Friday, February 26, 2016

CHECK CHECK ROCK ROCK

VIEW DARI DALAM CAFE  @ BEANZ & CO.
Check in sini check out sana *sambil nyanyi lagu hujanband* dua minggu ini sangat lah lemau bagi aku selepas bercuti agak lama dan kene menyambung semua kerja yang tinggi tinggi gunung kinabalu tinggi lagi kerja di office aku ewahhh, tapi bila pergi menternak lemak laju je kan aku ahahhahaaha. Minggu lepas aku terpaksa skip nak bercuti hari sabtu  dan mengagahkan diri pergi office siapkan kerja yang dateline dah kejar dari belakang pakai Hummer H2 uhuk.

Sabtu di office walaupun sibuk sempat lagi menyambut kedatangan dua ekor singa comel, oleh kerana company chinese so pepaham je la kan lion dance tu tradisi kat sini empat tahun hoiii beta kerja dekat sini tapi tahun ni macam boss kaya sikit bawak dua ekor singa untuk tuah dia *dung dung chang dung dung chang* bunyi gendang china bergema dekat tingkat atas.

COMEL DUA EKOR NI SATU PINK SILVER & SATU LAGI MERAH
TERGEDEK-GEDEK MASUK DALAM OFFICE ORANG MENARI.
 INI VIEW DARI MEJA AKU COMEL OK *RASA NAK LEMPANG JE SINGA NI*

Untuk office tingkat satu si singa dua ekor ni akan menari-nari lepas tu bagi limau tuah *kepercayaan orang cina*  pada setiap meja dan boss akan bagi angpau, yang dekat bahagian tingkat satu dekat bawah lagi meriah singa due ekor ni main mercun dan tarian lompat melompat tapi aku tak pergi tengok pun malas hoii nak turun tangga al-maklumlah beta ni berat lemak di kaki dan betis.

BERGETAR LEMAK LEMAK DI PERUT TENGOK SEMUA DESSERT
CRANBERRY SCONE IS YUMMM
STARRY STARRY NIGHT WAFFLE WITH CHOC ICE-CREAM
GENG MEOW @ BEANZ & CO.
Check in disini seperti biasa selepas sesi bergaduh dalam wechat "nak makan di mana" jujur cakap ye memang setiap kali nak makan macam takde benda lain nak di gaduhkan tempat makan lah isu utama dan akhirnya tempat yang sama jugak pergi ,ada yang suggest nak pergi dimora lah dae bak cafe lah tup tup ke beanz & co. lah geng meow.  Isu kedua yang di gaduhkan pulak ialah "nak makan apa" aduh senok otak, ini adalah last hi-tea sebelum meow taiwan balik belajar semula hukhuk , dah la sebelum nak ber hi-tea kami meow-meow dalam group bergaduh pasal flight dia hari sabtu tup tup this week baru balik taiwan hahaaha teruk semua orang bacaan tak betul ketika scroll entire chat wechat.

WARUNG KAMPUNG YANG SIMPLE

snap dekat bagi terliur *sedap ni rangup gila serbuk roti dia* RM 6 SEPINGGAN OK
chicken crunchy chop with fried fries *nangis*
Last tempat aku dan geng meow check in di warung moksu kiah di peramu, si fatcat cakap chicken chop di sini sedap , serious lah dia memang tahu kesukaaan aku ialah chicken chop yang rangup dan isi dalam ayam dia lembut ! makan sekali terus jatuh cinta. Warung kampung dekat area rumah aku je kot tapi sedap dia tu tak ingat ! murah lagi tu...alahai diet gagal 2016.












P/S : agak-agak zaman bila aku ni boleh kurus kan badan, kena buang saka makan ni jauh-jauh

Monday, February 22, 2016

ADIK BERUANG

"SANAH HELWAH" adik beruang  ! lama dah tak berbahasa arab aku ni, belajar arab empat tahun tapi kat mana aku sorok ilmu tu pun tak tahu lah..tsktsktsk..Hari ini birthday adik beruang yang ke 15tahun hukhuk seronok ye jadi muda lagi, aku ni dah separuh abad pertama zaman teletubbies so pepaham je la memang takde la nak rasa umur berbelas tahun.

