Wednesday, March 23, 2016

JUNGPAL


Hai *lambai-lambai dengan ekor* nama aku jungpal si kucing jalanan yang singgah di rumah mummy panda dan akhirnya menjadi penduduk tetap dekat rumah dia. Pada mulanya mummy panda tak peduli aku pun yang mengemis makanan dekat rumah dia sebabnya dia takut nenek atashinchi marah , aku paham sebab ade budak handsome nama hedzry tu ada alahan dengan bulu aku yang bersinar ini tapi pada suatu hari mummy panda dengan malu malu kambing nye isi makanan kucing dalam tupperware  kedai dua ringgit bagi aku makan "dalam hati aku cakap poyo nya mummy panda ni" sebab dia cakap dekat aku makanlah tapi jangan masuk dalam rumah ! eleh macam aku nak sangatkan ! tetapi lama-lama dia bagi aku makan setiap hari lepas tu ajak aku main guling-guling atas lantai , aku? layankan aje sebab aku tengok mummy panda ni dah mula jatuh cinta dengan kekacakkan aku yang tak ada dengan kucing mana-mana di luar sana terutamanya si hamdan karipuley tu ! puiiih.

Nama jungpal tu si mummy panda bagi lepas aku dengar dia dengan si adik beruang dia berbincang sambil gelak kejam siot je !

mummy panda : aku suka nama olivia lah tapi *sambil check kemaluan aku*

adik beruang : jantan lah ! ceh nak panggil nama apa dia ni? muka macam gangster *sebab aku buat muka tak puas hati*

mummy panda : entah lah bosan pulak tengok dia ni *sambil golekkan aku atas lantai ! kuang hajo*
dia ni hudoh tapi handsome *lepas tu mummy panda gelak menyeringai macam pontianak*

last-last dia bagi aku nama jungpal watak dari drama korea REPLY 1988 boleh macam tu?

lepas tu setiap hari  + jam + minit + saat duk panggil aku junggggggg palllllll

si nenek atashinchi pulak panggil aku jungballllll

jadah haram semua ini !

aku terpaksa terima semua nya dengan hati yang luluh.

Aku sekarang dah dapat pelepasan dari nenek atashinchi untuk duduk sekali dengan geng guinea pig dan hamster tapi kan aku tidur dalam bekas pink tu kalau mummy panda ada je , dia takde aku malam-malam pergi clubbing beb tidur dekat beranda depan rumah dia. Tak hingin aku tidur dengan geng guinea pig dengan hamster tu bising siot ! geng hamster tu aku tengok asyik main roda tapi tak kurus-kurus pun lepas tu geng guinea pig tu asyik makan ! takde makanan bising ! siap terbalikkan bekas jer , kadang-kadang aku g acah hulur tangan aku yang gebu dalam sarang diorang ceh ! mengelepur semua HAHAHHAHAHA tu belum aku acah acah gigit lagi. Diorang tu bukan apa jeles tengok aku ni di manja dengan mummy panda yang moncet tu, setiap hari mummy panda balik keje panggil nama aku ! sebelum nak tidur ! sebelum nak pergi kerja ! tengok hebat tak skill mengoda aku ? kalau rasa berminat nak tahu tips dari aku pm ok !


Mummy panda baik sangat dengan aku sampai belikan aku ubat dengan vitamin sejak aku tinggal dekat rumah dia tapi satu je lah aku tak suka ! hanya kawasan tertentu je aku boleh lepak dekat sini hukhuk area dalam rumah tidak di benarkan sedeh beteiii ! teringin jugak aku nak duduk atas perut mummy panda sambil layan drama korea depan tv , ini tak mummy panda kalau datang dekat tempat aku baring usap perut aku lepas tu buat bunyi bising " AAAh comel nye jungpal , aaaAAh geram rasa nak gigit" Hello? mummy panda seram aku dengar ok ! baik ko gigit ayam goreng peha je jangan dok terliur tengok aku sangat ok ! aku ni playboy kawasan rumah kalau kena gigit dengan mummy panda habislah reputasi aku sebagai kucing paling kacak di abad 2016.

Walaupun mummy panda baik dengan aku tapi aku paling tak suka kalau dia peluk aku , sebab kalau dia peluk aku di bukan sekadar peluk tapi dia nak aku mati gamok nya ! dia peluk geram macam nak kenyekkan aku macam kertas A4 lepas tu dia suka acah acah nak cium aku YA AMPUN  tengok bibir macam Takeo Gouda seram lakkkk bergelut aku nak larikan diri dari dia. Mummy panda juga ada satu tabiat pelik setiap kali dia belikan snek makanan aku mesti perisa baru setiap kali pun macam tu kadang-kadang heran jugak aku perisa yang dia beli tu untuk aku makan ke dia makan sebenarnya sebab dia selalu cakap macam ni "jungpallll mumy beli makanan sedap ni mumy tengok perisa dia ada bbq chicken bla bla bla" tercekik tangan hamster aku dengar dia bercerita tahu tak.

DALAM BANYAK-BANYAK KUCING DALAM DUNIA INI HANYA ABANG SAHAJA BOLEH BAHAGIAKAN GADIS-GADIS DI LUAR SANA CHIA..CHIA...CHIA...

Gambar paling di sukai ! terima kasih atuk sayang ! cantik camera phone atuk kalah mummy panda yang handphone nya cikai gambar semua gelap-gelap uhukkk tukar phone la mummy ooooi oooi !



Tujuan aku aka jungpal post entry ini sebab nak bagi amaran aku tak puas hati dengan mummy panda yang sibuk dengan kucing-kucing dalam handphone nye ! macam la kucing dalam neko atsume ni boleh di belai-belai manja no skinship moment orang mat salleh cakap. Sebelum aku delete game ini baik belikan ayam rebus 1 ekor untuk aku setiap hari ! okbye








P/S : mummy panda badan besau macam bumi tapi hati cepat cair macam salji..uhuuuks nak lari dari rumah nak lari !

No comments:

Post a Comment