90 DEGREES CAFE & ART - KUANTAN coffee shop kegemaran aku di kuantan yang ada element hipster di dalamnya. Kafe ini amat mudah nak cari sebab ia bersebelahan dengan Pusat Tuisyen Belwin air putih, tapi sebenarnya masa pertama kali aku menjejakkan kaki disin aku ialah sesat sebab tak tahu dimana sebenarnya kafe ini lagipun signboard kafe ni cinonet sangat aduhai tapi sekarang pejam mata merempit naik jilapah dah sampai wkwkwkwkwk.
Kalau singgah di kafe ini perkara pertama kena fokus ialah rumah mini untuk burung-burung berhadapan kafe ini sangat comel, walaupun dah banyak kali melepak di kafe ini baru hari ini aku perasan rumah burung ni boleh? itulah mata asyik nak tengok abang-abang dada enam hot bun je, benda comel macam ni pun dah tak nampak *tepuk dahi sendiri 44kali*. Kafe ini kalau nampak dari luar macam kedai kopi cina dulu-dulu sebab mereka masih guna papan lama sebagai dinding tetapi bila sudah masuk di dalam wah konfirm terlopong hidung yelah nama pun cafe & art kan jadi suasana di dalam sangat cantik ada sedikit elemen ala-ala gipsy style.
Hari ini masuk mengadap ke 90 degrees cafe & art lagi untuk menyambut hari lahir kakak kesayangan aku, pada kebiasaannya aku akan lepak dekat bahagian luar je sambil hirup kopi layan twitter tapi untuk birthday sissy aku tempah bahagian belakang kafe special untuk hari tua dia. Hanya ada dua tempat yang dihias cantik sesuai sangat nak buat birthday party satu yang macam gambar di bawah ini dan satu lagi di hiasi banyak lampu, meja-meja yang lain macam gambar di atas ini.
Bulan empat banyak betul birthday manusia-manusia dalam family pengsan duit dalam wallet aku kena jual sobsob , aku pada mulanya agak konfius nak buat pilihan antara dua tempat yang mana cantik untuk kami lepak, mata aku suka meja yangs banyak lampu tapi hati aku pula berkenan dengan meja gambar di atas ini nasib baiklah masa aku buat tempahan hari tu takde orang booking lagi so yaaay. *masa birthday aku tahun lepas nak lepak di sini tak boleh semua tempat penuh sadis*
Anak saudara kesayangan daku yang seronok sangat siap minum susu lagi buat macam parti hari jadi dia...kkkkkkkkk
Cheesecake + Caffe late + Cold pressed juice + Green juice sedap.
Egg waffle classic cicah madu sedap nyum nyum tapi aku rindu sangat waffle lama yang diorang jual dulu sangat rangup dan gebu membuai-buai memori lama eh.
Quesadilla with turkey ham dan cheese leleh sedap hoiii makan lima pinggan pun boleh ni..
Ini set menu aku makan masa birthday aku tahun lepas saje nak post sekali hahahaah.
90 DEGREES CAFE & ART - KUANTAN yang menyajikan semua makanan dan coffee kaw fresh dan sedap. Banyak menu yang belum sempat aku nak cuba lagi kena tunggu poket penuh baru boleh melepak lagi di sini heee sebab harga makanan dan coffee disini agak mahal sedikit dari kafe biasa tapi puas hati tu je aku boleh simpulkan. Kafe ini pada hari cuti teramatlah penuh dari belakang sehingga ke depan lepas tu suara-suara manusia dalam ni bising kemain uhukk bercakap macam duduk empat batu nautika. Tapi yelah nama pun kedai kopi nak senyap-senyap gi duduk dalam hutan.kkkk
P/S : kadang-kadang lah akutak paham mengapa budak zaman sekarang ini sangat suka dengan hipster raver menari sotong apa tu adeh tak sama aliran dengan aku yang sangat menyukai ayam goreng sahaja takde ayam hipster2 sangat *eh mengarut apa ko ni setan* kkk.
No comments:
Post a Comment