2016, rasa macam sekejap je bumi ini berpusing 4tahun lagi nak masuk tahun 2020 gila tak? Tahun baru bagi aku sama macam tahun-tahun sebelum ini, tiada sambutan sangat cuma lepas pukul 12 terus bersorak yaay dah tua 1 tahun dan sambung balik tengok criminal minds season 10 sambil makan choco pie sedut vitagen ok memang nikmat tahun baru.
20160102, tak banyak perubahan yang berlaku setakat ini contoh macam nak kurus? mampuih tak kuruih2 menternak lemak je sepanjang masa, dapat bakal suami? yang tu memang mereput lah aku nak tunggu jatuh dari langit ke bagai.Memang tiada perubahan semuanya normal macam biasa, mungkin dalam 0.5% aku cantik sedikit kot tahun ni? ini adalah fakta ok..kkkkkk
Tahun ini tambah wishlist je, insyALLAH kalau takde apa-apa halangan aku nak balik kampung abang tak sunat di busan akhir tahun ini sambil lepak-lepak makan sulbing di cafe dia uhuks dah 4 tahun tak balik kampung rindu pulak dekat kampung halaman di korea.
Tahun ni anak-anak bulus wonderpet pun bertambah jadi keluarga besar, geng hamsteree pulak tinggal si gendut gucci & brenda jer lepas tu ada geng gaygay 3 ekor. Geng wonderpet kena asing ikut jantina si bobby dengan anak jantan nye si bybob, mino dengan nutella & wendy , last si oltti sorang-sorang je kesian anak dara comel aku ni.
Dan yang akhir sekali, setakat ini awal tahun baru anak saudara aku yang comel macam donut membotakkan kepala nya,,,hahahahahahahha tak handsome dah , tengok lah muka tak puas hati sebab ibunya cukur botak rambut curly-curly dia.Takpa janji abang hedzry tak mengamuk sudah kan tak lama jer lagi nak dapat adik baru ! hohoi semangat.
P/S : awal tahun 2016 ni otak kering, menaip pun ala-ala melepaskan diri di tangga.
No comments:
Post a Comment