|
VIEW DARI DALAM CAFE @ BEANZ & CO. |
Check in sini check out sana
*sambil nyanyi lagu hujanband* dua minggu ini sangat lah lemau bagi aku selepas bercuti agak lama dan kene menyambung semua kerja yang tinggi tinggi gunung kinabalu tinggi lagi kerja di office aku ewahhh, tapi bila pergi menternak lemak laju je kan aku ahahhahaaha. Minggu lepas aku terpaksa skip nak bercuti hari sabtu dan mengagahkan diri pergi office siapkan kerja yang dateline dah kejar dari belakang pakai Hummer H2 uhuk.
Sabtu di office walaupun sibuk sempat lagi menyambut kedatangan dua ekor singa comel, oleh kerana company chinese so pepaham je la kan lion dance tu tradisi kat sini empat tahun hoiii beta kerja dekat sini tapi tahun ni macam boss kaya sikit bawak dua ekor singa untuk tuah dia
*dung dung chang dung dung chang* bunyi gendang china bergema dekat tingkat atas.
|
COMEL DUA EKOR NI SATU PINK SILVER & SATU LAGI MERAH |
|
TERGEDEK-GEDEK MASUK DALAM OFFICE ORANG MENARI. |
INI VIEW DARI MEJA AKU COMEL OK *RASA NAK LEMPANG JE SINGA NI*
Untuk office tingkat satu si singa dua ekor ni akan menari-nari lepas tu bagi limau tuah *kepercayaan orang cina* pada setiap meja dan boss akan bagi angpau, yang dekat bahagian tingkat satu dekat bawah lagi meriah singa due ekor ni main mercun dan tarian lompat melompat tapi aku tak pergi tengok pun malas hoii nak turun tangga al-maklumlah beta ni berat lemak di kaki dan betis.
|
BERGETAR LEMAK LEMAK DI PERUT TENGOK SEMUA DESSERT |
|
CRANBERRY SCONE IS YUMMM |
|
STARRY STARRY NIGHT WAFFLE WITH CHOC ICE-CREAM |
|
GENG MEOW @ BEANZ & CO. |
Check in disini seperti biasa selepas sesi bergaduh dalam wechat "
nak makan di mana" jujur cakap ye memang setiap kali nak makan macam takde benda lain nak di gaduhkan tempat makan lah isu utama dan akhirnya tempat yang sama jugak pergi ,ada yang suggest nak pergi dimora lah dae bak cafe lah tup tup ke beanz & co. lah geng meow. Isu kedua yang di gaduhkan pulak ialah
"nak makan apa" aduh senok otak, ini adalah last hi-tea sebelum meow taiwan balik belajar semula hukhuk , dah la sebelum nak ber hi-tea kami meow-meow dalam group bergaduh pasal flight dia hari sabtu tup tup this week baru balik taiwan hahaaha teruk semua orang bacaan tak betul ketika scroll entire chat wechat.
|
WARUNG KAMPUNG YANG SIMPLE |
|
snap dekat bagi terliur *sedap ni rangup gila serbuk roti dia* RM 6 SEPINGGAN OK |
|
chicken crunchy chop with fried fries *nangis* |
Last tempat aku dan geng meow check in di warung moksu kiah di peramu, si fatcat cakap chicken chop di sini sedap , serious lah dia memang tahu kesukaaan aku ialah chicken chop yang rangup dan isi dalam ayam dia lembut ! makan sekali terus jatuh cinta. Warung kampung dekat area rumah aku je kot tapi sedap dia tu tak ingat ! murah lagi tu...alahai diet gagal 2016.
P/S : agak-agak zaman bila aku ni boleh kurus kan badan, kena buang saka makan ni jauh-jauh
No comments:
Post a Comment