Satoo dooaaa tegaaaa, okay makan lagi kita ! blog ni dah jadi blog jjcm sangat *gelak pontianak*
Satoorday kitchen maksud nya sabtu kot entah aku pun tak tanya owner cafe ni, masa kami pergi menternak lemak di sini cafe ni baru buka dalam satu minggu macam tu, signboard pun tak naik lagi, tapi sebab geng meow mengidam sangat nak datang sini selepas melihat gambar-gambar di instagram cafe ini yang sangat mengoda lelemak dalam perut dua lapisan ini.
Tempat ni susah nak cari kalau tak tahu, aku dan geng meow siap berwaze lagi nak datang sini tau, so kalau nak melepak sini sila waze atau kalau tak tahu terus cari tunas manja berserah / mengadap depan okuan automobil dan volkswagen showroom + JPAM ok.
Ini antara menu yang ada di satoorday kitchen masa kami sampai di sini ,cakes pun tiada lagi sebab cafe ni masih baru lagi buka, geng meow baru ingat nak celebrate birthday ahmoi cantek tapi tak dapek so makan je lah apa yang ada.
Yang menarik tentang satoorday kitchen ialah hiasan dalaman yang sememangnye cantik, so kalau rasa memang hantu selfie bolehlah melepak disini bawak semua anak-beranak saka selfie confirm cantik gambar korang, paling best kalau owner dia tak sibuk dia akan tolong snap gambar untuk korang. Bagi aku owner cafe ni baik sebab dia tolong kami bergedik photo.
Menu di cafe ni sejujur-jujurnya perlu di upgrade lagi sebab memang kurang mengoda.
kami order mee siam / lodeh / nasi lemak ayam / nasi lemak sambal sotong
mocha / coffee latte / chocolatte / jus epal
mee siam dia rasa macam lontong maybe kalau diasingkan dulu kuah baru ok kot.
lodeh dia rasa macam kuah santan sahaja maybe sedap kalau ditabur bijan or bawang goreng.
nasi lemak ayam + sambal sotong, only sambal je yang sedap, kalau bawak my mom datang sini mesti di bising nasi lemak kering sangat perlu lebih santan.
mocha + latte ok yang ni memang perlu di upgrade , 1st minum mocha + latte rasa macam teh o ais dengan milo o ais je, jus epal di sedap dan nyaman, bukan nak kondem cuma rasanya cafe ni kena betul-betul upgrade dari segi air dan makanannye, harga makanan di sini tak mahal berbaloi kalau datang lepak borak-borak sampai pengsan.
Cuma bagi aku kalau cafe cantik makanannya kurang bernafsu pun tak boleh jugak perlu seimbang.Walaupun cafe ni baru lagi buka, owner kedai ni kena cari satu menu melambangkan cafe itu sendiri macam cafe-cafe hipster yang ada di kuantan ni baru lah awesome.
P/S : dengar cite cafe ni dah ade dessert nyumnyum..
No comments:
Post a Comment