17 Feb 2016, hari pertama bermulanya kerja selepas 11hari aku menternak segala lemak di atas katil dengan tidur + online 25jam sehari dan makan setiap jam. Bila dah lama bercuti kerja bertimbun-timbun datang tapi itulah dah lama tak mengadap segala tax-tax invoice purchasing bagai ini mood nak berkerja balik tu alahai memang susah nak di seru keluar kena letak ayam goreng peha 44 ketul baru keluar kot..ahahahahah..
Meja aku biasanya akan ada 1 atau 2 botol air satu air jus dan satu lagi 1.5 liter air suam yang biasanya aku tak habiskan pun minum, lepas tu banyak la note-note bertempek dekat pc *bajet perkerja paling berhemoh la sangatkan* dan juga banyak tax-tax invoice yang bersusun dalam kotak atas meja aku kena siapkan huaaa. Wallpaper untuk bulan february dekat pc ialah neko astume punya geng ! aku agak obses jugak lah main game ni sebab kucing-kucing dalam game ini semua comel dan ada seekor tu macam aku ialah si Tubbs. Badan si tubbs ni sebijik macam aku kalau lepas makan.
Kumamon small doll
Si tubbs yang kuat makan dan boyot bersama dengan anak jantan baru balik dari taiwan si kumamon. Aku buat tubbs jadi wallpaper untuk bulan ini , sebelum ini no face jadi wallpaper lappy aku ni. Motif anak jantan melekat di lappy tu sebab nak show off hadiah dari meow taiwan bawak balik sempena cuti chinese new year , dalam we chat asyik tanya "you nak apa-apa tak dari taiwan" "saya beli 30kg punya luggage balik malaysia" mahu apa cakap..aku sendiri tak tahu nak apa dari taiwan sebab setiap kali dia balik dari sana mesti ada banyak ole-ole dia beli..sayang you lah meow.
Small Ceramic Dutch Clogs
Hari pertama start kerja paham-paham lah ramai bagi angpow lepas tu ole-ole dari sana sini kan. Masa cuti raya cina hari tu, family boss aku pergi jalan-jalan makan angin di london , paris dan amsterdam so dia bawak balik banyak sangat kudapan dan gift salah satu nya kasut untuk hamster kat atas ni..puahahahahaha kasut comel ni jari aku yang gemok pun tak muat ok tapi comel lah i loikeee.
Winegums
Stroopwafel
Rasa snack stroopwafel ini macam kuih kapit tapi sangat manis hoiii kencing manis nanti hilanglah kaki aku. Wafel kering ini di salut dengan brown sugar + unsalted butter + dark corn syrup , anak-anak boss cakap wafel ni paling popular di sana ntah ye ke tidak sebab not my style lah wafel kering manis ni aku makan sikit je sebab tak kena dengan nafsu aku..uhuk uhukk yang winegums jelly candy itu aku tak makan sebab ada pork gelatin sepatutnya boss beli yang free gelatin baru betul *tepuk dahi 44kali*
Euro Chocolate Coins
Walkers Short Bread - Pure Butter
Soft Nougat
Green Black Organic Chocolate
Semua snack manis-manis dekat atas ni aku tak makan pun sebab nafsu kurang tergoda , coklat syiling tu aku bagi adik beruang suruh dia isi dalam tabung 50euro tu kan, orang tua-tua cakap sikit- sikit menabung lama-lama jadi gunung everest..ahahaha. Short bread tu bagi orang lain makan dan soft nougat tu manis leting sungguh ! sayang kaki oooi nanti kena potong makan manis , Chocolate organic ni banyak perisa yang ok bagi aku cuma milk je sebab yang lain dark choc pahit sangat boleh kurus 40kg kalau asyik makan..err..anak-anak boss semangat ni cakap dekat kitaorang semua yang diorang beli paling ini sangat-sangat popular di semua tempat diorang lawati so aku pun layan je lah kan, kan bagus kalau boss belanja semua staff pergi melancong lagi syiokk arh.
P/S : Tajuk hari ini tak mudah! macam aku pulak yang pergi melancongkan..aduh duh duh
No comments:
Post a Comment