Saturday, December 26, 2015

NAFSU IDAMAN




























P/S : jatuh hati dengan si dia..kau tunggu aku datang meminang Zenit12

Friday, December 25, 2015

ANGAH BBQ STEAMBOAT - KUANTAN

  






Angah bbq steamboat terbaik dekat kuantan ! ramai orang viralkan ni fofuler dekat facebook jadi my mom nampak terus mengidam tahap unta dia datang nak makan dekat sini. Sebagai anak yang soleh aku pun pergi la book meja takut ramai orang kan.Call je diorang mesti layan dengan baik.

Masa kami datang kesini aku tak tahu yang restoran ni ada buat promo happy hour untuk pelanggan yang datang sebelum 6.30 akan dapat happy hour RM 17/seorang seronok gila boleh makan sampai pengsan ! biasa harga normal 19/seorang ok la kan ? restoran ni senang je nak cari kalau masuk ikut cowboy pun boleh atau celah hotel tu pun boleh.




Sedap menarik tertarik kau memang debom  ! ini hasil tangkapan selepas berulang-alik dengan beberapa pinggan ketamakan nafsu buas yang ada dalam badan aku dengan adik pergi mengangkut semua makanan yang ada di restoran ini.Yang best dekat sini diorang pakai dapur arang tak macam restoran steamboat lain yang pakai dapur kecik tu, so korang boleh grill dekat atas dan bersteamboat di tepi lorong yang kecil tiada ombak cuma kuah sup sahaja.
















Homaik aih meleleh air liur tengok balik semua gambar #sistakkuat uhuuk, dekat sini korang boleh makan apa sahaja yang korang suka tapi kalau tak habis kena denda haaa padan muka tamak sangat , ikan pari dekat sini sedap my dad suka sangat ! selain makanan untuk steamboat dan bakar restoran ini ada sediakan kuih muih , buah buahan , nasi goreng + nasi putih, tomyam dan banyak lagi makanan yang memang aku dah tak larat nak makan ! berbaloi baloi kalau makan dekat sini ! promosi dah nak habis hooi ! ahad ni last jom pergi makan lagi ! meowmeow.







P/S : Dekat restoran ini ada di sediakan surau so lepas solat magrib boleh sambung makan balik..mihmih

Thursday, December 24, 2015

CHIANGMAI - TAIWAN - KOREA


Akhir tahun semua orang pergi bercuti ke luar negara ke bulan ke bintang , aku dekat sini macam biasa bangun pagi pergi kerja lepas tu petang balik kerja rutin harian yang membosankan uhuuuk.Nak pergi bercuti tapi awal tahun dengan pertengahan tahun dah banyak tempat pergi bercuti dalam negeri, ke bulan tak sampai lagi maybe dalam mimpi kot.

Last pergi luar negara uhm bangkok thailand tu pun pergi tengok cnblue holika holika punya fanmeeting ok rindu nak berbackpakers dan fangirling ni 3 tahun sudah berlalu. Sekarang ni asyik  terima ole-ole dari orang-orang yang balik bercuti dari bulan.Di office aku boleh dikatakan semua orang asyik pergi bercuti korea lah, taiwan ,thailand , ceh nak bagi aku cemburu tahap tenuk lettew.
so marilah mencuci mata dengan ole-ole dari boss dan anak-anaknya...i loikeeee !




Pashmina dari Thailand hadiah dari boss aku...hari ni aku dan semua staff pakai selendangsempena hari lahir seorang akak dekat office + esok cuti so party. 





Chu me one kiss dari taiwan..ohok ! 
bibir ku sekarang kalah angelina jolie cun2 
merecik semua lelaki kat luaq nu kalau tengok..



Ole-ole dari korea banyak sebenarnye tapi ni je yang tinggal, banana milk dah selamat masuk perut.





Iphone 5c and mega 6.3 punya case, masa 11 - 11 hari tu ingat nak order taobao tapi tak jadi so si meow beli untuk aku..yang colour pink tu saje fave !




















