Wednesday, May 25, 2016

COFFEE GALLERY MALAYSIA - STARCITY KUANTAN

Minggu yang lemau di akhir bulan mei, hari isnin mood memang ke zimbabwe dan hari selasa pula mood nak tidur je bawah meja office dan hari ini rasa nak balik rumah baring atas katil yang empuk lagi nyaman uhuuk cepat lah hari jumaat pasti aku semangat nak kerja wahahaha. Untuk membuatkan diri happy aku dan adik beruang pergi mencemar duli di Star City kuantan.

Kami singgah makan untuk usus perut di Koi Zen restoran dahulu sebelum bergedik di Coffee Gallery. Adik beruang mengidam nak makan kimchi udon dan chawan mushi jadi aku order satu set sahaja dengan dua ais teh hijau. Jumlah wang di habiskan di sini yang menyebabkan beg duit aku menangis ialah RM 28++.


Rasanya Star City dah jadi tempat kegemaran adik beruang sebab banyak sangat kedai kopi , kek dan japan/korea restoran. Dalam banyak-banyak kafe kami pergi yamcha di Coffee Gallery sebab adik beruang nak cuba latte di sini. Masa masuk di dalam kafe ini rasa macam old school dengan banyak hiasan rare di dinding dan susunan meja kerusi yang sangat wow. Kafe yang bersih dan teratur dengan staff yang sangat comel bagi aku lah. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau diorang lambat bagi menu sebab aku nak enjoy suasana kafe dahulu baru order, tapi ada satu staff ni senyum sambil minta maaf.

Bagi aku kafe ini ada style tersendiri berbeza dengan cafe-cafe hipster di luar sana yang pernah aku mencemar duli, mungkin masa aku singgah di sini tak ramai orang di ruang dalam kafe jadi suasana agak nyaman je sambil minum latte. Kebanyakkan manusia suka lepak di luar cuma aku dan adik beruang masuk dalam kafe dan krikk krikk nampak kek terus usus perut menendang lemak.

Tukang buat kopi pun amboi badan sado hahahahhaha pejam mata aku sekejap. Aku tengok menu di dinding kafe tertengok tukang buat kopi, lepas tu tengok menu tertengok dinding lagi aduhai. Perut aku tak payah cakap lah nampak kek dalam gelas kabinet terus menendang dengan kelajuan 320.

 Adik beruang order smoothie cookies dan aku pula order caffee latte, makanan atau kek kami tak order sebab dah kenyang *padahal usus lemak menendang-nendang dalam perut*. Smoothie cookies memang sedap  adik beruang terlebih happy sebab minuman kegemaran dia rasa sangat sedap di coffee gallery. Caffe latte yang aku order sangat sedap terus rasa macam nak peluk je tukang kopi erkk.

Di coffee gallery selalu akan ada discount dalam 20% kalau pakai offpeak punya app telefon, mungkin next time aku akan datang melawat kesini lagi untuk mencuba kopi yang lain di buat tukang kopi. Ada juga aku baca review banyak makanan menarik dan kek di sini sangat sedap, bagi aku kopi di sini harga dalam lingkungan RM 10 ringgit ke bawah jadi sangat lah berbaloi pada pengemar kipas susah mati kopi.












P/S : Teringin nak ambil kelas barista mendalami cinta terhadap kopi tapi tahap pemalu aku melebihi besen dari sudu.

1 comment:

  1. hai..saya berminat dgn post awak..sebab saya pun jenis food hunter dan gemar buat JJCM sendiri..(hehehe)..saya rekemen awak pergi jaman tory resepi sebab situ restoran yg memang sangat hipster kemelayua dan paling best kt situ adalah nasi goreng cheese terbakar, set daging salai masak lemak yg memang sgt berlemak dan juga pais patin bakar tempoyak..lagi satu tempat tjantek art & bistro pun best gilos sebab ada satu carbonara yg memang sgt2 sedap bersama coffee dia yg sgt creamy..kalau nk makan yg ala hipster tp murah boleh pergi dekat kedai kopi mamba..makanan yg sgt2 direkemenkan ialah spaghetti popeye,mamba burger, dan chicken chop dia yg besar gedabak..tp hrga berbaloi..kopi kt sana pulak jenis kopi ala kampung yg classic dan sgt sedap..try kopi "omputih"..memang best.. ;)

    ReplyDelete