Tuesday, May 24, 2016

KRIM BY KULA CAKES - KUANTAN


It’s so tasty come and chase me,
 I can’t hold it in I scream, 
You scream Gimme that, 
Gimme that Ice Cream,
 I Scream, You Scream,
Gimme that Ice Cream.
*Makan ais krim teringat lagu red velvet ooh joy*

Hari minggu nang nyaman, kakak panda dan adik beruang keluar mencari makanan selepas beberapa minit mama , papa dan adik jantan nya bertolak ke kuala terengganu hahahahaha. Misi utama ialah memburu ais krim di kafe Krim by Kula Cakes , ini semua adik beruang punya lemak lah mengelepur nak makan so kakak panda terpaksa gigih kira duit syiling semata-mata nak makan ais krim yang tengah hot and spicy di kuantan ini.

Kafe krim by kula cakes kalau nak datang sini boleh cari bangunan AmMetlife insurance di beserah mesti nampak kafe krim atau nak senang lagi guna app waze dan cari nama "krim kuantan" tak perlu nak pening kepala kan. Macam kami datang dari bahagian bangunan rozel star city jadi terus nampak kafe ini seberang jalan.

View dari tempat kami duduk hipster la sangatkan , masa kami sampai ramai betul manusia tengah makan ais krim takde tempat kosong sobsob jadi aku pergi parking en sirius black dulu di bangunan ammetlife selepas itu balik semula ke kafe ini baru nampak ada tempat kosong dekat luar yaaay.

Masuk dalam krim kafe rasa macam aku seorang je panda montel hahahaha sebab dekat dalam kafe ramai manusia tengah beratur nak beli ais krim. Di dalam kafe ini hanya boleh memuatkan dalam 8 hingga sebelas orang??pada pandangan aku lah sebab kafe ini sangat kecil dan meja di sediakan di dalam di letakkan di sudut dalam tiga atau empat macam tu. Aku agak suka dengan konsep minimal yang di terapkan pada kafe krim ini , tak jauh berbeza dengan kafe kula cakes di jalan besar tapi bagi aku krim lagi comel icicicic.

Perisa ais krim di krim kuantan berubah setiap masa kalau tak silap aku lah, masa aku dan adik beruang mencemar duli di sana ahad lepas perisa yang ada ialah :-

Thai coconut 
Kuih bakar
Pulut hitam
Bandung rasberry
Manggo cheescake
Vanilla

Sayangnya masa aku pergi perisa greentea dan horlicks tak ada, jadi aku order manggo cheesecake satu scoop dengan coconut ice cream bun. Sebenarnya usus perut nak makan cookie sandwich tapi nafsu nak makan ais krim roti alahai last-last pejam mata dan order ikut nafsu hahahaha win.

Perisa manggo cheescake memang sedap sangat sampai nak gigit je semua orang dekat kafe krim , kalau pernah makan kula cakes punya manggo cheescake memang akan suka perisa ini, tambah sedikit topping kacang hancur + cornflakes sedap weh, ais krim satu scoop  RM 6.90 dan topping free dan kalau nak makan ais krim cone + 50sen untuk cone sahaja.

Menu istimewa lain dari zaman aku kecik , dulu kalau motor ais krim lalu depan rumah beli roti ais krim tapi yang di krim kafe roti + pulut + coconut ais krim + topping memang sedap. Perisa coconut tu macam sangkaya sebab aku pernah makan dekat times square so bila rasa eh macam pernah makan dekat mana eh wakakaka. Kombinasi pulut yang berlemak dan roti bun yang lembut memang sedap weh boleh makan untuk tiga orang dan harga pun baru RM 9.90 sahaja,

Adik beruang yang rakus dan gelojoh , dua-dua dia makan tapi manggo cheesecake semua dia bedal seorang sobsobsobs ,lepas itu dia bising kenapa tak ambil cookie sandwich boleh? padahal aku memang aku dah plan nak datang lagi makan perisa lain dengan cookie sandwich lepas tu baru dia diam*dia tak tahu kakak dia berperang dengan usus dan nafsu di dalam ahaks*.

Selain ais krim ada juga milkshake dan  air pandan cooler *kegemaran aku* di jual di sini , kalau rasa tekak manis sangat dok makan ais krim boleh sedut milkshake. Kalau takde orang boleh la lepak lama-lama di sini tapi kalau ramai tak boleh la kesian dekat orang lain nak merasa lepak-lepak di krim jugak uhukkk. Bagi aku harga minuman dan ais krim di krim kafe agak berbaloi lagipun ais krim semua di buat baru setiap hari dalam kuantiti yang terhad. Kafe pun cantik ada pokok-pokok kecil yang fresh di atas meja bila manusia semua makan ais krim nyaaan.

Balik dari krim kafe singgah 100 yen shop di starcity beli onigiri dengan adik beruang.














P/S : dua hari bercheatday dengan adik beruang memang punah kena gigih kira kalori makanan yang masuk dalam usus uhukks.


No comments:

Post a Comment