Macam biasa adik beruang tempat kesukaan dia untuk hari lahir ialah restoran jepun, jadi aku dengan kakak buat tempahan di Koi Zen Starcity dan beli kek sedap di king's bakery. Party hari lahir kami plan buat sekali dengan hedzry 6 mac ni ala-ala picnic party dekat pantai *mintak2 lah tak hujan time tu kalau tak sadis* aku dah excited tengok deco-deco picnic party bohemian style kacak ok!aku kalau mengadap dekat pinterest memang sampai tak tido pun takpe, tahun ini nak buat kacak-kacak sedikit sebab anak saudara dah umur 5 tahun...contoh style yang aku idamkan macam gambar di bawah ni cantik hoii ! wedding kalau buat macam ni pun syiok *okay berangan sampai tua*
Okay terlebih sudah..berbalik pada adik beruang , masa kami sampai di koi zen masih tak ramai orang jadi suka hati kami lah nak ambil seat mana pun kan, anak saudara aku tuh sibuk tidur je orang bising pilih menu dia dah tak boleh buka mata so aku orderkan chawanmushi kesukaan dia. 

 kesukaan adik beruang kalau pergi japanese restoran teloq ni la yang di order nye RM 2.99 dua biji !

 kesukaan mak buyung kimchi udon @ RM 19.00 makan 4 orang pun tak habis size hidangan besaq.

snap gambar dekat bagi terliur sikit *nangis*

Ini adalah mengidam namanya, dah lama mengidam nak makan gyoza aka japanese dumpling hukhuk sedap sampai gigit chopstick, satu hidangan ini RM 15.00


Dessert beli di king's bakery sedap ! adik beruang suka.

adik beruang dan mak buyung yang happy dapat makan kat akihabara.

Budak dari planet saturn bangun tido terus makan chawanmushi lepas tu buat muka nak mengamok sebab orang semua dah habiskan semua makanan atas meja..HAHAHHA

Banyak yang aku makan tapi spesis gelojoh sampai lupa snap gambar uhukk..ini jumlah tangkapan untuk lemak di Koi Zen adalah *sis nangis keluarkan duit bonus dari poket*











P/S : Kakak panda berdoa agar adik beruang berjaya untuk PT3 tahun ni ok! lepas habis exam kita pergi singapore ! yahoo



Thursday, February 18, 2016

TAIWAN - LONDON - PARIS - AMSTERDAM

17 Feb 2016, hari pertama bermulanya kerja selepas 11hari aku menternak segala lemak di atas katil dengan tidur + online 25jam sehari dan makan setiap jam. Bila dah lama bercuti kerja bertimbun-timbun datang tapi itulah dah lama tak mengadap segala tax-tax invoice purchasing bagai ini mood nak berkerja balik tu alahai memang susah nak di seru keluar kena letak ayam goreng peha 44 ketul baru keluar kot..ahahahahah..

Meja aku biasanya akan ada 1 atau 2 botol air satu air jus dan satu lagi 1.5 liter air suam yang biasanya aku tak habiskan pun minum, lepas tu banyak la note-note bertempek dekat pc *bajet perkerja paling berhemoh la sangatkan* dan juga banyak tax-tax invoice yang bersusun dalam kotak atas meja aku kena siapkan huaaa. Wallpaper untuk bulan february dekat pc ialah neko astume punya geng ! aku agak obses jugak lah main game ni sebab kucing-kucing dalam game ini semua comel dan ada seekor tu macam aku ialah si Tubbs. Badan si tubbs ni sebijik macam aku kalau lepas makan.

