Menu wajib order kalau datang sini...rasa macam kena rasuk hantu makan pisang cheese coklat ni sebab ni bukan pisang cheese goreng yang orang jual kat tepi jalan ni betul-betul pisang..ihik
Set beef burger patty burgerak buat sendiri sedap tapi susah nak makan entah bagi aku besar sangat, cuak gila nak makan serious lagi cun kalau diorang sediakan pisau and garpu sungguh tak senonoh makan dengan sos meleleh dekat tangan & mulut *kaum lelaki di haramkan tengok aku makan*
Set holiyau ? entah gitu kot nama dia dan burritto beef gila sedap tak ingat nak balik rumah.Roti dia lembut okay! 1st sampai nampak macam keras je, masuk mulut terus nampak syurga.Set holiyau tu pedas tahap nak buasir ok,kalau tak tahan pedas jangan nak gedik order tapi sekali korang rasa maybe korang akan nonstop makan. Burrito beef size kecil tu tak cukup *dasar pelahap, kaum lelaki di haramkan jumpa perempuan macam ni*
I-gerak biasa biasa jer..ice cream lebih tahap merecik
Green tea ni best gila sampai nak order dua tapi segan sangat.
Mabuk
Burgerak ialah misi berdosa secara tiba-tiba lepas tengok akaun instagram depa terus saka mengidam tahap unta tengok burger cheezy, cacing dalam perut tahap mengelepur songsang jadi terus wassap burgerak inform pukul 9 patik datang mengadap.Kedai ni dah lama dalam senarai tapi tak lepas nak pergi sebab menahan nafsu serakah dari mengemukkan diri tapi yes gagal...huhuhu sadis gila ! Kena banyakkan bertaubat lepas ni.
1st time melawat burgerak rasa macam masuk pintu suka hati doremon. Suasana dengan orang ramai dekat kedai ni buat aku pening memang tak tahu nak mula dari mana, masuk tanya mana seat and duduk.Burgerak dengan cafe ala-ala hipster di kuantan ni tak jauh beza pun dari segi set kerusi and hiasan.Tapi ada satu sebab yang aku rasa kedai ni lain dari yang lain iaitu SERVIS diorang memang tip top ! layanan hotel 5 bintang di meja buat aku rasa syiok sangat meloncat cacing2 dalam perut dengar.
KAMI "belek-belek menu lepas tu stress tak tahu nak makan apa"
STAFF BURGERAK datang duduk di seat kosong depan kami tanya "1st datang sini ya" kami angguk secara berjemaah "ok saya akan terangkan menu yang ada sini
So bermulalah pengembaraan ke planet burgerak,dari situ korang memang rasa nak cuba semua menu yang ada di burgerak sampai merecik air liur.Kami order semua menu yang hot selling dekat sini selepas di rekemenkan oleh staff yang awesome.Kalau jiwa kental memang boleh lepak sini hari-hari,harga makanan di sini tak murah sangat dan tak mahal sangat, apa aku boleh cakap berbaloi dengan tekak korang okbye.
P/S : jarang jumpa staff yang awesome macam burgerak..kipidap guys
terima kasih daun keladi sila lah datang lagi ✌��️
ReplyDeleteterima kasih daun keladi sila lah datang lagi ✌��️
ReplyDelete