Bulan sepuluh bulan kegemaran aku yang menjelma dengan sangat pantas tahun ini tanpa menekan brek langsung,berat badan aku ini satu kg pun belum turun lagi tup tup dah nak mencecah akhir tahun. Bila bulan sepuluh muncul umur aku pun bertambah la satu ketul tsktsktsktsk *nangis dalam peti ais* tapi seronok boleh makan kek icing banyak wohoo. Sembilan hari sebelum hari lahir aku masih sendiri tanpa sang adam, hati ini masih tidak berteman hanyalah di kelilingi lemak-lemak dalam badan. Bukan senang nak cari sang adam zaman sekarang ni, kalau nak makan ayam kfc cicah keju itu sangat mudah kkk.
Hari pertama satu hari bulan sepuluh tahun dua ribu enam belas dimulakan dengan bangun tidur pukul 10:30 pagi *anak dara pemalas tahap kuasa tiga* biasa lah cuti jadi lepas solat subuh terus merangkak naik atas katil balik sambung tidur. Bangun tidur terus buka tudung saji tengok mummy dah siap goreng nasi goreng kampung dengan kerepok lekor wohooo, jadi apalagi aku sarapan dulu tanpa rasa bersalah dekat kucing debab yang tengah mengeow meow kelaparan nak pengsan sebab tuan dia lambat bangun tidur hue.
Selepas menternak lemak di meja makan aku merajinkan diri kemas rumah sambil berdisko dengan lagu exo , red velvet dan nct sampai bergegar pasu hiasan mummy atas rak sebab speaker kuat sangat. Oleh kerana separuh kerja rumah adik beruang dah tolong siapkan jadi aku pergi berdisko dekat depan rumah anak-anak aku, intai si debab hamster gucci tengah tidur terlentang dalam bekas *eeei perangai lagi teruk dari mak panda* dan geng wonderpet pulak dah bangun siap melompat-lompat tunggu makanan salad hidangkan.
Si Eureurong kucing jalanan yang sombong tu aku hidangkan nasi gaul dengan ikan rebus *kucing tekak melayu* kalau aku bagi makanan snek kucing nanti dia protes 40hari 40malam mengeow tanpa henti pengsan pulak aku nanti. Oleh kerana aku nak mandikan dia jadi aku cuba jadi tuan yang sangat baik dan ayu tunggu dia makan sambil usap-usap kepala sembang pasal harga minyak naik sampai dia jadi pelik kkkk *gelak pontianak*. Masa adik beruang penuhkan buih mandi dalam besen dia dah perasan motif kami hehehehe tapi macam biasa dia tertipu dan kena mandi sampai jadi handsome macam Lee Taeyong.
Pukul dua petang aku ke bandar berjemaah dengan adik beruang sebab mummy nak beli handphone baru dan belanja kami makan ayam kfc keju nyum nyum nyum. Selain dari pergi membeli-belah dengan diorang aku sebenarnya berhajat nak pergi salon potong rambut baru. Kalau Seolhyun putus cinta dengan Zico potong rambut separuh, aku pulak bercerai kasih dengan menantu mummy nombor dua si Miura Haruma sampai terus potong rambut pendek macam Koharu Sugawara yang juga kekasih hati Miura sobsobsobsob frust menonggeng aku sampai sengal bontot. Walaupun aku patah hati tapi sebagai bekas isteri yang baik restu diberi dengan seikhlas hati, semoga bahagia sehingga ke alam perkahwinan ye abam Miura *patpatpat rambut baru*.
Pukul enam tepat merempit aku balik rumah sebab dah janji nak berdisko dengan DJ JOHNNY wohooo mereput aku tunggu budak ni seorang keluar dari SM Dungeon, satu hari bulan sepuluh anak aku perform dekat Spectrum festival dan di siarkan live dekat V-LIVE app tapi itulah streaming lagging gila teruk macam kambing mabok sampai aku terpaksa putus asa dan tunggu Senpai Lana upload fancam jer woot woot.
Pukul 9.30 malam si risley law datang menjemput aku dengan adik beruang untuk midnight movie Deepwater Horizon, tiket wayang pukul 12:20 malam jadi banyak masa lagi untuk di sia-siakan kami plan nak pergi ternak lemak dahulu kebetulan pula jalan nak ke lif ada mesin patung capcom jadi aku pun apalagi menghabiskan duit raya RM 1 dekat permainan gambar di atas tu hukhuk tapi satu pun tak dapat *muka ketat pegang kapak nak pecahkan mesin* sampai si risley law terpaksa tarik aku dan adik beruang masuk dalam lif.
Terbang Headquarters Cafe yang baru dibuka di kuantan lah tempat yang aku tuju untuk menghilangkan rasa geram tahap nak gigit abang betis abang sado *next entry aku cerita pasal cafe ini*. Wayang Deepwater horizon best sangat sampai popcorn pun tak habis makan sebab focus tu melebih. Kami sampai di rumah dalam pukul 2.30 pagi aku terus pergi mandi sebab rasa letih yang amat tapi itulah bila naik atas katil tak tidur, boleh pulak sambung main game otome dan superstar sm kikiki *gaya hansol*. Selepas subuh barulah aku menidurkan diri sendiri sampai ke tengah hari dan begitulah berakhirnya awal bulan october aku.
P/S : Hari ini masuk ofis lemau dan mengantuk teruk sangat masa lunch terus order nescafe beng kawwwww dan akhirnye pengsan bawah meja.
No comments:
Post a Comment