Kumamon small doll
Si tubbs yang kuat makan dan boyot bersama dengan anak jantan baru balik dari taiwan si kumamon. Aku buat tubbs jadi wallpaper untuk bulan ini , sebelum ini no face jadi wallpaper lappy aku ni. Motif anak jantan melekat di lappy tu sebab nak show off hadiah dari meow taiwan bawak balik sempena cuti chinese new year , dalam we chat asyik tanya "you nak apa-apa tak dari taiwan" "saya beli 30kg punya luggage balik malaysia" mahu apa cakap..aku sendiri tak tahu nak apa dari taiwan sebab setiap kali dia balik dari sana mesti ada banyak ole-ole dia beli..sayang you lah meow.

Small Ceramic Dutch Clogs
Hari pertama start kerja paham-paham lah ramai bagi angpow lepas tu ole-ole dari sana sini kan. Masa cuti raya cina hari tu, family boss aku pergi jalan-jalan makan angin di london , paris dan amsterdam so dia bawak balik banyak sangat kudapan dan gift salah satu nya kasut untuk hamster kat atas ni..puahahahahaha kasut comel ni jari aku yang gemok pun tak muat ok tapi comel lah i loikeee.


Winegums

Stroopwafel
Rasa snack stroopwafel ini macam kuih kapit tapi sangat manis hoiii kencing manis nanti hilanglah kaki aku. Wafel kering ini di salut dengan brown sugar + unsalted butter + dark corn syrup , anak-anak boss cakap wafel ni paling popular di sana ntah ye ke tidak sebab not my style lah wafel kering manis ni aku makan sikit je sebab tak kena dengan nafsu aku..uhuk uhukk yang winegums jelly candy itu aku tak makan sebab ada pork gelatin sepatutnya boss beli yang free gelatin baru betul *tepuk dahi 44kali*

Euro Chocolate Coins

 Walkers Short Bread - Pure Butter

 Soft Nougat


Green Black Organic Chocolate
Semua snack manis-manis dekat atas ni aku tak makan pun sebab nafsu kurang tergoda , coklat syiling tu aku bagi adik beruang suruh dia isi dalam tabung 50euro tu kan, orang tua-tua cakap sikit- sikit menabung lama-lama jadi gunung everest..ahahaha. Short bread tu bagi orang lain makan dan soft nougat tu manis leting sungguh  ! sayang kaki oooi nanti kena potong makan manis , Chocolate  organic ni banyak perisa yang ok bagi aku cuma milk je sebab yang lain dark choc pahit sangat boleh kurus 40kg kalau asyik makan..err..anak-anak boss semangat ni cakap dekat kitaorang semua yang diorang beli paling ini sangat-sangat popular di semua tempat diorang lawati so aku pun layan je lah kan, kan bagus kalau boss belanja semua staff pergi melancong lagi syiokk arh.









P/S : Tajuk hari ini tak mudah! macam aku pulak yang pergi melancongkan..aduh duh duh 

Tuesday, February 16, 2016

PERAK - SEPANG - KL


Musim perayaan adalah perkara yang paling aku tak minat sekali kalau pergi bercuti atau kenduri kahwin ialah jalan sesak teruk tahap nak terkucil pun kau kena tahan sebab R & R tutup sebab penuh orang..tsk tsk tsk tapi di sebabkan sepupu kesayagan yang kahwin so terpaksa lah..jadi 6hb feb kami bergerak dari rumah around 7pagi lepas tu macam biasa jumpa lagi dua biji kereta untuk konvoi ke perak di Restoran Zaman,Gambang mengisi tangki yang keruh ini.

