Friday, May 20, 2016

BERPESTA

Apani asyik gambar makanan je erk , bulan mei ini memang kita berpesta dengan makanan sahaja dasar pelahap saka lelemaks biasa lah kan. Minggu lepas anak-anak boss dan semua pekerja sibuk berbincang nak berpesta dekat office sempena birthday dua orang anak boss dan staff office yang jatuh pada bulan mei. Setelah mencapai kata sepakat akhirnya semua nak masak makanan sendiri dan anak boss cuma beli kek dan ayam goreng kfc *kfc tu aku yang demand kalah orang birthday* hihihi.
Menu utama hari ini nasi lemak ayam masak merah dan bihun goreng telur nyuuum.


Ikan tumis berlada pun ada, makan dengan nasi lemak tabur kacang + bilis + timun jepun.
Telur rebus merah itu wajib bagi orang cina kalau sambut hari lahir.

Tumpuan utama hari ini *menjerit lemak-lemak dalam badan nampak kfc*


Semua sedap sampai tak tahu nak makan apa, tapi sayang nya wedges takde cheesy *remuk hati*

Pusingan pertama makan ayam kfc dengan nasi lemak tapi pusingan kedua dah tak boleh telan bihun goreng telur sebab sebelum itu makan sandwich sardin erkk lemak.


Siapalah yang rajin susun timun tu cantik sangat hhahaa, kek dan agar-agar aku tak makan pun sebab kenyang sangat *teruk gila usus lemak ni padahal nafsu makan tak puas lagi*

Selamat hari lahir lah korang , aku seronok kalau birthday manusia kat ofis boleh berpesta makanan setengah hari tanpa buat kerja dekat ofis yihaaa itulah motif utama *berguling seperti seekor dugong di atas katil*.








P/S : Bulan akhir untuk berpesta makanan sebelum kedatangan ramadhan al mubarak..yusuf taiyoob.

No comments:

Post a Comment