Tuesday, February 16, 2016

PERAK - SEPANG - KL


Musim perayaan adalah perkara yang paling aku tak minat sekali kalau pergi bercuti atau kenduri kahwin ialah jalan sesak teruk tahap nak terkucil pun kau kena tahan sebab R & R tutup sebab penuh orang..tsk tsk tsk tapi di sebabkan sepupu kesayagan yang kahwin so terpaksa lah..jadi 6hb feb kami bergerak dari rumah around 7pagi lepas tu macam biasa jumpa lagi dua biji kereta untuk konvoi ke perak di Restoran Zaman,Gambang mengisi tangki yang keruh ini.

Nikmat perut nasi lemak RM 2.50 + teh tarik RM 1.50 secawan *masuk kereta sambung tidoq*


Jumpa big boss duduk depan sekali dalam bumblebee jadi co - pilot..uhukk

Jadi selepas semua siap bersarapan bergerak lah kami menuju ke kl iaitu bertemu lagi dua kereta di Plaza Tol Jalan Duta, nasiblah time pergi jalan kami tak berapa sibuk dengan kereta tapi tengok jalan sebelah nak pingsan sebab jalan dah sesak dari bentong sampai gombak homaiiik..last-last kami ni masuk kl pun jalan sesak gila dan paling sadis betul tak di sangka dugaan tu datang tengah-tengah panas dan semua orang dah mengelepur dalam kereta ialah bumblebee tayar pancit.

nasib baik ada abang import dari jauh..kahkahkah


Dan sebenarnya beginilah keadaan kami dalam perjalanan ke perak , nak masuk rawang pun dah sesak macam ni guano? huk aloh strehh gini so kami plan nak berhenti di R & R rawang untuk solat zuhur, makan tengah hari and mandikan incik big boss yang penat jadi co-pilot.


Geng nafsu serakah beruang sempat rembat 2 cawan starbuck..astaghfirullahal'adzim tengok tangan gemok ! Orang suruh makan di rembat nya starbuck katanya bekalan untuk sampai ke perak nanti uhuk begitulah alasan yang di berikan oleh adik beradik beruang.



Aku rasa lah kan dah satu hari aku dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi rumah nenek sepupu aku ni asobaru je lah sampai jelly pun aku dengan adik beruang main homaikkk tangan gemok muncul lagi...argghh stresss..lagi stress tengok semua pemandu kereta di malaysia ini otak letak kat dalam punggung belaka sebab jenis kurang sabar semua ambil lorong kecemasan sebab tak sabar duduk dalam jalan jammed damn ! dah la bawak laju nak mampus awal la tu, aku ni nak terkencing pun tertahan-tahan sebab taknak asyik berhenti dekat r & r sebab kebanyakkan semua di tutup sebab terlampau ramai orang yang berhenti, depa ni boleh pulak dok main pecut lelajus dekat lorong kecemasan alahai bodoh melayu bodoh.


Pukul 10 macam tu kami dah sampai ke kampung batu gajah perak tapi pusing-pusing dalam tempat yang sama sebab pakcik aku dah lupa jalan sebab last aku datang masa aku cute and kecik lagi so memori tak berapa nak laju.Oleh kerana rumah nenek dah full so makcik aku dah sewa homestay untuk semua adik beradik dia dari sepang dan kuantan.Aku sampai je mandi dan bermalas malasan di atas katil lepas tu tidur sebab penat sangat, makan dan minum tak ingat dah sebab tak larat *macam aku je yang drive kan penat sangat tu..beruang beruang*

Cuaca yang indah untuk perkahwinan sepupu aku, bukan satu pasangan tapi dua..okbai
Aku ni dikira sepupu yang boleh letak dalam muzium dah sebab tak kahwin-kahwin lagi, yang muda-mudi ni semua dah berlumba nak kahwin..sobs..sobs..


Beta punya santapan di perak..ROTI ARAB @ gerai pak man tukang
*kuah kari dia sedap nak nangis*


Pasal perkahwinan sepupu-sepupu aku nanti next entry baru nak cerita panjang..indah nye perkahwinanan berlandaskan islam ni dah lama tak nampak kenduri macam ni..uhuk..selepas kenduri kami semua bertolak balik ke sepang pulak untuk bermalam di sana sebelum bertolak balik ke kuantan pada pagi isnin.




 Macam biasa sebelum menjejakkan kaki ke rumah sendiri mestilah singgah di times square dengan sogo dulu, melambung beg dan baju-baju yang offer di sana kan alahai beta tak berapa gemar sangat beg-beg tangan berjenama ni, mak buyung suka lah so aku dengan adik beruang pergi buat rancangan jjcm mencari makanan yang menarik dekat dua tempat ni lepas tu beli benda mengarut ahahahah.Lepas tu perjalanan terhenti tengok poster dekat bawah sebab aku dah cuba kawal diri dari 1st day aku tahu anak-anak ikan nak datang malay ni tapi tetiba nampak poster ni aku terus tercekik churos ahahahahahha tahun ni tak pergi exoluxion demi menghormati adik beruang yang nak menduduki PT3, dia cakap kalau aku pergi result tak ok aku kena tanggung..kejam siot..tskk


Kami sampai di kuantan tepat pukul 12 malam dah macam sinderella kan, nasib lah cuti panjang sampai hari ini tapi rasa macam tak cukup jerrr..esok kerja okbye.












P/S : Obsesi untuk 2bulan  "LAY ME DOWN - COVER BY LEE SOO JUNG"..zzzZzz

No comments:

Post a Comment