Saturday, October 15, 2016

BORDER'S TEA & ICEBERG STATION - KUANTAN


Chew chew chew chewing gum cheww cheww chewwwing gum~ *mood happy* 

Bulan october nang nyaman sekali dapat bernafas dan menikmati makanan yang sedap tanpa rasa bersalah berat badan masih tak turun-turun lagi *hilang ingatan*. Bulan sepuluh penuh nikmat dengan kawan ajak makan sana sini tapi kau sendiri bayar walaupun engkau birthday girl kahkahkah siot.

Beberapa minggu yang lepas aku hantar adik beruang ke ECM untuk bergedik dengan oppa-oppa bola dia. Jadi aku sementara aku nak tunggu adik beruang siap bermadu kasih dengan oppa dia kami nak singgah Border's Tea minum sekejap . Tetapi misi utama ialah nak pergi Iceberg sebab nampak post pasal snow ice yang mengecurkan air lioq lemak dalam perut. tehee




Kalau tak tahu pasal Border's Tea punya kedai  mesti sampai mereputlah cari Iceberg Station ini. Aku mula pun pening mana tempat salji ni, tapi cari punya cari rupanya satu kedai dengan Border's tea *muka ketat*. Sudah la panas nak cari kedai ni celah-celah chinatown habis cair semua lemak yang ada dalam badan.


Asobaru punya level cari kedai separuh nak hipster di kuantan *eh jangan nak hipster la sangat tampo kang* masa tangkap gambar ini ada ustazah lalu naik skateboard ampun. Kedai ini sebaris dengan kedai kek sungai wang di bangunan chinatown sila hadam baik-baik.


Masa kami sampai ada lah dua tiga ketul manusia dalam kafe ini tengah menjamu snow ice. Aku pergi dekat kaunter sebab dia tulis "order here" eh jadah sangat yang kaunter suruh aku duduk. Tahu tak berapa banyak lemak terbuang di situ asyik berjalan sana-sini grrrr , sila ingat ye menu di hantar ke meja anda dan akan di layan oleh sang adam kikiki.



Hidup itu terlalu singkat untuk mengeluh tapi itulah aku masa tengok menu snow ice dekat sini dah mengeluh panjang, nasib baik lah nampak abam hulk dekat dinding kafe ini terus semangat nak mengorder makanan.


Menu di Border's tea ialah air-air hipstorrrrrrr macam yang di jual dekat pasar malam atau gerai kecil tepi jalan *mengeluh lagi* . Kami order satu ice cappucino kongsi bertiga , untuk snow ice pula kami order Milk Snow Ice with Passion Fruits. Bagi aku agak susah nak order snow ice tanpa gambar , bayangkan di buku menu ada dekat 20 hingga 30 snow ice pelbagai jenis campur ini itu semua tapi gambar cuma ada dua tiga sahaja pergggh kena banyak bermanja dengan tukang ambil order.



Serius lah nasib baik tak order air seorang satu , nak meninggal dekat situ nampak air border's tea ni besar mengalahkan lemak dekat betis aku pulak lah. Walaupun minum bertiga tetap tak habis air ni hahahahahhahahaha.



Adik beruang order Snow Ice with Orea blablabla aku pun tak pasti apa yang dia order, tapi yang aku tahu dia order selepas tengok gambar di dinding kafe ini. Agak berbeza dari gambar tapi disebabkan dah order telan sahaja lah. Aku rasa sikit sahaja sebab oreo yang di gunakan macam pelik tak sesuai dengan selera aku uhmmmm.


Snow ice dengan buah campuran ini okay , aku makan sesuap dua selepas tu beku otak menyerang *tampor diri sendiri* . Bagi aku biasa-biasa je menu snow ice disini sebabnya aku tak habiskan pun apa yang aku order , fatcat dengan adik beruang dipaksa habiskan untuk aku. Mungkin tak kena dengan selera aku sebab ais kisar dia cepat sangat cair masa sampai di meja kami dah rasa macam makan sup buah plak hihihi *rindu bingsu dekat kafe jonghyun*.



Mungkin lain kali aku datang lagi cuba menu strawberry kegemaran aku , oleh kerana masa nak bayar bahagian kaunter ada bertanya pada kami ada apa kekurangan boleh komen jadi aku rasa memang bagus buat macam sebab kedai ini masih baru dan masih dalam percubaan so tak salah rasanya diorang terima kritikan pelanggan kan. Aku pun dengan happy tepuk perut cakap next time kita datang lagi mana tahu masa tu snow ice dan menu-menu lain di upgrade jadi sedap hoi. Lagi satu Border's Tea pun ada banyak menu makanan selain dari air tapi aku tak berkesempatan nak mencuba pun sebab lelemak tetiba jadi baik hari tu mungkin sebab terkejut kena senaman satu chinatown kahkah.















P/S : eh teruknya kualiti gambor aku ni..apahal ni erkk *ada penampakkan saka lemak di situ habis gambar rosak separuh*

2 comments:

  1. Kenapa dh xde kedai ni kt kuantan?? Saya suka mkn kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kedai2 hisptur ni cepat je hilang ! Kena g mykori dekat im (tapi a lil bit mahal and hurrrm for me lah xsedap mana pun) baik kita makan abc !

      Delete