Musim menabur wang bersepah-sepah pada bulan ogos yang panas, awal bulan dah kering aku ni macam mana? makan biskut hup seng cicah tea suam aja lah sampai akhir bulan ! nak muka cantik untuk jangka masa yang panjang kena lah korban lemak-lemak yang ada di badan.
Hari sabtu semangat dapat satu bag barang mary kay tapi disulami dengan hati yang luluh sebab RM 285.00 terbang ke marykay beauty consultant tsktsktsk "tepuk2 bahu pujuk diri takpe demi kulit muka yang sihat" perasan tak isu pasal muka bermasalah ini sedang viral di ig dan fb kesan pakai produk rebrand dan bahan kimia. Salah seorang yang mengalami masalah itu adalah tuan punya blog.
Keputusan yang aku ambil agak drastik sebab dengan amount RM 285.00 aku boleh bayar installment rumah satu bulan. Tetapi setelah di selidik hari demi hari aku nekad nak berubah , sebelum ini aku pernah korban duit untuk detok badan dan kenapa muka sendiri aku kedekut sangat nak keluarkan duit betul tak? ahahahah.
Sebenarnya muka aku sebelum meningkat dewasa tidak pernah ada jerawat dari sekolah aku pakai produk safi tetapi apabila mula bekerja dan ada duit sendiri nampak je iklan dan review di fb ig pasal produk glowing gebu terus gatal dan miang tu datang memberontak nak beli jadi selepas itu menonggeng lah aku dengan muka naik jerawat gemok-gemok.
Pernah berhenti dah insaf lepas tu beli lagi produk muka baru keluar dengan testimoni cun melecun. Contoh sebelum puasa tahun ini aku berkenan sangat tengok ada satu produk semua testimoni gebu-gebu so beli lah satu set dalam 100++ , untuk dua minggu pertama muka aku glowing dan gebu gila kawan-kawan puji cantik tapi beberapa hari sebelum syawal menjelma muka dah start naik jerawat gemok penuh muka terus nangis berguling-guling bawah katil sedih.
Dalam bulan july aku berhenti pakai apa-apa produk muka dan hanya cuci muka dengan air suam, aku dengan nekadnya buang semua produk yang aku tak mahu pakai , bila difikir balik setiap kali aku stop pakai krim xyz mesti muka aku akan jadi teruk tapi tu lah gatal nak pakai produk rebrand sangat sebab testimoni kulit semua cantik-cantik woo tapi akhirnya aku yang menanggung muka hancur. Oleh sebab itu aku ambil keputusan untuk contact MARYKAY KUANTAN punya beauty consultant berbincang pasal masaalah muka yang aku hadapi ini dan pelaburan berjalan dengan lancar. Untuk kes muka aku yang jerawat sentiasa naik di tempat yang sama dan berminyak sampai boleh goreng nugget ayam enam ketul sis nadia suggestkan tiga barang di atas untuk pemulihan kulit.
Aku kena kuat dan istiqamah pakai marykay sebab dah bertahun pakai produk yang tak sesuai dengan kulit , lagipun untuk permulaan set yang aku pakai ini bertahan sampai empat bulan jadi dalam masa empat bulan ini boleh simpan duit buat belanje pergi kampung abam di busan kkkkkk. Semoga muka aku cepat sembuh sebelum jumpa en jodoh eh.
P/S : Nak pergi jalan-jalan makan dengan adik beruang tapi kena kawal nafsu perut untuk bulan ini..mereput
Kenapa mahal sgt RM285? Starter kit sepatutnya RM200
ReplyDeleteKenapa mahal sgt RM285? Starter kit sepatutnya RM200
ReplyDeleteSaya ade beli lipstick juga.
Delete