Thursday, September 29, 2016

EDISI MEREPUT SEPT - FINAL


Esok hari terakhir bulan sembilan yaaay bulan yang terbaik setiap tahun sudah kembali, bulan kelahiran aku ialah bulan terbaik di atas muka bumi kkk oleh kerana itu malam ini aku cuba habiskan  edisi mereput dengan gigih sambil layan lagu Sayonara Hitori ( さよならひとり ) by Taemin EP Japanese terbaik sekali aku beli dekat itunes selain album anak-anak NCT. Selain dari layan lagu dekat ipod aku merajinkan diri susun semua video yang bersepah dalam folder antaranya fancam NCT , NCT LIFE BKK + SEOUL + PAJU , fancam xiumin dan anime baru download teheee. Ada separuh dari koleksi video NCT LIFE  aku pindahkan ke handphone sebab kalau stress dengan kerja aku boleh tengok dekat ofis masa makan, anak-anak aku semua sangat kelakar dalam variety show mengekekk aku gelak kalau tengok diorang dalam nct life hilang stress rasa nak pijak manusia dekat dalam ofis.



Mereput dalam bilik bukan sekadar layan anime dengan kpop sahaja , aku jugak ialah spesis kipas susah mati otome game ! semua otomo games aku download main dan delete sekarang tinggal mystic messenger yang paling aku setia hahahahahaha seronok hoii bila crush muka macam anime hantar mesej leb leb u ni. Tapi mystic messenger jugak menyebabkan aku frust banyak kali sebab ada dua akaun aku kene banned ptfff rasa nak mengamok jadi main guna akaun baru dan akhirnya aku forever melekat dengan otome ni dengan tidur tak berapa cukup mereputnya seorang gadis single.


Edisi mereput dalam bilik tidak lengkap tanpa melayan drama korea dan japanese sampai lebam. Antara drama dan movie yang aku dah habis tengok dan dalam proses menghabiskannya dan ada juga masih ditayang di negara asal aku cuba share seperti di bawah.


W - TWO WORLDS
 Drama yang buat aku stress fikir episod dia yang suspen setiap hari tapi drama ini memang terbaik antara yang terbaik *malaysia pun tak boleh buat drama ni kau* cuma ending macam kurang garam sedikit aku memang tak puas hati erggggh

Jealousy Incarnate
Drama ini sedang di tayangkan di korea tapi memang cantik gila dengan filter warna yang di gunakan dalam setiap episod , kebanyakkan pelakonnya semua fave !tak sangka SM boleh buat drama yang buat aku melekat dengan setiap episode. Lagi satu drama ini banyak bagi kesedaran pada kita contohnya kanser payudara. *aku belum pernah buat checkup untuk payudara dan whole body lagi seram aiih*

Love in the moonlight
 Pelakon hero dalam drama ini buat hati aku selalu tersenyum macam senoh gila , ohhh park bogum punya lakonan tak pernah menghampakan sobsobsob dan satu lagi sila hayati pemandangan setiap inci dalam drama ini yang tidak mengunakkan teknik cgi ya ampun sangat cantik.

Scarlet Heart Ryeo
Lakonan baekhyun membuatkan aku membengkokkan jari jemari dengan sangat tegang aisehh watak putera yang nakal dah sesuai sangat dengan dia cuma perlukan sedikit rencah nak bagi lakonan dia lagi umphh , walaupun knetz selalu kutuk cerita ini bagi aku kebanyakkan babak dalam drama ini ok je bagi aku, aku pernah tengok versi china so bagi aku kedua-duanya ok. ahahahahahaha *tak mampu nak habiskan drama ini kena ada mood baru boleh tengok*

Omukae desu 
Sota Fukushi ialah bakal menantu mak aku jadi semua drama, movie dia aku akan tengok. Dan kebanyakkan pelakon drama ini semua fave Ryohei Suzuki dan Tao Tsuchiya.

Orange 
Cerita ni aku tengok sambil nangis makan kerepek pisang sedut cola terukkk aihhh hingus meleleh di sebabkan kento yamazaki.

Kurosaki kun no Iinari ni Nante Naranai 
Drama dan movie kedua-duanya aku layan hardcore sekaligus sebabnya manga dia pun dah best.

A Girl & Three Sweethearts 
Wolf Girl and Black Prince 
 Kento Yamazaki bakal menantu mak aku yang kelima, sama macam Sota jugak semua drama dengan movie yang berkaitan dengan dia aku tengok hoooi.

Seondal: The Man Who Sells the River 
 Kim Minseok sebab dia aku tengok movie ini , yeah dia punya lakonan buat aku nangis lap air mata dengan hingus pakai tuala exo.




Ok hantu malas dah masuk badan errk malas dah nak menaip..Sebenarnya terlampau banyak senarai movie dan drama untuk aku list kan tapi sebab aku malas menaip next time lah kalau rajin aku share lagi piu piu piu.

















P/S : Bulan sepuluh ada cuti lagi yohoo mereput lagi lah aku...bila nak berubah ni syaitoonnnn?







No comments:

Post a Comment