Friday, May 27, 2016

CHARLIE & WOODS - KUANTAN

Charlie & Woods cafe ini pada mulanya macam kepelikan tahap kuasa lima, ingatkan kedai mat salleh manalah sesat buka di kuantan ini jadi aku bertukar menjadi kakak detective conan pergi track pasal charlie & woods dekat instagram lepas tu wow lelemaks perut terus happy nak lepak makan di sini sebab dekat sangat dengan ofis aku errkkk dan pemiliknya orang melayu.

Masa kami sampai disini secara berhemah mencemar duli masih tak ramai orang , jadi lelemak yang ada di badan ni teruja sangat. Aku memang suka kalau tempat popular yang aku lawati itu masa orang tak ramai kalau tak pengsan lah nak menunggu. Oh sebenarnya aku makan di sini masa si fatcat dan risrey law sambut birthday aku yang ke err pada tahun 2015 bulan oct .

Masa menunggu di sini agak lama untuk semua makanan sampai , tapi bila makanan dah sampai semua dah jadi adik beradik rimau jadian kecuali aku yang cute jadi cavy hhahhaha. Tengok betapa ganaih nya geng ini sampai basah lenjun meja orang sebab ayaq lioq meleleh banyak sangat.

Aku order creamy chicken spaghetti with extra cheese dan jus aku tak ingat apa nama dia sebab tahun lepas makan kan ahahahaha otak penuh semut. Spaghetti yang aku order 50-50 rasanya sebab banyak isi ayam tapi spaghetti tak tertelan sebab muak extra cheese *salah sendiri sebab tamak*.

Yang lain order chicken chop black pepper dan fish and chip, chicken chop tu memang besar gedabak untuk fish and chip tu aku satu je yang aku nak komen sos untuk hidangan ini macam tak ngam sepatutnya menu ini di hidangkan dengan sos tartar baru sedap uhuk uhuk.


Tapi alhamdulilah si risrey law puas hati dengan menu yang dia order sampai tersenyum kambing. Di charlie and woods juga mereka ada menu kek ala-ala kula cakes macam mango cheesecake dan nutella di hati ku eh. Kalau nak cari kafe ini sangat senang sebab sebaris dengan kotak kalam @ bangunan kosma atau pun susah sangat waze je mudah kerja tak perlu nak sepak kambing tepi longkang.
















P/S : nak pergi makan nasi arab tak lepas lagi ni *perut bergelora*...nak kena tunggu oppa balik dari busan.

Thursday, May 26, 2016

RESTORAN LILA WADI - KUANTAN



Restoran lila wadi yang popular di kuantan menjadi tempat kegemaran para artis untuk singgah di sini makan. Aku pun dah lama tak berguling dekat sini dengan usus perut, dulu masa restoran lila wadi masih di lampu isyarat ocbc bank jalan teluk sisek aku dan fatcat selalu ke sana tetapi lepas restoran ini pindah jalan ke taman gelora rasa malas nak menunggang sirius black ke sana.

Rasanya dah lama tak mengadap seafood di sini, seingat aku kali terakhir mencemar duli ialah tahun 2015, tempat ini selalu ramai orang itulah yang menyeba malas nak lepak sini. Tapi sebab fatcat dan bambi ajak berjimba jadi aku book tempat dulu awal-awal senang.


Grill dan steamboat adalah menu wajib di sini selain makan mango cheesecake dan minum air pandan cooler.

Kami order macam biasa untuk dua orang makan je sebab kalau order set besar memang tak habis sebab yang makan banyak ialah aku dan fatcat sahaja, si bambi tak perlu cakap lah kami tong sampah yang akan habiskan bahagian dia. Menu set steamboat ini kita boleh pilih nak nasi goreng atau maggie, oleh kerana dah order nasi goreng kami pilih maggie nyaaam.

Tambahan order nasi goreng seafood errr sikit sangat cukup untuk 1/4 usus perut je.

Kami semua bertukar selera , biasa pandan cooler tapi akhir-akhir ini dah jadi baik minum jus pulak baru kulit cantik oppa pun suka eeeehhh. Sekarang restoran lila wadi dah upgrade banyak dari segi makanan mereka, ada nasi dingin dari kelantan dan ada juga kacang pool. Menu air pun bertambah dengan pelbagai jenis air seperti green tea thai dan lain-lain. Kacang pool tu memang kena cuba sedak eh teringat makan dengan oppa tepi kolam eeh.















P/S : Hoi en.diet kemana engkau pergi meninggalkan ku sendiri berpesta makanan setiap hari.

Wednesday, May 25, 2016

COFFEE GALLERY MALAYSIA - STARCITY KUANTAN

Minggu yang lemau di akhir bulan mei, hari isnin mood memang ke zimbabwe dan hari selasa pula mood nak tidur je bawah meja office dan hari ini rasa nak balik rumah baring atas katil yang empuk lagi nyaman uhuuk cepat lah hari jumaat pasti aku semangat nak kerja wahahaha. Untuk membuatkan diri happy aku dan adik beruang pergi mencemar duli di Star City kuantan.

