Wednesday, July 27, 2016

14 HARI


Kisah sedih di abad ini, selama 14 hari aku menderita menangis meraung dengan perasaan yang amat memilukan seperti dicerai talak tiga oleh sakaguchi kentaro uhukk tapi akhirnya 25/7/2016 dengan nekad menamatkan riwayat hidup gigi geraham aku dengan kejam.

Penderitaan yang berakhir di KLINIK GIGI UTC , bayar RM 1 lepas tu tunggu la mereput sampai nombor 061 di panggil. Kenapa klinik kerajaan? kenapa tak swasta? sebab klinik swasta tak bagi aku cabut gigi masa gusi bengkak tapi aku dah tak boleh tahan sangat jadi aku berdesup merempit pukul 11 pagi pergi ke UTC, tapi homaikk ramai gila orang dekat UTC tapi demi nak bunuh gigi geraham yang sakit tahap nak bersalin aku gagahkan diri tunggu.

Bila nombor 061 di panggil mula rasa mengigil badan tapi kuatkan semangat juga dengan pujuk diri sendiri "lepas cabut dan gigi dah tak sakit boleh makan ayam goreng ayam goreng ayam goreng". Bayangkan dari pukul 11 tunggu akhirnya pukul 1.30 macam tu baru boleh jumpa doktor.


DOKTOR : nak buat apa?

AKU : nak cabut gigi doktor ooi.

*doktor ketuk-ketuk semua gigi YA TUHAN sakitnya tapi berlagak kuat*

DOKTOR : sakit tak? *ketuk-ketuk dengan ganas*

AKU : uhm tak sakit pun *padahal otak dah bersepah dengan sumpah seranah sakit*

DOKTOR : ok mari kita tengok, kita bius dulu bla-bla-bla cucuk lima tempat dalam mulut aku.


Turun dari katil rasa satu badan kena strok terus boleh nampak neraka jahanam , kepala ingat nak balik rumah duduk atas sejadah solat taubat. Kali kedua nombor 061 di panggil berat sungguh lelemak badan nak berjalan ke bilik doktor dengan muka kebas.


DOKTOR : ketuk-ketuk dengan ganas gigi yang sakit lepas tu ambil satu batang besi tolak gigi geraham aku dari tepi dengan sekuat hati dia.

AKU : pegang tangan doktor cakap sakit.

Akhirnye kena bius kali kedua empat tempat "aku rasa masa ini roh dah keluar dari badan", doktor siap warning kalau sakit lagi tak boleh cabut gigi awak. Aku menjawab taknak saya nak cabut hari ini jugak. Kali ketiga naik atas katil tawakkal je masa doktor jadi pembunuh bersiri cabut gigi geraham kesayangan aku.

Selepas selesai semuanya bersandar aku pada almari bilik doktor sementara tunggu doktor dengan tulis mc dengan resit ubat. Aku sendiri tak pasti sama ada aku manusia ke zombi sebab cakap pun merepek dekat doktor sambil air mata mengalir kesakitan tahap bersalin anak kembar.

Tuhan tarik satu nikmat dalam hidup aku untuk bulan julai ini , sakit gigi geraham memang tak boleh dibiarkan tengok lah nasib aku sekarang walaupun dah cabut menderita gusi bengkak sampai demam. Bahagian paling sedih selepas cabut gigi ialah masih single dan menangis sensorang sambil peluk patung yutakun bila gusi sakit.














P/S : Hari ketiga selepas cabut gigi hanya mampu makan roti je...kurus la aku lepas ni *batuk-batuk tercekik naga seekor*


3 comments:

  1. Dekat uia pun blh cabut gigi.. Rm5..
    Bln 4 2017 saya buat scalling kat uia.. Best..

    ReplyDelete
  2. Dekat uia pun blh cabut gigi.. Rm5..
    Bln 4 2017 saya buat scalling kat uia.. Best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah try lagi, tapi insyallah next time pergi sana cuba.

      Delete