Sushi riot lah sangat ! tajuk tak mudah tu mengada-gada tahap tenuk aku ni *di lempar ke laut*. Hari-hari makan sushi tapi muka macam tu jugak tak kawaii macam awek dekat jepun jugak sedih ok ! KOI ZEN JAPANESE CUISINE restoran ni aku dah pergi makan dekat 3 kali rasanya *hantuk kepala dekat dinding* makanan jepun di sini sedap tahap nak gigit orang berbeza dengan sushi king dan sakae sushi, ini tekak aku je lah kan..orang lain aku tak pasti tapi keluarga aku dengan geng meow suka makan dekat sini.
Suasana dalam restoran ini pun menarik ala-ala gerai kecil di jepun, maaf ye tiada sushi bergerak macam di sushi king dan sakae sushi.Aku kalau datang sini aku buat tempahan dulu cakap nak duduk dalam tak mahu tempat dekat luar kira macam privacy sedikit lah.
Sushi di sini di hidangkan dalam piring seramik yang besar bersama dengan wasabi, unagi sushi di sini paling sedap T_T , aku punya kegemaran ialah sushi mayo memang tak boleh tinggal *aku memang tak boleh menaip pasal makanan dalam blog ni mesti air liur nak meleleh*
Satu lagi hidangan yang perlu anda cuba di koi zen ialah kimchi udon ! tapi jangan makan seorang kimchi udon ni sebab saiz hidangan dia untuk 3 orang , mangkuk dia besar ok ! kombinasi yang sangat sedap udon dan kimchi ni.
Takoyaki yang betul-betul hoaliauu plus di hidangankan dengan sayur salad.
Kalau pergi restoran jepun Chawanmushi memang tak boleh tinggal.
Repeat order lagi sampai perut meletop
Set nasi dengan ayam goreng sedap *ok lupa nama* sushi king ada set ni juga ala-ala macam chicken teriyaki macam tu..
Motif bukan nak tayang beg mango tu ok ! ahahahahah *gelak setan*
Si hedzry ni kalau ajak bergambar kemain dia mengada *comel nye nak gigit*
So kalau rasa nak tukar selera boleh la makan sushi dekat koi zen starcity ! staff melayu di sini baik-baik belaka dan halal..harga pun ok! so adios~
P/S : Dah lama rasa nya tak jumpa abang tak sunat dari jepang
No comments:
Post a Comment