Nikmat perut nasi lemak RM 2.50 + teh tarik RM 1.50 secawan *masuk kereta sambung tidoq*


Jumpa big boss duduk depan sekali dalam bumblebee jadi co - pilot..uhukk

Jadi selepas semua siap bersarapan bergerak lah kami menuju ke kl iaitu bertemu lagi dua kereta di Plaza Tol Jalan Duta, nasiblah time pergi jalan kami tak berapa sibuk dengan kereta tapi tengok jalan sebelah nak pingsan sebab jalan dah sesak dari bentong sampai gombak homaiiik..last-last kami ni masuk kl pun jalan sesak gila dan paling sadis betul tak di sangka dugaan tu datang tengah-tengah panas dan semua orang dah mengelepur dalam kereta ialah bumblebee tayar pancit.

nasib baik ada abang import dari jauh..kahkahkah


Dan sebenarnya beginilah keadaan kami dalam perjalanan ke perak , nak masuk rawang pun dah sesak macam ni guano? huk aloh strehh gini so kami plan nak berhenti di R & R rawang untuk solat zuhur, makan tengah hari and mandikan incik big boss yang penat jadi co-pilot.


Geng nafsu serakah beruang sempat rembat 2 cawan starbuck..astaghfirullahal'adzim tengok tangan gemok ! Orang suruh makan di rembat nya starbuck katanya bekalan untuk sampai ke perak nanti uhuk begitulah alasan yang di berikan oleh adik beradik beruang.



Aku rasa lah kan dah satu hari aku dalam kereta tapi tak sampai-sampai lagi rumah nenek sepupu aku ni asobaru je lah sampai jelly pun aku dengan adik beruang main homaikkk tangan gemok muncul lagi...argghh stresss..lagi stress tengok semua pemandu kereta di malaysia ini otak letak kat dalam punggung belaka sebab jenis kurang sabar semua ambil lorong kecemasan sebab tak sabar duduk dalam jalan jammed damn ! dah la bawak laju nak mampus awal la tu, aku ni nak terkencing pun tertahan-tahan sebab taknak asyik berhenti dekat r & r sebab kebanyakkan semua di tutup sebab terlampau ramai orang yang berhenti, depa ni boleh pulak dok main pecut lelajus dekat lorong kecemasan alahai bodoh melayu bodoh.


Pukul 10 macam tu kami dah sampai ke kampung batu gajah perak tapi pusing-pusing dalam tempat yang sama sebab pakcik aku dah lupa jalan sebab last aku datang masa aku cute and kecik lagi so memori tak berapa nak laju.Oleh kerana rumah nenek dah full so makcik aku dah sewa homestay untuk semua adik beradik dia dari sepang dan kuantan.Aku sampai je mandi dan bermalas malasan di atas katil lepas tu tidur sebab penat sangat, makan dan minum tak ingat dah sebab tak larat *macam aku je yang drive kan penat sangat tu..beruang beruang*

Cuaca yang indah untuk perkahwinan sepupu aku, bukan satu pasangan tapi dua..okbai
Aku ni dikira sepupu yang boleh letak dalam muzium dah sebab tak kahwin-kahwin lagi, yang muda-mudi ni semua dah berlumba nak kahwin..sobs..sobs..


Beta punya santapan di perak..ROTI ARAB @ gerai pak man tukang
*kuah kari dia sedap nak nangis*


Pasal perkahwinan sepupu-sepupu aku nanti next entry baru nak cerita panjang..indah nye perkahwinanan berlandaskan islam ni dah lama tak nampak kenduri macam ni..uhuk..selepas kenduri kami semua bertolak balik ke sepang pulak untuk bermalam di sana sebelum bertolak balik ke kuantan pada pagi isnin.




 Macam biasa sebelum menjejakkan kaki ke rumah sendiri mestilah singgah di times square dengan sogo dulu, melambung beg dan baju-baju yang offer di sana kan alahai beta tak berapa gemar sangat beg-beg tangan berjenama ni, mak buyung suka lah so aku dengan adik beruang pergi buat rancangan jjcm mencari makanan yang menarik dekat dua tempat ni lepas tu beli benda mengarut ahahahah.Lepas tu perjalanan terhenti tengok poster dekat bawah sebab aku dah cuba kawal diri dari 1st day aku tahu anak-anak ikan nak datang malay ni tapi tetiba nampak poster ni aku terus tercekik churos ahahahahahha tahun ni tak pergi exoluxion demi menghormati adik beruang yang nak menduduki PT3, dia cakap kalau aku pergi result tak ok aku kena tanggung..kejam siot..tskk


Kami sampai di kuantan tepat pukul 12 malam dah macam sinderella kan, nasib lah cuti panjang sampai hari ini tapi rasa macam tak cukup jerrr..esok kerja okbye.












