
- Ren berkawan baik dengan Takumi Ando tapi di sebabkan kekasih Ando yang sukakan ren jadi Ando salah faham hubungan persahabatan mereka berakhir macam tu je tetapi Ren dan Ando berbaik semula disebabkan kinoshita.
- Ren seorang yang amat bertimbang rasa bagi aku lah kenapa?selepas insiden kinoshita meluahkan perasaan terhadap nya dia cuba untuk hilangkan rasa janggal antara mereka jadi dia cuba berkawan seperti biasa dengan kinoshita tetapi akhirnya tanpa Ren sedah dia sebenarnya perlahan-lahan jatuh hati pada kinoshita sampai satu tahap dia tidak boleh kawal perasaan dia pada kinoshita.
- Hanya Ren seorang sahaja yang memanggil nama "kinoshita" sedangkan Ando dan kawan-kawan yang lain panggil nama Ninako.
Masa ini aku boleh nampak Ren memang dah jatuh hati pada kinoshita sebab dia asyik senyum.
antara part kesukaan aku uhuuuks.
Earphone date yang sangat sweet sebab mereka berdua banyak persamaan.
Part ni sangat lah sweet , status Ren masa ini ialah single kerana Mayuka putuskan hubungan sebab Mayuka pun tahu hati Ren pada kinoshita dan dia juga tahu Ren bersama dia kerana terikat dengan janji lagipun Mayuka nak teruskan hidup modelling dia dengan serious.
Last scene is love *cari tisu tak jumpa kesat dengan sarung bantal atas katil*
Part akhir ada sedikit pergelutan dalam hati kinoshita , dia cuba letakkan jarak antara dia dan Ren atas sebab dia tak nak lukakan Ando tersepit antara dua kawan baik adalah part yang sangat menyedihkan bagi aku . Watak Ando dalam cerita ini sangat kuat buatkan aku lebih sukakan dia *tak tahu kenapa* tapi kisah cinta yang tak kesampaian yang pernah dia lalui membuatkan dia jadi kuat jadi aku rasa watak dia bawak lebih melekat di hati ini uhuks . Dia akan selalu menasihati kinoshita agar tahu limit dia dan jangan tamak dalam apa yang di sedang lalui sekarang tapi macam biasa kinoshita selalu berpegang dengan prinsip nya "saya akan tentukan sendiri saya punya limit".
Ando pernah melalui apa yang kinoshita rasa jadi dia tak nak tengok kinoshita terluka macam dia, Ando adalah lelaki idaman hati aku yang aku rasa nak simpan untuk selama-lamanya.Ada satu part yang buat aku rasa macam potong bawang banyak sobsob masa Ando menangis lepaskan kinoshita untuk Ren sebab dia tahu dia takkan ada peluang di hati Kinoshita *masa ni aku nangis berjemaah dengan Ando, hati tak kuat okbye*
Jadi kesimpulan yang aku dapat dari cerita ini ialah jangan mengalah demi perkara yang tidak penting. Tidak salah mencuba jika kita sukakan seseorang , luahkan dan kalau cinta kita di balas teruskan hubungan itu dan kalau tidak terbalas cinta itu terima dengan hati yang gembira lagipun hidup hanya sekali so nikmatilah secukupnya untuk hari-hari yang mendatang.

I WAS ONLY LOVIN' YOU BY JAYMAY
*TETIBA TERINGAT ABAM GUITAR FREAK*
*TETIBA TERINGAT ABAM GUITAR FREAK*
P/S : Aku dalam tak sedar dah banyak kali repeat tengok cerita ini sambil senyum sorang-sorang erk.
No comments:
Post a Comment