Kami singgah makan untuk usus perut di Koi Zen restoran dahulu sebelum bergedik di Coffee Gallery. Adik beruang mengidam nak makan kimchi udon dan chawan mushi jadi aku order satu set sahaja dengan dua ais teh hijau. Jumlah wang di habiskan di sini yang menyebabkan beg duit aku menangis ialah RM 28++.


Rasanya Star City dah jadi tempat kegemaran adik beruang sebab banyak sangat kedai kopi , kek dan japan/korea restoran. Dalam banyak-banyak kafe kami pergi yamcha di Coffee Gallery sebab adik beruang nak cuba latte di sini. Masa masuk di dalam kafe ini rasa macam old school dengan banyak hiasan rare di dinding dan susunan meja kerusi yang sangat wow. Kafe yang bersih dan teratur dengan staff yang sangat comel bagi aku lah. Sebenarnya aku tak kisah pun kalau diorang lambat bagi menu sebab aku nak enjoy suasana kafe dahulu baru order, tapi ada satu staff ni senyum sambil minta maaf.

Bagi aku kafe ini ada style tersendiri berbeza dengan cafe-cafe hipster di luar sana yang pernah aku mencemar duli, mungkin masa aku singgah di sini tak ramai orang di ruang dalam kafe jadi suasana agak nyaman je sambil minum latte. Kebanyakkan manusia suka lepak di luar cuma aku dan adik beruang masuk dalam kafe dan krikk krikk nampak kek terus usus perut menendang lemak.

Tukang buat kopi pun amboi badan sado hahahahhaha pejam mata aku sekejap. Aku tengok menu di dinding kafe tertengok tukang buat kopi, lepas tu tengok menu tertengok dinding lagi aduhai. Perut aku tak payah cakap lah nampak kek dalam gelas kabinet terus menendang dengan kelajuan 320.

 Adik beruang order smoothie cookies dan aku pula order caffee latte, makanan atau kek kami tak order sebab dah kenyang *padahal usus lemak menendang-nendang dalam perut*. Smoothie cookies memang sedap  adik beruang terlebih happy sebab minuman kegemaran dia rasa sangat sedap di coffee gallery. Caffe latte yang aku order sangat sedap terus rasa macam nak peluk je tukang kopi erkk.

Di coffee gallery selalu akan ada discount dalam 20% kalau pakai offpeak punya app telefon, mungkin next time aku akan datang melawat kesini lagi untuk mencuba kopi yang lain di buat tukang kopi. Ada juga aku baca review banyak makanan menarik dan kek di sini sangat sedap, bagi aku kopi di sini harga dalam lingkungan RM 10 ringgit ke bawah jadi sangat lah berbaloi pada pengemar kipas susah mati kopi.












P/S : Teringin nak ambil kelas barista mendalami cinta terhadap kopi tapi tahap pemalu aku melebihi besen dari sudu.

Tuesday, May 24, 2016

KRIM BY KULA CAKES - KUANTAN


It’s so tasty come and chase me,
 I can’t hold it in I scream, 
You scream Gimme that, 
Gimme that Ice Cream,
 I Scream, You Scream,
Gimme that Ice Cream.
*Makan ais krim teringat lagu red velvet ooh joy*

Hari minggu nang nyaman, kakak panda dan adik beruang keluar mencari makanan selepas beberapa minit mama , papa dan adik jantan nya bertolak ke kuala terengganu hahahahaha. Misi utama ialah memburu ais krim di kafe Krim by Kula Cakes , ini semua adik beruang punya lemak lah mengelepur nak makan so kakak panda terpaksa gigih kira duit syiling semata-mata nak makan ais krim yang tengah hot and spicy di kuantan ini.

Kafe krim by kula cakes kalau nak datang sini boleh cari bangunan AmMetlife insurance di beserah mesti nampak kafe krim atau nak senang lagi guna app waze dan cari nama "krim kuantan" tak perlu nak pening kepala kan. Macam kami datang dari bahagian bangunan rozel star city jadi terus nampak kafe ini seberang jalan.

View dari tempat kami duduk hipster la sangatkan , masa kami sampai ramai betul manusia tengah makan ais krim takde tempat kosong sobsob jadi aku pergi parking en sirius black dulu di bangunan ammetlife selepas itu balik semula ke kafe ini baru nampak ada tempat kosong dekat luar yaaay.

Masuk dalam krim kafe rasa macam aku seorang je panda montel hahahaha sebab dekat dalam kafe ramai manusia tengah beratur nak beli ais krim. Di dalam kafe ini hanya boleh memuatkan dalam 8 hingga sebelas orang??pada pandangan aku lah sebab kafe ini sangat kecil dan meja di sediakan di dalam di letakkan di sudut dalam tiga atau empat macam tu. Aku agak suka dengan konsep minimal yang di terapkan pada kafe krim ini , tak jauh berbeza dengan kafe kula cakes di jalan besar tapi bagi aku krim lagi comel icicicic.

