Thursday, May 26, 2016

RESTORAN LILA WADI - KUANTAN



Restoran lila wadi yang popular di kuantan menjadi tempat kegemaran para artis untuk singgah di sini makan. Aku pun dah lama tak berguling dekat sini dengan usus perut, dulu masa restoran lila wadi masih di lampu isyarat ocbc bank jalan teluk sisek aku dan fatcat selalu ke sana tetapi lepas restoran ini pindah jalan ke taman gelora rasa malas nak menunggang sirius black ke sana.

Rasanya dah lama tak mengadap seafood di sini, seingat aku kali terakhir mencemar duli ialah tahun 2015, tempat ini selalu ramai orang itulah yang menyeba malas nak lepak sini. Tapi sebab fatcat dan bambi ajak berjimba jadi aku book tempat dulu awal-awal senang.


Grill dan steamboat adalah menu wajib di sini selain makan mango cheesecake dan minum air pandan cooler.

Kami order macam biasa untuk dua orang makan je sebab kalau order set besar memang tak habis sebab yang makan banyak ialah aku dan fatcat sahaja, si bambi tak perlu cakap lah kami tong sampah yang akan habiskan bahagian dia. Menu set steamboat ini kita boleh pilih nak nasi goreng atau maggie, oleh kerana dah order nasi goreng kami pilih maggie nyaaam.

Tambahan order nasi goreng seafood errr sikit sangat cukup untuk 1/4 usus perut je.

Kami semua bertukar selera , biasa pandan cooler tapi akhir-akhir ini dah jadi baik minum jus pulak baru kulit cantik oppa pun suka eeeehhh. Sekarang restoran lila wadi dah upgrade banyak dari segi makanan mereka, ada nasi dingin dari kelantan dan ada juga kacang pool. Menu air pun bertambah dengan pelbagai jenis air seperti green tea thai dan lain-lain. Kacang pool tu memang kena cuba sedak eh teringat makan dengan oppa tepi kolam eeh.















P/S : Hoi en.diet kemana engkau pergi meninggalkan ku sendiri berpesta makanan setiap hari.

No comments:

Post a Comment