In three words i can sum up everything, i've learned about life : it goes on - Robert Frost- |
Akhirnya gigih kan lelemak yang ada di jari jemari bukak laptop hari ni chakkk nampak abang SJK alahai kacak sungguh laptop aku ni rasa nak lempar keluar tingkap. Entah semangat spesis apa menyeru ahaks rasanya dah lama asyik bertapa atas katil tidur setiap malam kan tanpa buat apa-apa so hari ini semangat tu datang tanpa di jemput pun *tepuk tepuk bahu sendiri* . Kelendar bulan tiga dah ada marking mc dua hari gara-gara demam panas secara tiba-tiba erggh kalau di ingat balik rasa dah taknak ingat azab jarum yang di suntik di bontot gebu aku ni, nasib lah doctor handsome masa tu *senyum sampai belakang kepala* awal bulan dah kena demam urat bagai kuat betul dugaan Tuhan bagi dekat aku nak suruh insaf setiap hari uhuks.
1 minggu jugak nak baik demam + tonsil + segala urat-urat yang tegang sabor je lah lepas baik ajer terus mengadap ice nonstop teh o beng + green tea ice blended + americano iced hukhukk YA TUHAN tak insaf aku ni. Lepas baik demam mengidam tahap lemak gorilla dah aku ni hari-hari ice padahal sebelum demam aku dalam proses taknak minum ais boleh macam tu. Nasib la TUHAN tak tarik nikmat rasa aku ni kalau tak kurus dah 40kg kan kan sebab tak lalu makan.
Cakap pasal makan kan uhuk uhuk tetiba rasa nak share pasal makanan yang adik beruang kesayangan aku mengidam sangat *aku pun sama je* makanan yang aku nak share ini susah nak cari yang halal di kuantan sebab kebanyakkan nya restoran korea di kuantan non halal , biasa turun kl baru boleh makan jadi bila dah jumpa ada satu kedai di instagram yang jual makanan sedap korea terus order teheee.
KEEM_BAHP kedai online di instagram yang jual makanan korea untuk orang kuantan *meloncat adik beruang sebab dah jumpa tempat memuaskan nafsu makan dia* at least dia dah tak asyik merungut ajak aku turun kl dah lepas ni selamat ahaks , owner keem_bahp ni baik dan peramah paling penting suko abam abam kpop tak sunat wahahahahhaha dan paling best tokey yang peramah lagi pemurah. Kalau order hari ini esok 1.30pm boleh self pickup di cimb depan megamall kuantan senang kan?
Kalau ikutkan nafsu memang semua menu di keem_bahp adik beruang nak order tapi aku suruh dia order mana yang di betul-betul nak makan iaitu yang dia mengidam sesangat sampai berguling seperti seekor beruang atas lantai . So lepas di fikirkan selama 5saat terus order
teokbukki = 2 bekas
kimbap chicken = 1 bekas
japchae + spicy chicken aka ayam kpop = 1set
Ya TUHAN, sedapnya *stress tengok gambar makanan* alhamdulilah semua menu yang kami order menepati citarasa kami , rasanya semua best tak lebih dan tak kurang ! paling sedap teokbukki pedas dengan ayam kpop uhukk kami makan sampai tak ingat dunia nasib baik tak meletop perut sebab pedas sangatkan , japchae aku tak makan sebab ni kegemaran mak aku dia pelahap sampai habis , kimbap dengan teokbukki satu bekas lagi adik beruang makan dengan oppa dia depan tv.
Aku rasa lepas ni nak order bibimbap dengan sundubu plak uhmm *kesat ayaq lioq* rasanya lepas ni kalau rasa mengidam nak makan makanan korea halal di kuantan je boleh terus order dengan owner instagram keem_bhap senangkan tak perlu susahkan diri sendiri nak pergi google restoran halal dekat kuantan memang langsung tak ada. Boleh order semua menu yang nak makan tapi jangan sampai pecah perut kkkkk ada duit semua boleh beli.
P/S : Lambatnya bulan dec , dah tak sabar nak balik busan aka kampung suami
No comments:
Post a Comment