Hari berjimba dengan geng meow selepas beberapa bulan berpisah nan tiada dengan salah seorang ahli yang balik bercuti dari taiwan sempena chinese new year.Pada awalnye geng-geng meow memekak dalam wechat "nak makan di mana" seperti biasa , lepas tu si meow taiwan rindu nak makan nasi lemak , roti canai , sate lah akhirnye tempat streetz cafe menjadi lokasi melepaskan nasfu makan yang berkobar-kobar ni.
Streetz Cafe ni kalau tak salah aku lah sebelum ini Satoorday kitchen aku tak tahu pulak bila tukar owner? aku pernah buat entry pasal Satoorday Kitchen tahun lepas tuptup tahun ni dah bertukar.Mula-mula risau jugak takut jadi macam tahun lepas makanan tak menepati nafsu serakah tapi pergi melawat dekat instagram streetz cafe terus berbunga di hati tengok gambar strawberry cicah coklat panas dengan marshmallow.
Cafe ini tak banyak yang berubah dari design dia separuh dari hiasan dalaman dan tempat duduk di tukar ke suasana yang baru ada meja untuk keluarga yang cun dihiasi dengan kusyen berwarna dan banyak sticker di tampal di dinding untuk menutupi logo satoorday..hahaha cool
Juling biji mata ! cafe ini ada banyak makanan yang menarik tertarik kau memang debom, masa kami datang sini ada kek dan kuih muih melayu yang tak tahu rasanya sedap ke tak sebab tak cuba pun harga kek di sini agak mahal bagi aku around RM 11.50/slice so kami decide nak makan dessert lain yang lagi kacak strawberry fondue..hukkhukk. Ada banyak menu masakan panas western dan malay food yang sedap di sini antara nya yang memang patut di order adalah cantonese kuey teow sangat sedap ! even meow taiwan pun cakap sebijik macam chinese masak, satu pinggan around RM 6-8 ringgit macam tu *tak ada gambar sebab spesis pelahap*
Chicken chop with blackpaper sauce RM 14.90
Chicken chop with mushroom sauce RM 14.90
Strawberry fondue RM 10/set
Kami ada order spaghetti bolognese rasa nya so so tahap kuasa dua pelahap hahaha, chicken chop dekat sini rangup i like ! tak macam tempat lain kurang bread crumbs , sos dia 50 : 50 untuk blackpepper tapi mushroom sos sedap kalau pekat sedikit, jangan di tanya pasal air di sini dalam menu memang banyak yang menarik tapi sebab semua tekak tak berapa sihat so kami order honey lemon suam je.Strawberry cicah coklat tu sedap ok tapi marshmallow di cinonet je hurm perlukah aku bawak marshmallow sendiri datang sini? wkwkwkkwkwk..Keseluruhannya cafe baru ni sangat memuaskan hati i loikee nanti boleh bawak mak buyung mengadap di sini.
P/S : Geng meow sekarang semua dah macam belon semuanya , makan tak ingat dunia..2016 bila nak kurus ni...uhok uhok
No comments:
Post a Comment