My sopoong tempat yang adik perempuan aku bising 25jam sehari nak pergi sebab last time turun kl makan di dub*** dia cakap tak sedap dan mahal sangat , selara kalah kakak dia yang berat macam giant ni.Oleh kerana dia beria sangat dan kebetulan aku memang ada turun puncak alam nak hantar adik jantan ke uitm jadi ajak dia datang ke sini terus.
Restoran sopoong ni agak tersorok di ruang bawah tanah berjaya times square, LG FLOOR berhadapan cold storage kalau tak tahu memang sesat jugak nak mencari restoran ni tapi bila jumpa okay nampak syurga terus.Pada yang takut atau was-was meh nak bagitahu restoran ini halal and free pork so sila datang makan di sini secara berjemaah.Suasana di my sopoong ini sangat nyaman dengan perabutnya semua putih dan tempat duduknya yang selesa walaupun restoran ini agak kecil.
Menu utama yang menangkap hati aku terus masa tengok menu "set ramen cheese" mengelepur nampak cheese *gelak syaitan* set ini di datangkan dengan kimchi + sayur kobis mayonis + acar timun. Sedap dan harga nya amat lah murah tak sampai RM 10 ringgit untuk set ini.
Kuih beras pedas memang tak boleh tinggal, aku kalau pergi mana-mana restoran korea memang menu ini lah aku pesan dulu "spicy dokbukki" , ini adalah mangkuk besar yang kedua sebab set dokbukki yang kami order tu tak cukup hahahah.
Ada someone mengidam jajangmyeon so aku order lah satu, rasanya macam mee kicap sedap dan mee ini sangat banyak , sila kongsi kalau korang order set ini ! kami bertiga pun susah nak habiskan.Satu lagi part yang aku suka di sini "Kimchi" kimchi sini memang sedap, biasa aku kurang makan kimchi tapi pelik yang disini tekak aku terima dengan rakusnya.
Makanan di sini agak berpatutan dari tempat lain, kami bertiga makan di sini jumlah tak sampai RM 70.00 pun, menu-menu yang ada di sini pun agak banyak yang aku belum cuba jadi maybe next time kalau datang boleh try lagi..kalau datang ke berjaya times square rasa mengidam tekak korea tu boleh datang sini ! rugi tau tak singgah even kalau korang tak datang ke sini boleh pergi ke cawangan berhampiran.
P/S : adik aku suruh beli satu rumah dekat k.l senang dia nak makan makanan korea *pengsan* mysopoong kena buka satu cawangan di kuantan. Sebab di kuantan ada restoran korea tapi tak halal.tsktsk
No comments:
Post a Comment