P/S : hajat di hati nak pergi krabi masa hari lahir hari tu tapi hurm tunda next year plak.











Tuesday, December 22, 2015

A CUTE LIL DATE



Hari minggu datang lagi dengan seronoknya, hari di mana perjanjian mulut dengan anak saudara yang tercinta nak bawa dia pergi zoo , jalan-jalan , tengok movie dan makan wafel sedap di kafe cantik. So hari ahad dengan gigih nye auntie cheese bangun awal masak breakfast dengan makan tengah hari sekali tunggu mak buyung dengan anak manja nya sampai rumah.


Pukul 4.30 macam tu kami berempat aku , adik kecik yang tak suka senyum , si lee minho kecik hedzry dan mak buyung aka kakak aku yang sekarang ni mengandung anak kedua ALHAMDULILAH next entry baru cerita, kami menuju ke ecm dulu tengok movie lepas tu kami ke zoo teruntum tengok haiwan yang tak berapa banyak lah sangat ! pokok banyak uhukkkkk tapi takpe janji si lee minho junior happy si auntie cheese suka.




Tempat terakhir untuk si hedzry lepak ialah beanz & co. cafe , masa ni si hedzry merajuk sebab aku panggil dia abang tapi ye la dia dah empat tahun sekarang nanti nak dapat adik baru uhuuk, aku dukung budak hedzry ni masuk beanz & co. dengan semangat nye ! dah gemuk budak hedzry ni alahai.Menu di kafe ni masih tak berubah seketol kertas coklat tapi dengan menu yang enak ada promosi sempena x-mas iaitu pilih menu aku order

Southern fried chicken chop + cappucino = RM 21.90

dan aku ade add onn strawberry waffle + honey  lemon tea +caramel vanilla + classic coco





Aku dah lepak sini untuk kali kedua nya memang syiok, dan baru aku tahu rupanya sos untuk fried chicken chop popcorn tu sos nye adalah creamy mushroom + boleh tambah kalau tak cukup uhukk.













Hudoih aih si kecik ni merajuk tengok tu muka marah so auntie cheese peluk dia kuat-kuat ahahahhahaha. Aku berusaha pujuk dia jangan merajuk so buat perjanjian mulut lagi di saksi kan mak nya dengan auntie tak suka senyum, aku janji taknak panggil dia abang tunggu sampai baby baru keluar baru panggil abang mihmihmih..





Kegemaran si hedzry, lepas makan ice-cream terus happy tahap unta.



Muka budak tak puas hati sebab cappucino tak kena dengan dia AHAHAHHAHAHA.







Ini adalah pertama kali si hedzry suka makanan dekat sini, aku rasa dia paling suka creamy mushroom sos chicken chop tu sebab dia asyik mengamuk nak makan lagi, dia still tak boleh makan makanan yang keras-keras lagi tapi ice-cream dia dah boleh makan sikit-sikit.dah lama tak jalan-jalan dengan budak kecik tu biasa asyik berkepit dengan ibu dia je.nanti dah ada adik baru dah tak boleh berkepit dengan ibu dah ! dengan auntie cheese pulak...ahahahhaahahah *gelak syaitooon*






P/S : aku tak kisah pun berapa banyak mata yang memandang ke arah anak saudara kesayangan aku ni, dia anak syurga yang aku sayang lebih dari diri aku sendiri.

