Friday, January 11, 2019

JANUARY 2019


SALAM 2019?


Alhamdulilah 2019 masih bernafas sebab itulah boleh menaip entry baru untuk blog usang lagi daif ini dan juga aku masih belum kurus sepenuhnya walaupun tahun bertambah hahahahaha *berguling seperti seekor badak di atas katil* . 2019 ini tak seperti tahun-tahun baru yang biasa aku lalui kehilangan yang tersayang masih di rasai nak menaip full entry pasal hal ni pun berat hati sebab takut banjir bilik dengan air mata. Insyallah kalau dah ready aku nak zahirkan perasaaan aku yang sayu lagi syahdu ni *syaiton kau ingat ni bersamamu ke?* please abaikan.


Tahun Baru 2019 aku mereput dalam bilik atas katil di temani netflix , pubg , set mcd dan japanese food *adik beruang buat hal* makanan mengalahkan kenduri tapi kakaknya suka ternak lemak! takde istilah 2019 nak start diet bagai? kita belasah je janji happy gitu. Aku tak set apa-apa azam pun untuk 2019 , aku cuma nak happykan diri sendiri dan family sahaja.


Bagi aku azam yang aku set semua kelaut jadi sebaik-baiknya aku hanya fokus dekat diri sendiri , reward diri sendiri dengan apa yang aku hajati tak tercapai lagi. Bab jodoh pulak aku serahkan pada TUHAN je lah , aku malas nak fikir banyak dan aku paling menyampah orang tanya bila? ada yang cakap aku memilih tapi itulah korang tak duduk dalam situasi aku so aku abaikan je *semak otak* ehem tapi kalau tersepak jodoh dekat kfc aku suka ! homagaaaaaad meow aum ! kahkahkah


No comments:

Post a Comment