Semangat 2016 selepas seru 44hari dan 44malam datang dengan sepantas kilat ! entah pontianak atau jin aprit mana yang datang tak tahu la tapi terus rasa semangat sedikit nak cantik " NAK CANTIK" NAK CANTIK blerghhh stress taip ayat ni ntah bila nak cantik tak tahu lah , semangat nak cantik jangan cepat lupa diri fighting ! jangan lemah semangat macam pondan sangat terus semput lepas tu mati kena tanam berkubur macam tu je *insert emoji muka tak puas hati*
Jadi dengan adanya motivasi nak cantik tu membuak-buak terus membuat tempahan produk dengan kedai online "NAK CANTIK" ini , habis semua produk untuk dalam dengan luar aku borong ! semangat punya pasal sampai tak ingat duit dalam wallet mengelepur macam kerbau kepanasan.Aku ni dah nak masuk 3 siri tapi apa pun tak ready lagi so sekarang aku nak stop habiskan duit dekat benda-benda mengarut dan beli produk kecantikan yang akan buat semua orang pitam tengok aku cantik sangat ahahahhahahahahhahahahahahaha.diam!
by the way aku kan tak suka packing baru feminine wash jsd hurm...yang atas ni packing lama lagi. |
Produk Jamu Susuk Dara ( JSD) ini aku cuma pakai feminine wash je tapi sekarang dah berjangkit dengan sabun muka dan badan uhukuhuk kalau ok boleh order lagi. Tapi feminine wash tu memang best giler ! hanya spesis-spesis perempuan yang memiliki "dorayaki" eh ini kaum adam bagi nama jadah haram tang mana dorayaki tak tau... yang tahu bertapa best nya pakai pencuci ajaib ini ! pencuci ni aku repeat order sebab sebelum ini dah pakai 2 botol jadi yang ni botol ke 3 plus aku beli dua terus takde lah terhabis stok sendiri.Serius lah memang best giler tahap kau nak gigit peti ais ! wangi dan segar bugar je rasanya tak sama dengan pencuci yang ada dekat pasaran, dan paling penting tahan 3-4bulan satu botol.
Lepas beli produk untuk muka, badan dan bahagian sulit...aku meneruskan proses melabur duit ke produk dalam iaitu shaklee , tapi aku tak beli semua pun aku cuma beli part penting sahaja contoh macam vitamin C + vitamin E dan ESP.
3 jenis benda alah ini aku beli sebab nak kulit cantik gebu dan bersinar sampai menawan hati jejaka yang solo dan sado dan banyak duit ! biar berdarah hidung jejaka melayu + mat saleh + bangla + nepal + cina + india + korea + jepun tengok aku cantik kalah datin ku puteh tu. Kalau tak cantik gebu dan bersinar muka dan kulit aku ni memang aku pergi pijak-pijak perut tuan kedai yang jual semua produk ini dekat aku " KEDAI SR " #sissentap #sismudahmarah.
semangat aku beli menantang comel ni nak bagi tak lupa makan vitamin ! ahaks |
Aku harap sangat yang aku akan rajin makan semua benda alah yang aku beli sampai mengigil duit dalam wallet nak keluar. Bak kata mak aku makan satu hari terus nak cantik baik tak payah makan..puahaha my mom memang tahu anak dia macam mana.Tapi yang ni dah janji dengan diri sendiri bersaksikan hamster dan wonderpet aku ! so fighting untuk diri sendiri !
P/S : Rasa macam semalam baru je umur aku 17 tahun..
No comments:
Post a Comment