Tuesday, December 8, 2015

MOTIVASI DIRI

Semangat 2016 selepas seru 44hari dan 44malam datang dengan sepantas kilat ! entah pontianak atau jin aprit mana yang datang tak tahu la tapi terus rasa semangat sedikit nak cantik " NAK CANTIK" NAK CANTIK blerghhh stress taip ayat ni ntah bila nak cantik tak tahu lah , semangat nak cantik jangan cepat lupa diri fighting ! jangan lemah semangat macam pondan sangat terus semput lepas tu mati kena tanam berkubur macam tu je *insert emoji muka tak puas hati*


Jadi dengan adanya motivasi nak cantik tu membuak-buak terus membuat tempahan produk dengan kedai online "NAK CANTIK" ini , habis semua produk untuk dalam dengan luar aku borong ! semangat punya pasal sampai tak ingat duit dalam wallet mengelepur macam kerbau kepanasan.Aku ni dah nak masuk 3 siri tapi apa pun tak ready lagi so sekarang aku nak stop habiskan duit dekat benda-benda mengarut dan beli produk kecantikan yang akan buat semua orang pitam tengok aku cantik sangat ahahahhahahahahhahahahahahaha.diam!





by the way aku kan tak suka packing baru feminine wash jsd hurm...yang atas ni packing lama lagi.

Produk Jamu Susuk Dara ( JSD) ini aku cuma pakai feminine wash je tapi sekarang dah berjangkit dengan sabun muka dan badan uhukuhuk kalau ok boleh order lagi. Tapi feminine wash tu memang best giler ! hanya spesis-spesis perempuan yang memiliki "dorayaki" eh ini kaum adam bagi nama jadah haram tang mana dorayaki tak tau... yang tahu bertapa best nya pakai pencuci ajaib ini ! pencuci ni aku repeat order sebab sebelum ini dah pakai 2 botol jadi yang ni botol ke 3 plus aku beli dua terus takde lah terhabis stok sendiri.Serius lah memang best giler tahap kau nak gigit peti ais ! wangi dan segar bugar  je rasanya tak sama dengan pencuci yang ada dekat pasaran, dan paling penting tahan 3-4bulan satu botol.











Lepas beli produk untuk muka, badan dan bahagian sulit...aku meneruskan proses melabur duit ke produk dalam iaitu shaklee , tapi aku tak beli semua pun aku cuma beli part penting sahaja contoh macam vitamin C + vitamin E dan ESP.

3 jenis benda alah ini aku beli sebab nak kulit cantik gebu dan bersinar sampai menawan hati jejaka yang solo dan sado dan banyak duit ! biar berdarah hidung jejaka melayu + mat saleh + bangla + nepal + cina + india + korea + jepun tengok aku cantik kalah datin ku puteh tu. Kalau tak cantik gebu dan bersinar muka dan kulit aku ni memang aku pergi pijak-pijak perut tuan kedai yang jual semua produk ini dekat akuKEDAI SR " #sissentap #sismudahmarah.


semangat aku beli menantang comel ni nak bagi tak lupa makan vitamin ! ahaks

Aku harap sangat yang aku akan rajin makan semua benda alah yang aku beli sampai mengigil duit dalam wallet nak keluar. Bak kata mak aku makan satu hari terus nak cantik baik tak payah makan..puahaha my mom memang tahu anak dia macam mana.Tapi yang ni dah janji dengan diri sendiri bersaksikan hamster dan wonderpet aku ! so fighting untuk diri sendiri !










P/S : Rasa macam semalam baru je umur aku 17 tahun..

Thursday, December 3, 2015

DUA BELAS



03 Disember 2015,

Tinggal 28 hari lagi nak tukar tahun lain, kadang-kadang selalu terfikir "BILA AKU MATI" awal tahun ke? akhir tahun ke? sekarang pulak musim hujan dengan pakej ribut dan petir selalu terfikir hari ni ke ? jangan la kena sambar petir kesian jasad T_T ok mengarut sangat fikir bukan-bukan, selalu zaman 19+ dulu semangat sangat bila dah akhir tahun tapi sekarang rasa macam ngeri dan asyik fikir mengarut je bila tahun berakhir dengan cepat.ok otak please stop berfikir!


