Wednesday, September 28, 2016

SATAY AMAT PANDAN PERDANA - KUANTAN


Rindu nak makan satay gemok tapi kalau pergi beli di pasar malam mesti kecik cinonet sedih sobsobsob, mana boleh lawan nafsu kumamon aku yang sentiasa bergelora nak makan yang satay gemok yang besaq ja. Bayangkan makan satay ayam gemok panas-panas lepas tu cicah kuah kacang yang kacangnya hancur tak berapa hancur sambil sumbat nasi impit sampai penuh mulut oooh sedak sungguh. Tekak aku ni memang mintak dilempang asyik nak mencekik je, orang tua-tua cakap base tekok dok makang saman hooi nok makan hok sedap sokmo. 

Aku , risley law dan fatcat cadang nak pergi makan satay dekat gerai senior ofis aku yang baru di buka di kawasan perumahan dia di pandan perdana (tepi jalan sebelum masuk simpang nak ke airport). Gerai satay ni memang sangat kecil dan simple sebab hanya menjual satay dan air berperisa jadi memang tiada dalam senarai anak-beranak "cafe hipster kuantan" hokeyyy, tapi gerai ini punya marketing dahsyat betul siap ada akaun instagram dan facebook lagi. Seronok tau tengok orang meniaga sendiri mulalah otak dalam kepala berangan nak meniaga sendiri jugak tapi itulah nak lipat kain baju sendiri malas ada hati nak buka kafe piuuung piuuung.

 
Satay yang dijual dekat gerai ini sangat gemok dan tebal nangis beb lemak tengok, harga pun agak berbaloi dengan kuantiti dan rasa juicy pada satay yang lemak manis cukup umphh. Selain dari menu satay daging, ayam dan nasi impit , gerai ini ada menjual air kocak ataupun dengan nama sopan air pelbagai perisa contoh macam mocha , greentea , coklat dan banyak lagi.

Kalau nak merasa satay sedap aku sarankan SATAY AMAT PANDAN PERDANA *ceh promot pulak* mungkin di masa akan datang mereka akan buat C.O.D di seluruh tempat wohooo, sekarang ini mereka sudah meluaskan empayar satay mereka dengan bergerak selangkah kehadapan dengan meniaga di tapak pasar malam. Aku doakan perniagaan kakak senior ofis aku berjaya dan sukses selalu -AMIN.
























P/S : Aku dalam proses membiakkan duit jadi banyak untuk pergi umrah dan japan..tehehehe




No comments:

Post a Comment