|
Ketupat sotong mama, bulan ini sahaja mama buat ketupat sotong dua kali, satu kuah putih dan satu lagi kuah coklat memang nikmatnya rasa macam dalam syurga. Aku boleh makan dua puluh ekor seorang diri sebab makanan ini jarang sangat mama nak masak uhukks *kira kalori sendiri nangis*
Ayam masak merah mama, uhhhm sedapnye *lelemaks buat pesta dalam perut tengok pic ni* aku merajinkan diri goreng ayam dan mama buatkan masak merah ayam wallaaaah sedap ok makan nasi putih berpinggan-pinggan masa cheat day tak guna betul saka lelemaks, |
|
IKAN SIAKAP STIM ALA THAI
Menu ini menjadi kegemaran semua orang di rumah ku syurga ku eceeh , sebulan sekali kami akan makan menu ini di rumah dan yang jadi chef campak-campak semua bahan ialah aku. Bagi aku menu ini paling mudah dan simple nak masak. |
|
AYAM PANGGANG LADA HITAM
En pemanggang ajaib dari langkawi memang menjadi kesukaan aku bila memasak, spesis periuk yang boleh masak semua makanan di dalamnya hooohooo, ayam panggang lada hitam simple sangat nak buat perap dengan sos bbq lada hitam yang di jual di pasaran satu jam dan panggang dalam en pemanggang ajaib. |
|
KACANG BUNCIS GORENG DENGAN TAUHU JEPUN |
Kegemaran mama tersayang, dia mesti request menu ini setiap minggu *anak dara bangga libas tudung keknis ke belakang* adik beruang pun suka menu ini kalau makan mesti tak ingat dunia.
|
TEMOSA INTI IKAN
Temosa inti ikan ni makanan rare untuk orang bandar dari kl sebab masa program anak angkat hari tu adik-adik baru aku semua gila makan temosa ini sebab inti ikan sangat sedap dan tak campur dengan kelapa nyaaaaaam. |
|
SALAD BEBOLA DAGING DENGAN MAYONIS
Selepas berdosa makan setiap hujung minggu inilah makanan yang kena aku makan setiap dua hari bagi meneruskan misi nak sihatkan uhukss tapi sedap weh kena dengan selera tekak dan usus perut. Satu hari setiap minggu aku dah listkan nak makan apa hari itu sebab nak kena puaskan nafsu usus ni yang terpaksa berpuasa enam hari dan mengadap nasi putih + ayam rebut + sup + roti wholegrain + air kosong hahahahahaha. Dosa makan aku akan bertambah bila tengok mama masak sedap-sedap, setiap hari kene tepuk perut supaya jangan buat perangai dan teruskan usaha PM NAJIB dalam usaha memartabatkan satu malaysia ehhh apani ok bye.
|
P/S : Setiap hari pun banyak buat dosa...tapi dosa makan aku ni kronik sangat errrkkkkkkk someone call the doctor....
No comments:
Post a Comment