Acah-acah tajuk dalam french sekali "au revoir" maksudnya adalah goodbye, kalau di ikutkan aku masih lagi beginner yang baru belajar bahasa french ni , satu bab pun tak habis khatam lagi belajar nanti dah pandai sedikit baru boleh nak menaip blog full bahasa french ni *gelak separuh pontianak.
One last farawell di BEANZ & CO. dengan kawan chinese sebelum dia balik belajar ke taiwan semula, 2 bulan terasa cepat berlalu kami sempat berkopi dan teh 3kali sahaja tuptup dia dah nak balik kesana semula, jadi tempat last kami melepak ialah di sini. Dekat sahaja dengan office aku berhadapan perabot englai *tapi kena melintas jalan* , kalau tak silap dulu bangunan ini adalah pejabat pkr di ubahsuai menjadi cafe.
Design dalam and luar BEANZ & CO. ini sangat klasik dan cantik sekali, si fatcat siap nak bawak balik papan pemotong yang di gantung pada dinding dekat luar cafe ini , anda boleh pilih samaada untuk duduk di luar cafe ataupun di dalam kerana suasana sangat berbeza dari dalam yang ada meja konsep cozy bar english style + ber aircond, di luar pula ala-ala warm and green + angin sepoi-sepoi bahasa nang nyaman,
Minum satu cawan latte percuma anak pokok ! ok tipu jer, suka meja marble black dekat sini sesuai sangat dengar colour dinding and everything. Oleh sebab si fatcat selesema so kami pilih duduk di luar cafe, si minah taiwan dah bising tak berhenti sebab dia cakap tak cukup sejuk dekat luar , inilah masaalahnye bila dah lama duduk luar negara, asyik nak sejuk jer pastu cakap ada nyamuk lagi haih.
Staff di sini macam vampire dan sangat baik, ko tanya jer kalau menu tak paham confirm diorang bantu, since kami 1st time lepak disini aku pun konfius tengok menu cafe ni, dah la tu buku menu ala-ala belacan dah kertas macam tu je alahai please upgrade sedikit, tapi sebab nak bersangka baik so kami fikir baru bukak so bagi masa..kipidap.
Button sesuka hati / boleh panggil barista kacak datang ambil order and everything *tak boleh bawak balik jangan lebih sangat, korang jangan ulu sangat*
Hajat di hati nak minum coffee latte tapi ada pesakit so kita minum honey lemon , lemon tea and chamomile tea * tea ni sedap and wangi sangat boleh cuba untuk yang tak suka kopi* harga tea and kopi dia sangat murah berbanding cafe-cafe yang aku dah pergi.good
Kami tak tahu nak order makanan apa sebab menu banyak sangat so ayam goreng rangup with popcorn macam chickenchop sedikit gaya jadi pilihan kami sedap ! *actually tak tahu nama betul apa tapi sos tartar dia memang sedap giles tak cukup* dan kami order juga waffle with fresh banana + hazelnut + walnut + ice cream yang ni supper yummy ! portion sangat besar makan 4-5 orang dah cukup tak perlu order banyak-banyak, total semua pun tak sampai RM 50.00 memang berbaloi plus boleh bersembang kencang dekat sini sampai subuh.
P/S : next time lepak sini nak try sembang kencang dekat bar plak sambil minum bear-bear cute.
No comments:
Post a Comment