Tuesday, September 27, 2016

EDISI MEREPUT SEPT - PART DUA


Malasnya nak menaip *bergolek dari atas katil ke bawah katil* perlu ke aku nak menyambung edisi mereput aku ni macam tak penting je kot hahhahahhaha dasar gendut pemalas. Minggu cuti mereput aku bersambung lagi dengan melayan drama dan movie korea tapi tak itulah banyak drama yang aku tak sempat habiskan sebab aku tersibuk layan fancam anak-anak ikan yang belum terhabis tengok tehee al-maklumlah anak dah start debut so kena follow up jadi banyak masa yang perlu dikorbankan. *mode fangirling tu dah kurang tapi more tu nunagirling bertambah*

Running man pun aku dah lama tak tengok padahal pada zaman jahiliyah dulu aku selalu tengok running man sambil mengekek ngekek gelak sensorang sampai tercekik tulang ayam goreng. Sekarang makin kurang bernafsu nak tengok rancangan disebabkan PD terlampau fokus pada artis jemputan jadi kebanyakkan episod sudah tak ada permainan tarik tag nama. Infinite challenge pula aku masih tengok sekali sekala kalau ada episode yang best,  2D1N aku tengok bila ada mood rajin sebab tak semua episodnya menarik kerana rancangan ini dah tukar PD baru. Semua rancangan variety show dekat channel SBS , KBS dengan MBC kurang menyengat dua abad ini. Aku sudah berabad bertukar selera ke channel JTBC, MNET dan TVN sebab variety show di channel ini sangat power menghibur kan perut dan mata.


Homemade mr baek,
Grandpas over flowers,
I can see your voice,
Show me the money, 
Hit the stage, 
One night food trip ,
Three meals a day,
Knowing bros,
Abnormal summit,
What shall we eat today,
Youth over flowers *ep yang aku suka ulang tengok sebab sekarang tak ada season baru lagi*

Kebanyakan variety show di channel TVN sangat cantik dari segi teknik rakamannya , paling cantik dalam rancangan Three meals a day dan Youth over flowers walaupun benda tu nampak simple tapi sinematografi yang diterapkan dalam setiap episod sangat mengagumkan. One night food trip lagi lah meleleh air liur tengok semua artis yang pergi lawatan ke luar negara sambil menikmati makanan yang unik dan menarik sebanyak yang mungkin dalam satu malam. Aku tahu makanan dan restoran yang diorang makan tak halal tapi tengok orang makan pun jadi seronok tau , ada dua episod  di negara asia yang team one night food trip lawati satu di singapore si minseok makan satay dengan satu lagi episod ahli sg wannabe teruja datang malaysia makan nasi lemak dengan roti tisu sampai aku jadi terliur terus pergi kedai mamak makan pelikkkk terukk. Abnormal summit paling aku suka dari channel JTBC sebab kebanyakkan isu semasa dan negara diorang bincangkan jadi banyak benda baru aku belajar dari program ini.

Untuk drama korea pula aku sekarang tak perlu menyusahkan diri sendiri nak streaming dan download bagai sebab CH392 , 393, 394 dan 395 akan siarkan sehari selepas semua drama di tayangkan di stesen tv korea , jadi kenapa aku nak bazir kan space dalam hard disk aku tu baik aku rakam pakai pvr astro nanti nak tengok balik buka jer. Janji bayar bil astro bulan-bulan dah cukup la hahahahhahaha boleh baring depan tv sambil suap pizza dominos dalam mulut layan k-drama.


Bersambung lagi post bye.

















P/S : kadang-kadang nak layan jugak anime dekat channel 715 tapi kena berebut tv dengan mummy sebab mummy dah tawan tv dekat living hall T_T 





No comments:

Post a Comment