P/S : Obsesi untuk 2bulan  "LAY ME DOWN - COVER BY LEE SOO JUNG"..zzzZzz

Friday, February 5, 2016

MOOD BERCUTI


WE NEED TO FORGET WHAT WE THINK WE ARE,
SO THAT WE CAN REALLY BECOME WHAT WE ARE.
-PAULO CEOLHO-



Yaay hantu cuti dah masuk dalam badan yang kembang kembong ni ohoiii! Company bagi cuti bermula 6hb feb sampai 16hb feb gila tak? boleh bermanja-manjaan dengan katil kesayangan tanpa had untuk chinese new year ini.Cuti panjang tapi aku tak kemana pun sebab sekarang musim hujan tak berhenti dekat pantai timur , lagi satu aku kurang lah nak pergi bercuti time cuti umum ni hazab tau tak kalau pergi bercuti dengan jalan yang sesak gila dengan manusia yang berbesi.

Plan bulan ini nak pergi kenduri sepupu di perak je, pergi pun dua hari lepas tu balik bertapa dalam bilik ku syurga ku, musim hujan sedap tidoq berasmarakan bantal busuk nang nyaman kahkahkah..ok dah malas nak menaip....adios..amigos..








P/S : Raya cina tahun ni dapat bonuk 2k boleh la balik kampung abam busan

Thursday, February 4, 2016

MAKAN BESAR


Yaaay...makan besar lagi ! Tahun ini company buat annual dinner di M.S GARDEN HOTEL, KUANTAN jer makan steamboat uhuk...dua tahun yang lepas berturut di mega view hotel jadi tahun ini katanya mahu ubah selera makan rebusan alahai.

STEAMBOAT @ M.S GARDEN HOTEL, KUANTAN

Lihatlah santapan beta untuk malam ini , Tahun ini aku bawak satu family datang makan hahahaha nasib lah company bagi bawak ramai kan *alah steamboat je kot* , Kami bersantap di Jade restoran yang terkenal dengan dimsum uhukkk tapi time ni takdak dimsum kuciwa.

Anak saudara kesayangan beta pun datang jugak siap makan ice-cream dengan jelly suko dia.

Lihatlah meja anak-anak dara macam beta ni makan bersepah-sepah dengan ketamakan yang melanda perut, semua bantai ambil scalop,ketam,udang,teloq , menu di steamboat di sini sama je dengan kedai makan kat luar tu cuma di sini macam level up sebab di buat di hotel -_-''

Yee Sang yang terlampau manis tak boleh nak telan langsung kecuali ikan salmon yang di hiris nipis-nipis ihikihik..banyak makanan yang tak habis di makan kami cuma merebus sahaja dalam port steamboat jer, aku makan ketam pun cover comel padahal kalau kat rumah habis dah ketam tu di rogol dengan aku.

Hamper untuk semua staff yang datang , tahun ini hamper meriah banyak tak macam yang last year punya takde cocopie sedih.

Tahun ini aku letak jawatan jadi mc bagi budak-budak baru yang bajet bagus sangat jadi mc, beta nak bersantap dengan nyaman baru seronok uhukk, banyak permainan yang diorang adakan dan macam biasa tahun ini aku dapat lucky draw lagi hahahahahhahah sangat ong woi ! laki aku mana hooi..










P/S : Sesungguhnya makan steamboat tak kenyang langsung, kami asyik usha dewan sebelah yang makanan nye lagi sedap dan menjulingkan mata.