Sunday, March 27, 2016

TANJUNG LAUNDRY CAFE - KUANTAN

EXO'Luxion in Seoul 2015  DVD
Yaay sabtu ! dua hari untuk bertemu janji dengan lappy yang kacak. Aku suka sangat bila sabtu cuti ! sebab hari jumaat malam sampai sabtu malam sampai ke pagi ahadlah melekat depan lappy mengadap anak-anak ikan hukhuk baru ada masa nak layan dvd concert exokidos biasa sibuk mengadap anime dan youth over flowers so minggu ni hantu exo dah balik wuuhhu.

Petang ingat nak tidur sebab nak qadar balik tido yang tak cukup uhukkks tapi mummy ajak keluar pergi beli barang dapur lepas tu macam biasa mummy tanya nak makan dekat mana? serious lah soalan ni memang berhantu kot hahahha , kebetulan satu jalan nak balik rumah so singgah di @TANJUNG LAUNDRY CAFE senang je turun jambatan tanjung lumpur terus masuk dekat bangunan baru mengadap hospital kpj yang belum buka tu wahh banyak jugak kedai dengan cafe di sini ! nampak cafe cengkerang tapi abaikan next time kita pergi sana melantak seafood mr crab and the gang dan roti titab.

Cafe dan dobi layan diri rasanya yang pertama kot dekat kuantan biasanya dobi layan diri je tak pernah pulak nampak ada cafe tapi aku datang sini bukan nak basuh baju hoii tapi nak melantak ahahahahahaha sebab adik beruang tetiba nak ternak lemak makan kek so kita layankan lah selera perut beruang tu.

Masa kami pergi tak ramai orang so papa pun macam pelik betul ke ada cafe lama juga nak tunggu dia masuk ke dalam , aku awal-awal dah pergi melawat kek yang ada *berjoget riang lelemak di badan*

Masuk dalam nak order kek tapi terorder makanan lain uhuks  sebab banyak pilihan kek di sini dengan puding dan ice-cream pun hadooo.


Ada cookies dan macaroons lepas tu ada juga air soda zaman dulu kala , aku order satu ice-cream soda + asam boi untuk mummy.


Roti telur goyang dan kopi o untuk papa..

 Puding roti dengan ice-cream sedap ini mummy punya *aku pertama kali makan memang sedak* , aku dan adik beruang kongsi mango cheesecake kula cakes wahaaa kat sini pun ada kek faveret aku.

Aku dengan adik beruang kongsi order air youtella sedap hoiiii.


Kami ada order spaghetti bolognese sebab mummy cakap nak try dan mummy jugak cakap sedap bila aku tanya siapa lagi sedap aku ke cafe ni? mummy tak tau nak pilih ceeehh mesti sedap la tu. Kami beli pops malaya ice-cream sebelum balik nampak macam sedap kan ! ada duit semua boleh beli kalau dah malas kan. Keseluruhannya semua yang cafe ni sediakan amatlah menarik kalau nak tunggu baju siap boleh minum makan sambil sembang lebat dalam cafe ini dan harga makanan di sini agak murah my mom pun terkejut takde lah macam standard cafe hipster, sangat sedap dan berbaloi ceeewah mummy aku komen kemain.










P/S : Adik beruang cakap kami kena start diet tapi kalau asyik buat lawatan dekat semua cafe baru bukak dekat kuantan ni acaner nak diet..uhukkk


2 comments:

  1. baru prasan entry sis ni..terima kasih sudi dtg..lain kali dtg lg dan lg dan lg k :)

    ReplyDelete
  2. Salam sukses dari kami
    untuk anda yang membutuhkan mesin pengering,
    setrika uap, konversi, dan perlengkapan laundry lainnya silahkan
    menghubungi kami di web www.bospengering.com atau langsung telpon kami
    ke 081221673020; pin bb 59F141F2, Line : Bospengering, Facebook : Bos
    Pengering

    ReplyDelete