Wednesday, January 23, 2019

GERAI MAMAK POKOK CERI - KUANTAN



Oh weekend yang indah lagi nyaman, tengok semangat 2019 sudah sampai jadi haruslah kita menaip-naip di ruangan blog yang sepi lagi tiada orang yang akan baca ini ! *wikwikwikwik gue terjebak* Hari Jumaat yang sejuk taknak merepek sangat cuma nak sembang pasal makan dan makanan hohoooi gerai LEJEN dari kecik sampai besar bambam. Orang kuantan kalau tak tahu gerai mamak ini bawah pokok ceri memang kena pindah ke perlis sekian wbt "mengilai sambil berguling-guling di atas perut pak najib". 


MEE GORENG MAMAK (RM 4.00) 

Menu wajib semua orang order kalau  singgah di gerai ini ! cukup rasa sedap dan mantap, Tapi sekarang kalau datang sebelum pukul 1 petang uncle tua yang goreng, bila dah menjelang petang tu rasanya uncle muda yang goreng mee ni (anak diakah?) entah rasa mee ni lain sikit :( Jadinya kalau nak makan sedap datang la awal sikit ye (ini pendapat tekak akulah kan).



SUP AYAM & ROTI (RM 5.00)

Menu lain yang boleh di order disini ialah sup ayam pekat likat muah penuh nikmat cicah dengan roti kosong. Kalau nak sedap lagi orderlah cendol atau abc kedai sebelah pulak confirm nangis usus lemak dapat menikmati semua makanan ni. Aku pernah la nak buat sup ayam macam ni tapi gagal (baik aku mai melantak je dekat sini jangan susahkan diri sendiri).


Makanan dekat sini tak mahal mana pun sesuai lah dengan bajet-bajet di hujung bulan kalau gaji belum aaah mashyukk. Parking susah sikit kalau kereta kena parking dekat bahagian belakang or pandai2 lah korang ! naik motor senang masuk dalam parking depan kedai siap. Bab tempat duduk kalau penuh tu nasiblah ye nama pun gerai kan kan kan.







P/S : Ada rojak mee jugak dekat gerai ni sedap nak mati tapi itulah lupa nak snap gambar atas sebab-sebab kebuluran tahap badak.

No comments:

Post a Comment