Hari ahad yang lemau last week aku aka tamako inada , si fatcat dan si risley law keluar berjimba secara berjemaah ke star city di beserah dengan membawa hajat di perut nak minum secawan kopi sambil sembang lebat sampai petang tapi lepas sampai di dae bak cafe lain jadinya pulak ! memang macam ni lah setiap kali kalau keluar time lemau jadi tunggang terbalik ahahaha.
Kalau dari lampu isyarat depan nirvana beserah memang akan nampak cafe ini di tingkat satu bangunan star city , sila u-turn dan masuk simpang ke star city kalau boleh nampak kedai bakery king's pandang atas akan nampak cafe dae bak. Mula-mula plan nak pergi coffee gallery tapi saje nak cuba cafe orang korea mana tahu jumpa oppa song joongki kat sini ahahaha.
Cantik hiasan dalaman cafe dae bak ini ! masuk dalam tak tahu nak duduk dekat mana sebab semua meja macam best je kan , lepas tu tengok meja kerusi tinggi tapi kalau aku dah moncet macam tamako inada macam mana nak panjat naik nanti kang tergolek terus atas lantai baik aku duduk di meja biasa jer uhukkk.
Kami order green tea latte , citron honey soda dan pomegranate lemon soda *ntah betul ke tak nama minuman ni memandai je aku* nampak tak kopi habuk pun takde kan? sebab dah tergoda nampak yujacha ! sedap weh aku pernah tengok geng 2D1N buat citron honey memang sedap tapi buat dengan tea panas lagi sedap uhukk. Lepas tu kami order seketul kecik waffel original topping nutella uhukkkk sedih tak cukup makan sebab kecik sangat ! kalau korang ialah spesis pelahap anak beranak saka jangan order waffel ini ok nanti dengan pinggan-pinggan korang telan. Keseluruhannya aku suka lah dae bak cafe ini owner dia baik walaupun tak pandai cakap melayu , korang boleh ambil masa untuk order apa yang korang suka.
P/S : Ingatkan lepak sini boleh lah jumpa oppa-oppa kacak bersinar hampeh hanya kami jer krikk krikk bertiga sedehhh
No comments:
Post a Comment