Monday, November 23, 2015

SARA BOAT NOODLE KUANTAN





 Mee sampan atau kalau dalam english mak aku panggil "boat noda" apa-apa je lah mama asalkan dengar macam noodle sudah.Papa tak habis-habis tanya aku mana p boat ? kenapa tak nampak boat pun alahai orang tua ni ade jugak aku hantar duduk atas sampan nanti baru tahu. Boat noodle ni tengah popular sekarang , semua orang gila makan mee takde sampan ni.Sumpah aku sendiri pun tak paham tapi kalau tanya aku boat noodle mana yang aku suka? Sara Boat Noodle ni memang kesayangan aku ! aku rasa hanya kuantan je yang best tak ada yang lain dah.


Merecik ayaq lioq tengah menaip entry ini, Sara boat noodle dekat sini special ok kat tempat lain takde, bulan lepas aku ke kl dan mencuba boat noodle versi asal di Berjaya Times Square uhmm memang tak boleh lawan kuantan punya *ok berlagak siot* sebab dekat sini ada menu special macam dekat atas tu chicken special versi mangkuk besar RM 5.90 satu. Ayam mee ini seketul ok memang satu mangkuk tu dah kenyang tahap nak baring terus atas meja *aku je lah, korang yang perut macam tempayan tu aku tak tahulah*



Ini versi mangkuk kecil ada versi mee kering dengan mee ada sup dan ada dua pilihan ayam or lembu.Bagi aku dua-dua pun sedap tapi aku hanya cintakan special chicken sahaja yang kecil-kecil ni usus perut aku memang tak boleh hadam.Kalau order dry noodle mereka akan hidangkan juga sup yang di asingkan dan ada bebola lagi dalam sup tu..nyumyum

Ini versi beef noodle yang di asingkan sup nya sedap ok tahap nak gigit meja , rasanya beza dengan boat noodle di kl ada versi ala-ala laksa , yang ni sup dia tambah dengan cili goreng ok dah boleh nangis berair mata kat situ.




Dekat sini diorang sediakan 5 jenis perasa tambahan untuk mee *gambaq takdok* 
cili kering goreng pedas + lada jeruk + gula + emping cili + sos ikan
korang pilih je mana suka. Masa makan di kl hari tu mereka cuma sediakan lada jeruk yang tak berapa nak ada lada T_T


Paling best dekat sini green tea + thai iced tea + iced coffee murah RM 2.50 jer !
boleh order lagi dan lagi iced coffee kat sini kaw giler.





Paling sedap dessert aka pemanis mulut *air liur meleleh* kalau dah biasa makan di restoran sara thai biasa akan jumpa pulut mangga dengan pulut durian versi thailand ni, tak perlu susah-susah dah nak pergi thailand cari seketul ni. RM 10/sepinggang tapi lemak berkrim di sukai lemak-lemak di perut.


Ok idaman hati ! Mesti cuba kalau datang sini sedap *tahap nak jilat skrin laptop* tak boleh cakap pasal seketul idaman hati dekat atas ni air liur merecik teruih.Apa yang penting Sara Boat Noodles halal dan perkerja mereka semua islam thailand, jom makan tanpa was-was






P/S : Pelanggan setia setiap bulan , minggu , hari errr tak tahan tak tahan hati ku tak tertahan.

No comments:

Post a Comment