Wednesday, September 9, 2015

JIWA KELAJUAN




Malam yang gila, EURO FUN PARK KUANTAN funfair ni tempat yang kalau boleh aku nak elakkan sebabnya permainan tempat ni seram giles, aku baru habis kursus kawan call ajak pergi berjimba dekat sini, aku terus tolak dengan alasan penat tapi adik kecik aku tu tetiba buat mata bersinar dekat belakang ajak pergi..tsktsk sadis dengan berat hari pergi jugak alahai,


EURO FUN PARK tahun ni buat dekat giant tanah putih, last aku pergi dekat tanjung lumpur lepas tu aku terus taubat taknak pergi dah seram weh ! semua permainan dia kurang selamat bagi aku lah sebab aku fobia tempat tinggi so apa yang aku pijak / naik / or pegang aku rasa gayat and tak selamat.


Tiket masuk untuk dewasa RM 4.00 dan 1 token RM 2.00 mahal ok, semua permainan dekat sini pakai token banyak contoh nye ferris wheel 5 token = RM 10 ringgit  so kami beli 10 token seorang *sungguh tamak haloba* , permainan pertama yang diorang nak main ialah roller coaster 6 token = RM 12.00 ketar lutut aku nak naik benda alah ni sesungguhnya last main dekat genting highland , roller coaster di euro fun ni pelik sedikit sebab 1 rocket boleh ada 4 tempat duduk jadi cukup untuk kami berempat.Kata orang maut jangan di tempah dah sah-sah memang aku mengelepur menjerit naik benda alah ni, aku paling takut penyekat untuk badan aku terbuka sendiri.sobsob turun dari mainan ni terus semua mabuk jalan terhuyung-hayang teruk sungguh.



Permainan kedua, 6 token = RM 12.00 aduhai mabuk aku tak habis lagi yang ni pulak adik aku nak main sangat, aku dari jauh tengok challenger ride ni aku dah nak pitam, aku keep tanya adik ko betul nak naik tapi dia punya excited tahap buaya naik atas pokok , aku dengan roh yang tak berapa kuat dalam badan ni terpaksa dan di paksa naik jujur cakap masa aku pasang seatbelt mainan ni roh aku dah keluar dari badan dan masa challenger ni hayun kiri kanan aku dah separuh mati dekat atas nak terjun turun sebab gayat tahap unta , dengan jiwa kelajuan tak payah cakap lah rasa nak teleport balik rumah. Semua orang menjerit kecuali aku sebab memang jasad aku je yang terbang ke kiri dan ke kanan, turun je dari benda alah ni tahap mabuk aku 5 kuasa 3 aku terus ajak diorang semua balik sebab kepala sakit weng weng.










Dari 8.30 sampai rumah pukul 1 pagi macam tu , hanya aku sahaja yang mabuk and stop main lepas 2 permainan, yang lain main semua permainan tak ingat dunia , aku ajak balik pun taknak sadis betul sampai aku terpaksa bersandar di dinding-dinding kaunter sebab mabuk sampai tahap nak muntah, adik aku siap cakap yang roh aku memang dah balik rumah sebab tu aku jadi teruk.hahahahahha jahanam semua orang.Terus-terang aku cakap yang korang akan habis duit datang funfair ni aku habis dalam RM 60 ringgit macam tu untuk token and tiket masuk..grrrr 







P/S : blacklist semua funfair dalam dunia ini, taubat nasuha.



No comments:

Post a Comment