Perisa ais krim di krim kuantan berubah setiap masa kalau tak silap aku lah, masa aku dan adik beruang mencemar duli di sana ahad lepas perisa yang ada ialah :-

Thai coconut 
Kuih bakar
Pulut hitam
Bandung rasberry
Manggo cheescake
Vanilla

Sayangnya masa aku pergi perisa greentea dan horlicks tak ada, jadi aku order manggo cheesecake satu scoop dengan coconut ice cream bun. Sebenarnya usus perut nak makan cookie sandwich tapi nafsu nak makan ais krim roti alahai last-last pejam mata dan order ikut nafsu hahahaha win.

Perisa manggo cheescake memang sedap sangat sampai nak gigit je semua orang dekat kafe krim , kalau pernah makan kula cakes punya manggo cheescake memang akan suka perisa ini, tambah sedikit topping kacang hancur + cornflakes sedap weh, ais krim satu scoop  RM 6.90 dan topping free dan kalau nak makan ais krim cone + 50sen untuk cone sahaja.

Menu istimewa lain dari zaman aku kecik , dulu kalau motor ais krim lalu depan rumah beli roti ais krim tapi yang di krim kafe roti + pulut + coconut ais krim + topping memang sedap. Perisa coconut tu macam sangkaya sebab aku pernah makan dekat times square so bila rasa eh macam pernah makan dekat mana eh wakakaka. Kombinasi pulut yang berlemak dan roti bun yang lembut memang sedap weh boleh makan untuk tiga orang dan harga pun baru RM 9.90 sahaja,

Adik beruang yang rakus dan gelojoh , dua-dua dia makan tapi manggo cheesecake semua dia bedal seorang sobsobsobs ,lepas itu dia bising kenapa tak ambil cookie sandwich boleh? padahal aku memang aku dah plan nak datang lagi makan perisa lain dengan cookie sandwich lepas tu baru dia diam*dia tak tahu kakak dia berperang dengan usus dan nafsu di dalam ahaks*.

Selain ais krim ada juga milkshake dan  air pandan cooler *kegemaran aku* di jual di sini , kalau rasa tekak manis sangat dok makan ais krim boleh sedut milkshake. Kalau takde orang boleh la lepak lama-lama di sini tapi kalau ramai tak boleh la kesian dekat orang lain nak merasa lepak-lepak di krim jugak uhukkk. Bagi aku harga minuman dan ais krim di krim kafe agak berbaloi lagipun ais krim semua di buat baru setiap hari dalam kuantiti yang terhad. Kafe pun cantik ada pokok-pokok kecil yang fresh di atas meja bila manusia semua makan ais krim nyaaan.

Balik dari krim kafe singgah 100 yen shop di starcity beli onigiri dengan adik beruang.














P/S : dua hari bercheatday dengan adik beruang memang punah kena gigih kira kalori makanan yang masuk dalam usus uhukks.


Friday, May 20, 2016

BERPESTA

Apani asyik gambar makanan je erk , bulan mei ini memang kita berpesta dengan makanan sahaja dasar pelahap saka lelemaks biasa lah kan. Minggu lepas anak-anak boss dan semua pekerja sibuk berbincang nak berpesta dekat office sempena birthday dua orang anak boss dan staff office yang jatuh pada bulan mei. Setelah mencapai kata sepakat akhirnya semua nak masak makanan sendiri dan anak boss cuma beli kek dan ayam goreng kfc *kfc tu aku yang demand kalah orang birthday* hihihi.
Menu utama hari ini nasi lemak ayam masak merah dan bihun goreng telur nyuuum.


Ikan tumis berlada pun ada, makan dengan nasi lemak tabur kacang + bilis + timun jepun.
Telur rebus merah itu wajib bagi orang cina kalau sambut hari lahir.

Tumpuan utama hari ini *menjerit lemak-lemak dalam badan nampak kfc*


Semua sedap sampai tak tahu nak makan apa, tapi sayang nya wedges takde cheesy *remuk hati*

Pusingan pertama makan ayam kfc dengan nasi lemak tapi pusingan kedua dah tak boleh telan bihun goreng telur sebab sebelum itu makan sandwich sardin erkk lemak.


Siapalah yang rajin susun timun tu cantik sangat hhahaa, kek dan agar-agar aku tak makan pun sebab kenyang sangat *teruk gila usus lemak ni padahal nafsu makan tak puas lagi*

Selamat hari lahir lah korang , aku seronok kalau birthday manusia kat ofis boleh berpesta makanan setengah hari tanpa buat kerja dekat ofis yihaaa itulah motif utama *berguling seperti seekor dugong di atas katil*.








P/S : Bulan akhir untuk berpesta makanan sebelum kedatangan ramadhan al mubarak..yusuf taiyoob.