Bulan 12 ni musim sejuk aka musim tengkujuh hujan dekat pantai timur ni memang buat aku nak baring je atas katil taknak berpisah dari bantal dan selimut. Aku pun sekarang rutin harian balik rumah pekena kopi atau coklat panas secawan lepas tu berguling atas katil layan reply 1988 dengan one punch man, bila cukup masa tidur tak sedarkan diri sampai pagi.Kemalasan tahap tenuk dah, kain baju tak lipat dah macam gunung berapi , apa pun malas biasa lah orang bujang kan *salahkan cuaca yang sejuk menyebabkan aku menternak badan jadi besar atas katil*





2015 dah tak lama nak berakhir semua orang sibuk menanyakan soalan cepu ayam 
"So macam mana tahun ni? dah jumpa calon ka? takkan la nak single lagi umur dah berapa? 
You olz ! jangan banyak tanya boleh tak cari je la aku calon sorang ! bising betul hmmmph.

2015 ? memang azam kelaut...

berat badan turun? memang tak lah !



makin cantik ? memang nak lempang je muka sendiri !




Jumpa bakal suami ? yang ni malas nak fikir !





kesimpulannye 2015 tak ada apa-apa perubahan ok bye.



Tengok semua orang asyik post dekat media sosial...bulan 12 saya dah capai ini itu, aku atas katil makan kinder bueno sambil layan anime lepas tu buat muka menyampah tengok semua orang update status bongkak sebab berjaya tunaikan azam.Ok tak jeles ! menyampah je.Ok bye












P/S : 2015 banyak perkara gila yang berlaku tapi malas nak fikir..abaikan~











Saturday, November 28, 2015

SUSHI RIOT AT KOI ZEN JAPANESE CUISINE




Sushi riot lah sangat ! tajuk tak mudah tu mengada-gada tahap tenuk aku ni *di lempar ke laut*. Hari-hari makan sushi tapi muka macam tu jugak tak kawaii macam awek dekat jepun jugak sedih ok ! KOI ZEN JAPANESE CUISINE restoran ni aku dah pergi makan dekat 3 kali  rasanya *hantuk kepala dekat dinding* makanan jepun di sini sedap tahap nak gigit orang berbeza dengan sushi king dan sakae sushi, ini tekak aku je lah kan..orang lain aku tak pasti tapi keluarga aku dengan geng meow suka makan dekat sini.



Suasana dalam restoran ini pun menarik ala-ala gerai kecil di jepun, maaf ye tiada sushi bergerak macam di sushi king dan sakae sushi.Aku kalau datang sini aku buat tempahan dulu cakap nak duduk dalam tak mahu tempat dekat luar kira macam privacy sedikit lah.







Sushi di sini di hidangkan dalam piring seramik yang besar bersama dengan wasabi, unagi sushi di sini paling sedap T_T , aku punya kegemaran ialah sushi mayo memang tak boleh tinggal *aku memang tak boleh menaip pasal makanan dalam blog ni mesti air liur nak meleleh*



Satu lagi hidangan yang perlu anda cuba di koi zen ialah kimchi udon ! tapi jangan makan seorang kimchi udon ni sebab saiz hidangan dia untuk 3 orang , mangkuk dia besar ok ! kombinasi yang sangat sedap udon dan kimchi ni.



Takoyaki yang betul-betul hoaliauu plus di hidangankan dengan sayur salad.


Kalau pergi restoran jepun Chawanmushi memang tak boleh tinggal.



Repeat order lagi sampai perut meletop



Set nasi dengan ayam goreng sedap *ok lupa nama* sushi king ada set ni juga ala-ala macam chicken teriyaki macam tu..



Motif bukan nak tayang beg mango tu ok ! ahahahahah *gelak setan*



Si hedzry ni kalau ajak bergambar kemain dia mengada *comel nye nak gigit*



So kalau rasa nak tukar selera boleh la makan sushi dekat koi zen starcity ! staff melayu di sini baik-baik belaka dan halal..harga pun ok! so adios~





P/S : Dah lama rasa nya tak jumpa abang tak sunat dari jepang