Tuesday, October 18, 2016

SADIS


















Dua tiga hari ini asyik terjaga dari tidur sebab tangan kebas dan lenguh tak tahu kenapa, aku jadi musykil sebab tengah syok tidur tersedar tangan macam sakit sangat. Aku bangun lengan aku lenguh bagai lepas itu pergelangan tangan aku pun macam sengal teruk hurrm apeni syaitonnnirojim betul.

Aku pun pening sampai dah terfikir benda karut tahap mencarut dalam kepala, kenapa dengan tangan dengan lengan aku sampai jadi macam itu ini. Oleh sebab itu aku pun ambil keputusan untuk siasat aktiviti paranormal yang terjadi ketika aku sedang tidur. Aku memang nak mencari siapa dalang di sebalik keletihan dan kekebasan yang berlaku pada lengan dan tangan aku ini.

Jadi malam tadi selepas habis menonton menonton japanese drama MARE episod akhir 156 *akhirnya berjaya habiskan juga drama menantu emak nombor lima ini*, aku masuk tidur dengan sopannya sambil berangan ada di dalam dorm nct sampai lena. Dalam pukul dua pagi macam itu aku terjaga sebab lengan dan tangan rasa kebas, aku buka mata terus tengok siapa yang jahat sangat buat macam tu dekat aku perggggh memang menyirap bila aku tengok diri sendiri tindih lengan dan tangan errrk. Patut lah rasa berat dan kebas sokmo rupa-rupanya aku tidur tertindih tangan sendiri sobsobsob rasa nak tampar diri sendiri tapi kesian pulak huaaaaaaah sadis betul.

Sesungguhnya aku memang tak sangka syaitonnnnnirojim itu adalah diri sendiri hoiii, malu rasa tak tahu nak sorok diri sendiri dekat mana sebab semua tempat kecil sangat untuk di sumbat. Konklusi nya jangan fikir bukan-bukan sangat otak weh buat malu dekat hamster je kalau diorang tahu kes ini, konfirm berdekah sekor-sekor gelak dalam sarang diorang kalau tahu mak panda hudoh perangai sangat masa tidur. Padahal katil aku dah saiz queen dan patung yutakun , chenlo dengan yemon tu takde lah besar gedabak sangat hanya aku seorang je yang menakluki katil tapi boleh pulak aku pergi tindih diri sendiri masa tidur memang asfdjgkgjdgflggkpqfgkgk.



OK BYE. 















P/S : mummy cakap tu aku sensorang atas katil ! nanti ade suami camner?? mau mati sesak nafas sang suami kalau aku tidur ganas sangat aaaaaaaaaaaa...


No comments:

Post a Comment